YaPEIM » Amal jariah di permudahkan melalui SKIM POTONGAN GAJI (SPG) YaPEIM

Terkini

Amal jariah di permudahkan melalui SKIM POTONGAN GAJI (SPG) YaPEIM

SKIM POTONGAN GAJI (SPG)

Sejarah Ringkas

Diperkenalkan dan dilancarkan pada 8 Januari 1985. Pelancaran semula oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia (ketika itu) pada 1 Disember 2000. Merupakan Skim Utama YaPEIM dalam menyediakan peluang beramal jariah kepada kakitangan dari sektor awam dan swasta yang bergaji tetap melalui potongan gaji bulanan. Urusan potongan gaji dan bayaran kepada YaPEIM diuruskan oleh majikan masingmasing. (mengikut sistem bahagian gaji masing-masing samada melalui Jabatan Akauntan Negara, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Perbendaharaan Negeri atau melalui majikan masing-masing. Pembabitan penyumbang adalah secara sukarela dan atas kesedaran dalam penyempurnaan tanggungjawab sosial ke arah pembangunan ummah

Kaedah Menyumbang

  1. Dapatkan borang persetujuan sumbangan dari pejabat YaPEIM atau melalui wakil-wakil YaPEIM.
  2. Lengkapkan borang persetujuan sumbangan mengikut butiran yang disediakan.
  3. Tandakan (v) jumlah potongan gaji bulanan anda (minimum RM5.00)
  4. Hantar borang persetujuan ke pejabat YaPEIM. Sekiranya urusan potongan gaji melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), pihak YaPEIM memerlukan salinan kad pengenalan dan slip gaji terkini anda dan dilampirkan bersama borang BPA1/79.
  5. Bagi kakitangan awam dan swasta, urusan potongan gaji boleh dilaksanakan melalui Majikan/Pejabat Pembayar/Biro Perkhidmatan Angkasa/Akauntan Negeri/Bendahari Negeri.
  6. Sumbangan boleh dihantar terus oleh pihak majikan ke pejabat YaPEIM beserta salinan pendua borang persetujuan.
Keterangan lengkap disini:
-> Muat turun Katalog berkaitan SKIM POTONGAN GAJI (SPG) YaPEIM
-> Muat turun Borang Permohonan  SKIM POTONGAN GAJI (SPG) YaPEIM

 

Top

30 Comments

  • tumpang tanya….adakah dengan membuat potongan yapeim…boleh mengelak cukai pendapatan???

  • adakah potongan melalui ANGKASA???

  • Assalamualaikum warahmatullah

    Terlebih dahulu YaPEIM mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesediaan dan sokongan puan dalam usaha untuk meningkatkan Program Pengukuhan Amalan Sadaqatul Jariah Melalui Skim Potongan Gaji Bulanan YaPEIM.

    Berikut adalah antara program/skim yang telah diwujudkan oleh YaPEIM dalam melaksanakan sumbangan/dana amal jariah daripada masyarakat :

    1. PROGRAM MIKRO KREDIT AR RAHNU (AR RAHNU YaPEIM)

    2. PROGRAM KECEMERLANGAN KOMUNITI
    - Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN)
    - Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu (Kelab MASA)

    3. PROGRAM GERAKAN PEMERKASAAN EKONOMI UMMAH
    - Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-fest)
    - Program Pembangunan Usahawan

    4. PROGRAM MEMBANGUN ILMU PENGURUSAN ISLAMI

    5. PROGRAM MEMANTAPKAN KEBAJIKAN UMMAH
    - Skim Khairat Nasional
    - Skim Pembangunan Anak Yatim/Miskin yang ditimpa musibah
    - Program Keluarga Angkat Prihatin
    - Program Perkasa Komuniti Yang Ditimpa Musibah

    6. Program dan Skim lain
    - Program YaPEIM Prihatin (YaPEIM’s Care)

    Pihak YaPEIM turut mengeluarkan jemputan kepada penyumbang bagi aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas berdasarkan kesesuaian program, waktu dan tarikh program yang diadakan.

    Manakala, bagi Program Ibadah Serantau YaPEIM pula, dana bagi program ini diperoleh hasil daripada komitmen ahli-ahli (yang terdiri daripada masyarakat) yang telah bersetuju membuat tabungan kepada Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad.

    Sehubungan itu, sekiranya puan berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sempena Ibadah Korban, puan perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai Ahli Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad. Maklumat lanjut sila hubungi :

    Koperasi Ibadah Korban
    T : 03-2260 3882 /03-2274 3884
    E : korban.yapeim@gmail.com

    Atas maklumbalas, diucapkan terima kasih. Wassalam

    Unit Skim Potongan Gaji

  • Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Skim ini merupakan Skim Utama YaPEIM dalam menyediakan peluang beramal jariah kepada kakitangan dari sektor awam dan swasta. Pembabitan dan penyertaan adalah secara sukarela serta tiada pelepasan cukai yang diperuntukan bagi penyertaan skim ini.

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-22730084 atau email amaljariah@yapeim.net.my

    Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM

  • Terlebih dahulu YaPEIM mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesediaan dan sokongan puan dalam usaha untuk meningkatkan Program Pengukuhan Amalan Sadaqatul Jariah Melalui Skim Potongan Gaji Bulanan YaPEIM.

    Untuk makluman puan, YaPEIM ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952. Penaung rasmi YaPEIM ialah Y.A.B Perdana Menteri Malaysia

    Selaras dengan peranan dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan Kumpulan Wang Amal Jariah, YaPEIM telah memperkenalkan beberapa skim sebagai saluran mudah kepada pelbagai lapisan masyarakat beramal jariah antaranya Sadaqatul Jariah melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM.

    Skim ini merupakan Skim Utama YaPEIM dalam menyediakan peluang beramal jariah kepada kakitangan dari sektor awam dan swasta. Pembabitan adalah secara sukarela serta tiada pelepasan cukai yang diperuntukan bagi penyertaan skim ini.

    Sehubungan dengan maklumbalas puan, pihak YaPEIM memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan pohon jasabaik puan untuk menghubungi YaPEIM bagi mendapatkan maklumat lanjut di talian 03-22730084.

    Sekian, terima kasih.

    Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM

  • saya nak confirmkan, masa Orang YaPEIM datang bagi taklimat, dia kata, potongan ini boleh ditolak daripada cukai bawah item, derma atau hadiah kepada organisasi yang diluluskan. betulkan. memang la ini bukan zakat tapi sedekah. sama macam dengan derma. saya fikir pun macam tu gak. YaPEIM ini bukan ke agensi yang diluluskan untuk menderma. mintak komen dari YaPEIM. kalau ye nak tambah lagi potongan.

  • assalammualaikum..boleh saya dapat surat pemohonan perubahan sumbangan..kerjasam a pihak tuan saya hargai..terima kasih..

  • Adakah potongan gaji ini boleh diambilkira dalam LHDN sepertimana zakat?

  • Wa’alaikumsalam wbt.

    Untuk makluman, permohonan perubahan sumbangan boleh dibuat sama ada dengan mengisi semula borang persetujuan atau mengemukakan surat permohonan perubahan kepada Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM beserta dengan maklumat peribadi (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat Bertugas, No Telefon ,Perubahan jumlah sumbangan lama dan baru).

    Borang/surat yang telah lengkap, perlu dihantar ke Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM untuk tindakan lanjut.

    Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM :03-22730084.

  • Saya merupakan salah seorang yang telah mencarum dengan YaPEIM melalui potongan gaji secara bulanan. Saya ingin bertanya, apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak YaPEIM di atas sumbangan yang diterima tersebut? Adakah aktiviti tersebut termasuk dengan program serantau ibadah korban YaPEIM? Adakah pihak YaPEIM ada menjemput para pencarum ini ke aktiviti-aktiviti anjuran YaPEIM?

  • sy nk kurangkan sedikit amaun pemotongan gaji kpd pihak yapeim krn jamaun yg telah sy sumbang sblm ni rs mcm xikhlas sgt, jd nk buat mcm mana???? sadaqah haruslah ikhlas….

  • Assalamualaikum warahmatulah wabarakatuh.

    Terlebih dahulu pihak YaPEIM mengucapkan terima kasih di atas sokongan puan dalam pelaksanaan amalan sadaqatul jariah melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM.

    Untuk makluman, permohonan menghentikan potongan sumbangan bulanan kepada YaPEIM boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan.

    Surat tersebut perlu dilengkapkan bersama :

    Nama Penuh
    No Kad Pengenalan,
    No Telefon
    Alamat Bertugas
    Jumlah Sumbangan Bulanan
    Sebab-sebab berhenti (untuk memudahkan pihak YaPEIM memperbaiki mutu perkhidmatan kami)

    Surat yang telah lengkap, perlu dihantar ke Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM sama ada melalui email/faks/pos untuk tindakan lanjut.

    Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM ditalian :03-22730084.

    Nota Penting: Pihak YaPEIM menggalakkan pihak puan mengurangkan kadar sumbangan bulanan berdasarkan kemampuan puan agar amalan sadaqatul jariah ini dapat diteruskan selaras dengan Firman ALLAH di dalam Surah al Baqarah 265 :

    Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebidang kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis(pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan

  • saya ingin mansuhkan pemotongan gaji dalam slip gaji saya.ada borg yg perlu diisi ke?

  • Assalamualaikum warahmatullah

    Untuk makluman puan, potongan bagi Skim Potongan Gaji YaPEIM adalah sumbangan sadaqatul jariah.

    Sehubungan itu, potongan YaPEIM tidak mendapat rebet cukai sepertimana zakat.

    Pertanyaan lanjut, puan boleh menghubungi YaPEIM di Unit Skim Potongan Gaji ditalian 03-22730084 atau email kepada amaljariah@yapeim.net.my

    Sekian, terima kasih. Wassalam

  • Adakah penyata potongan gaji drpd yapeim boleh dikemukakan kpd lhdn sbg zakat?

  • Assalam. Terima kasih. Saya telah pun menerima penyata tahunan daripada YaPEIM untuk tahun 2011 dan 2012. Walau bagaimanapun, penyata tahunan 2012 yang dikirimkan kepada saya masih belum lengkap sebab belum cukup setahun. Saya akan memohon semua untuk penyata potongan 2012.
    Wassalam.

  • Assalam.
    Saya telah pun mengemelkan butiran ke alamat emel seperti yang tuan nyatakan. Tiada respon yang saya terima.

  • Wa’alaikumsalam.

    Sila hubungi Unit Skim Potongan melalui alamat email berikut :

    amaljariah@yapeim.net.my

    Sekian, terima kasih. Wassalam

  • Assalam.

    Terima kasih atas respon yang diberikan.
    Boleh tak saya dapatkan alamat emel YaPEIM untuk dihubungi bagi tujuan di atas.

    Terima kasih atas inisiatif pihak tuan.

    Wassalam.

  • Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Terlebih dahulu, YaPEIM mengucapkan terima kasih di atas perhatian tuan.

    Untuk makluman, pihak YaPEIM akan mengeluarkan penyata/resit sumbangan sekiranya terdapat permintaan daripada penyumbang sama ada melalui panggilan telefon, faks, surat atau email.Maklumat yang diperlukan hanyalah Nama, No Kad Pengenalan, Alamat Bertugas dan Nombor Telefon untuk dihubungi.

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Skim Potongan Gaji di talian 03-2273 0084.

    Terima kasih. Wassalam

  • Assalam.

    Adakah pihak YAPEIM ada mengeluarkan Resit Rasmi atau Penyata Tahunan untuk potongan gaji yang dilakukan oleh pencarum?

    Terima kasih.

  • bagaimana cara untuk saya membuat penambahan, pengurangan @ pemberhentian pemotongan yang telah sedia ada di buat?

  • Cara yang termudah adalah dengan memuat turun borang tersebut terlebih dahulu dan cik/puan boleh cuba untuk print seperti cara biasa. Ini adalah link untuk muat turun borang berkenaan: http://yapeim.net.my/wp-content/uploads/2012/10/BORANG-SPG-PINDAAN-2.2012.pdf

  • Wa’alaikumussalam warahmatulah. Terlebih dahulu pihak YaPEIM mengucapkan terima kasih di atas sokongan tuan dalam pelaksanaan amalan sadaqatul jariah melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM.

    Untuk makluman, permohonan perubahan sumbangan boleh dibuat sama ada dengan mengisi semula borang persetujuan atau mengemukakan surat permohonan perubahan kepada Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM beserta dengan maklumat peribadi (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat Bertugas, No Telefon ,Perubahan jumlah sumbangan lama dan baru).

    Borang/surat yang telah lengkap, perlu dihantar ke Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM untuk tindakan lanjut.

    Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM :03-22730084.

  • assalamualaikum..sy nak tanya,bagaimana nak ubah jumlah sumbangan yang sedia ada skg ni.borang apa yg perlu sy isi? untuk makluman tuan,sumbangan yapiem sy melalui potongan gaji.

  • Tumpang bertanya….apakah faedah-faedah duniawi yang boleh diperolehi sekiranya menyertai skim ini….

  • Assalamualaikum,
    Saya ingin print borang SPG untuk k/tangan mengurangkan sumbangan tetapi tidak berjaya. Tolong bantu saya.
    T/kasih.

  • Adakah potongan gaji ini boleh diambilkira dalam LHDN sepertimana zakat?

  • salam,

    saya telah membuat potongan gaji. bagaimanakah caranya untuk saya membuat perubahan ke atas potongan gaji t’sebut sama ada saya mahu mengurang@manambahkan potongan setiap bln?

  • ASSALAMUALAIKUM TUAN, SY NAK TAHU MACAM MANA CARANYA UNTUK MEMBATALKAN PEMOTONGAN YAPEIM DARI GAJI BULANAN SAYA? PEMOTONGAN TELAH DIBUAT DARI TAHUN 2007 SEHINGGALAH SEKARANG. DLM TAHUN 2010, KALAU X SILAP ..SAYA ADA FAXKAN BORANG UTK MENGHENTIKAN PEMOTONGAN GAJI TAPI TIADA TINDAKAN SUSULAN.TERIMA KASIH.


Top
Links:oakley sunglasses outletoakley sunglasses outletBeats By Drecheap beats by dreCheap Beats By Drecheap beats by drelouis vuitton outletlouis vuitton outletlouis vuitton outletray ban sunglasses outletcheap beats by drecheap beats by drecheap beats by drecheap beats by drecheap beats by drecheap beats by drecheap beats by drecheap beats by dreray ban sunglasses outletray ban sunglasses outletray ban sunglasses outletray ban sunglasses outletoakley sunglasses outletoakley sunglasses outletoakley sunglasses outletChristian louboutin outletChristian louboutin outletChristian louboutin outletChristian louboutin outletlouis vuitton outletlouis vuitton outlet