YaPEIM » Pengenalan

Pengenalan

PENGENALAN

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952.

Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada masa itu.

YaPEIM ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah melalui Surat Ikatan Amanah YaPEIM.

WAWASAN

Institusi unggul menerajui pembangunan sosioekonomi secara inklusif dan berkesan bagi kesejahteraan ummah.

PENYATAAN MISI

Komited dalam usaha memperkasa ekonomi ummah dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik, efisien dan berintegriti.

TAGLINE

“MEMACU KEJAYAAN BERSAMA”

NILAI-NILAI UTAMA

Nilai-nilai utama yang dihayati dalam budaya korporat YaPEIM :

    1. Amanah
    2. Efisien
    3. Peka
    4. Cekap
    5. Integriti

 

OBJEKTIF KORPORAT

“SOSIAL BISNES & BISNES”

  1. Pelaksanaan Program-program sosial bisnes yang berdaya saing, inovatif, efisien, berkualiti dan patuh Syariah yang memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi & kesejahteraan masyarakat melalui penyediaan kemudahan pembiayaan mikro kredit, platform dan sokongan dalam pembangunan usahawan.
  2. Pelaksanaan aktiviti bisnes yang dapat menjana keuntungan kepada institusi bagi memperkukuhkan kedudukan institusi melalui Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran yang cekap dan mengamalkan amalan Tadbir Urus yang baik.

 

“PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI & AMAL JARIAH”

  1. Membudaya dan menyediakan prasarana yang mudah dan diyakini untuk masyarakat beramal jariah.
  2. Penyampaian sumbangan amal jariah kepada benifisiari dengan pelbagai pendekatan yang telus dan efektif serta bermanfaat kepada ummah.

Top