YaPEIM » Persidangan Koordinasi Nasional (pusat)

Persidangan Koordinasi Nasional (pusat)

koordinasi

 

kn

Terima kasih Pengerusi Majlis,

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين

والصلاة والسلام على سيّدنا محمد

وعلى اله وصحبه ومن اتبع هداه الى يوم الدين

Y. Bhg Sdr  Abibullah bin Samsudin (Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM)

Y. Bhg. Tuan Hj Mokhtar Abdul Razak (Timbalan Pengerusi JK Kerja YaPEIM)

Y. Bhg. Tuan Haji Mohd Yusof Abd. Rahman (Pengerusi JK Risiko YaPEIM)

Pengurusan  Tertinggi YaPEIM

Pengurusan Utama Institusi YaPEIM

Warga Kerja Utama YaPEIM

Saudara/I sekelian.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

TAHNIAH  ATAS PENGANJURAN DAN ALU ALUAN

1. Tahniah diatas inisiatif dan penganjuran program – Persidangan Koordinasi Nasional (Pusat)  2014, yang bermula pada 20hb hingga 23hb  Januari 2014. Dan hari ini merupakan hari pertama persidangan ini bermula.

2. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada urusetia kerana menjemput saya seterusnya memberi ucapan dan memulakan Persidangan ini.

3. Terima kasih juga kepada Pengurusan dan warga kerja  YaPEIM khususnya daripada institusi di peringkat  Pusat kerana komitmen yang tinggi untuk menyertai dan menjayakan Persidangan yang sangat penting dan merupakan landasan awal untuk pergerakan institusi kita mulai tahun 2014 ini.

4. Saya menganggap penganjuran Persidangan ini mempunyai significant kepada perjalanan institusi kita ini kerana:

 i. Mulai tahun 2014 ini kita menyaksikan perubahan yang bersifat struktural, yang akan mempengaruhi seluruh perjalanan institusi ini baik di peringkat induk, mahupun diperingkat institusi.

ii. Mulai tahun 2014 ini, buat pertama kalinya dalam sejarah YaPEIM, atas nama Presiden sekaligus pejabat Presiden juga akan digunapakai secara rasmi dan akan berfungsi sepenuhnya bagi memenuhi kehendak Surat Ikatan YaPEIM. Struktur Pentadbiran baru YaPEIM seperti yang telah diperakukan oleh JK Kerja YaPEIM yang bersidang buat pertama kali pada 15 Januari yang lalu.

iii. Seperti yang telah saya maklumkan bahawa peranan Presiden ini adalah mengikut Para 8, Surat  Ikatan YaPEIM seperti berikut:

– “The President shall preside at all meetings of the trustees..”

– “The President shall be responsible for implementation of the decision of the  trustees..”

– “The President may perform other functions in relation to the Foundation in accordance with any directions which may be given from time to time by the Prime Minister, Malaysia”

iv. Tahun 2014 juga menyaksikan pengwujudan beberapa Jawatankuasa / Panel Utama yang diputuskan oleh LPA, disamping kewujudan beberapa Jawatankuasa Khas bagi memantau perjalanan Program Utama institusi ini akan terus berfungsi.

v. Jawatankuasa/Panel Utama tersebut:

– Jawatankuasa Kerja (EXCO)

(Akan diwujudkan beberapa Jawatankuasa Kecil (Khas));

– Jawatankuasa Audit;

– Jawatankuasa Risiko;

– Jawatankuasa Pengawasan Syariah; dan

– Panel Pembangunan Ekonomi Islam (ForPembangunan).

vi. Diantara Jawatankuasa Khas yang telah diputuskan oleh LPA :

– Jawatankuasa Khas Program Mikro Kredit Ar Rahnu;

– Jawatankuasa Khas Skim Ibadah Korban; dan

– Jawatankuasa Khas Syariah Skim Ibadah Korban.

vii. Pada masa yang sama satu keputusan terkini juga bahawa Majlis Penasihat Pengujian Emas dan Galian Bernilai kini dinaik taraf menjadi Majlis di peringkat YaPEIM dengan nama barunya Majlis Penasihat Teknologi Emas dan Galian Bernilai yang bertaraf Panel Khas.

viii. Selain daripada itu perkembangan pada tahun 2014 juga menyaksikan perubahan dan pembaharuan yang juga sangat besar dalam Polisi Bajet, Pentadbiran dan Kewangan khususnya yang melibatkan perkara berikut:

(Keputusan LPA Disember 2013)

– Had Perbelanjaan yang dibenarkan;

– Tafsiran kepada sesuatu keputusan LPA;

– Had dan Penentuan Kuasa; dan

– Tanggungjawab, kuasa dan kemudahan yang diberikan kepada Pengerusi dan Ahli LPA.

5.  Saya ingin nyatakan bahawa penekanan yang akan dibuat mulai tahun 2014 ini akan tertumpu kepada:

i. Meneruskan usaha institusi ini dalam menyelesaikan persoalan ummah melalui pembentukan dan pelaksanaan Model Pelaksanaan Program tertentu,  melakukan penambahbaikan yang berterusan berteraskan profesionalisme yang tinggi, dan  bersedia untuk melangkah kehadapan dalam mengemukakan  penyelesaian terhadap persoalan yang timbul; dan

ii. Persediaan untuk menjadikan institusi ini sebagai rujukan ummah dan Negara dalam menangani persoalan dan isu-isu semasa dan yang mendatang. Institusi ini akan mengorak langkah melalui pendekatan berikut:

– Menjadikan model pelaksanaan program sediada sebagai rujukan secara praktikal terhadap penyelesaian persoalan ummah yang timbul; dan

– Bersedia untuk tanggungjawab yang lebih mencabar melalui pendekatan ilmiah cum profesional, dalam mengemukakan formula dan penyelesaian secara realistik terhadap persoalan yang dihadapi oleh ummah dan negara. Tanggungjawab ini boleh dijayakan melalui langkah menggerakkan Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam (ForPembangunan).

6. Menyentuh mengenai peranan institusi-institusi di bawah YaPEIM pula, selain daripada peranan secara umum seperti yang telah digariskan, mulai tahun 2014 ini diantara KPI’s yang utama ialah memantapkan peranan utama dan menggerakkan program yang bersifat projek khas yang perlu dijayakan.

7. Diantara peranan utama dan  projek khas tersebut:

i. Projek berasaskan perniagaan

– Projek Perniagaan berasaskan Emas dan Galian Bernilai

– Projek Pengurusan Hospitaliti

– Projek CCMS

ii. Program berasaskan Sumber Amal

– Skim Ibadah Korban

~ Gerakan Pendaftaran Ahli – 200 ribu orang (termasuk Galakkan Penyimpanan)

iii. Program Meningkatkan Kesejahteraan Ummah

– Program Ar Rahnu

~ Menggadakan pendapatan dan keuntungan

~ Perkhidmatan Melalui Kaunter Bergerak

~ Khidmat Penyimpanan dan Pengeluaran

– Program Kecemerlangan Komuniti

~ Menggerakkan Program Generasi Mapan (SANTUN)

~ Program Tuisyen Profesional – TuisyePro (SANTUN)

~ Program Global Manager – GMPro

– Program Gerakan Pemerkasaan Ekonomi Ummah

~ Halal Point – Rangkaian Pasaraya Mini. (Mengambilkira saranan – Hypermarket)

– Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami

~ Institusi yang Menawarkan Kursus yang diluluskan oleh MQA

– Program Memantapkan Kebajikan Ummah

~ Memperkasa Skim Khairat Nasional dan Program Sinar Kasih

~ Program Rangkaian Perkhidmatan Jahitan (ProTAILOR); DAN

~ Program Dapur Fuqara’

8.Cabaran dalam menjayakan Projek perniagaan di bawah institusi:

i. Mengenalpasti  kegiatan perniagaan teras dan keupayaan membuat review;

ii. Keberanian dan keupayaan membuat unjuran pendapatan dan keuntungan yang realistik – menjana keuntungan seperti yang diperlukan; dan

iii. Keupayaan untuk memperkenal dan menjayakan projek yang membawa kelestarian institusi.

 9. Cabaran dalam menjayakan Program Sumber Amal

i. Keupayaan untuk membuat ‘product positioning’;

ii. Keupayaan untuk membuat unjuran ‘sale’ yang realistik;

iii. Keupayaan untuk melakukan ‘maintainance’ yang berkesan;

iv. Keupayaan untuk melakukan perkhiudmatan selepas jualan; dan

v. Keupayaan untuk mewujudkan ‘product community’

 10. Cabaran dalam menjayakan Model Program Pembangunan Sosioekonomi

i. Sebahagian besar program dan skim yang diperkenalkan belum mengamalkan sepenuhnya ciri-ciri dalam pendekatan perniagaan;

ii. Terdapat program yang diperkenalkan – mencapai tahap sirim (standard) minimum;

iii. Tidak semua program dan skim yang dilaksanakan – memberi impak yang optimum; dan

iv. Hanya sebahagian daripada Program dan Skim yang diperkenalkan boleh menjadi model dalam penyelesaian persoalan ummah di peringkat nasional dan antarabangsa.

 11. Cabaran dalam memberikan sumbangan Idea dan Formula yang berkesan

i. Keupayaan institusi ini meyakinkan penyertaan tokoh-tokoh yang yang bakal memberi sumbangan idea;

ii. Keupayaan institusi ini menyaring dan merumuskan idea dan formula yang realistik;

iii. Keupayaan institusi ini dapat menyampaikan idea dan formula dengan berkesan

12.CABARAN UTAMA VS VISI

i.     Meneruskan usaha dan langkah – menjadi pemimpin dalam bidang dan industri yang diceburi – persiapan SDI dan prasarana.

– Keupayaan untuk memperahalusi dan memperincikan isu-isu utama yang disenaraikan dalam Visi institusi ini menjelang tahun 2020

13. ANTARA ISU-ISU UTAMA TERSEBUT:

i. Institusi Pembangunan Ekonomi yang Utama?

ii. Institusi yang  Mantap?

iii. Institusi yang mampu meningkatkan martabat dan kualiti ummah?

– FAKTOR YANG AKAN   MEMBAWA INSTITUSI INI DAPAT BERAKSI DAN TERUS RELEVAN DALAM ARUS PERDANA NEGARA.

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Top