YaPEIM » Pembukaan Persidangan Koordinasi Nasional

Pembukaan Persidangan Koordinasi Nasional

pembukaan

 

pembukaan

Terima kasih Pengerusi Majlis,

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين

والصلاة والسلام على سيّدنا محمد

وعلى اله وصحبه ومن اتبع هداه الى يوم الدين

− Y. Bhg. Encik Abibullah bin Samsudin (Ketua Pengarah YaPEIM)

− Y. Bhg. Tuan Haji Mokhtar Abdul Razak (Timbalan Pengerusi JK Kerja YaPEIM)

− Y. Bhg. Tuan Haji Mohd Yusof Abd. Rahman (Pengerusi JK Risiko YaPEIM)

− Pengurusan Tertinggi YaPEIM

− Pengurusan Utama Institusi-institusi di bawah YaPEIM

− Warga Kerja Utama YaPEIM

− Saudara/i sekalian.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

TAHNIAH ATAS PENGANJURAN DAN ALU ALUAN

1. Tahniah di atas inisiatif dan penganjuran program – Persidangan Koordinasi Nasional 2014, pada 22hb dan akan berakhir 23hb Januari 2014. Dan persidangan hari ini merupakan bahagian kedua daripada Persidangan Koordinasi Nasional yang bermula pada 20 hb Januari yang lalu.

2. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada urusetia kerana menjemput saya seterusnya memberi ucapan dan di fasa kedua Persidangan ini, di mana kali ini melibatkan Pejabat Negeri dan Cawangan YaPEIM seluruh negara.

3. Terima kasih juga kepada Pengurusan dan warga kerja daripada institusi induk iaitu YaPEIM, institusi di peringkat Pusat, Pejabat Negeri dan cawangan; kerana komitmen yang tinggi untuk menyertai dan menjayakan Persidangan yang sangat penting dan merupakan landasan awal untuk pergerakan institusi kita mulai tahun 2014 ini.

4. Seperti yang saya nyatakan dalam ucapan pembukaan dalam fasa pertama persidangan koordinasi di peringkat pusat pada 20 Januari yang lalu, saya menganggap penganjuran Persidangan ini mempunyai significant yang tersendiri kepada perjalanan institusi kita ini kerana :

i. Mulai tahun 2014 ini, akan berlaku perubahan yang bersifat structural dalam YaPEIM, yang akan mempengaruhi seluruh perjalanan institusi ini baik di peringkat induk, mahupun diperingkat institusi.

ii. Mulai tahun 2014 ini, buat pertama kalinya dalam sejarah YaPEIM, atas nama Presiden sekaligus pejabat Presiden juga akan digunapakai secara rasmi dan akan berfungsi sepenuhnya bagi memenuhi kehendak Surat Ikatan YaPEIM menerusi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Tidak seperti sebelum ini, disebut sebagai Pengerusi dan Yang Di-Pertua. Struktur Pentadbiran baru YaPEIM seperti yang telah diperakukan oleh JK Kerja YaPEIM yang bersidang buat pertama kali pada 15 Januari yang lalu.

iii. Seperti yang telah saya maklumkan bahawa peranan Presiden ini adalah mengikut Para 8, Surat Ikatan YaPEIM seperti berikut:

– “The President shall preside at all meetings of the trustees..”

– “The President shall be responsible for implementation of the decision of the trustees..”

– “The President may perform other functions in relation to the Foundation in accordance with any directions which may be given from time to time by the Prime Minister, Malaysia”

iv. Tahun 2014 juga menyaksikan pengwujudan beberapa Jawatankuasa/ Panel Utama yang diputuskan oleh LPA, disamping kewujudan beberapa Jawatankuasa Khas bagi memantau perjalanan Program Utama institusi ini akan terus berfungsi.

v. Jawatankuasa/Panel Utama tersebut:

– Jawatankuasa Kerja (EXCO)

(Akan diwujudkan beberapa Jawatankuasa Kecil (Khas));

– Jawatankuasa Audit; – Jawatankuasa Risiko;

– Jawatankuasa Pengawasan Syariah; dan

– Panel Pembangunan Ekonomi Islam (ForPembangunan).

vi. Di antara Jawatankuasa Khas yang telah diputuskan oleh LPA :

– Jawatankuasa Khas Program Mikro Kredit Ar Rahnu;

– Jawatankuasa Khas Skim Ibadah Korban; dan

– Jawatankuasa Khas Syariah Skim Ibadah Korban.

vii. Pada masa yang sama satu keputusan terkini juga bahawa Majlis Penasihat Pengujian Emas dan Galian Bernilai kini dinaik taraf menjadi Majlis di peringkat YaPEIM dengan nama barunya Majlis Penasihat Teknologi Emas dan Galian Bernilai yang bertaraf Panel Khas.

viii. Selain daripada itu perkembangan pada tahun 2014 juga menyaksikan perubahan dan pembaharuan yang juga sangat besar dalam Polisi Bajet, Pentadbiran dan Kewangan khususnya yang melibatkan perkara berikut:

(Keputusan LPA Disember 2013)

– Had Perbelanjaan yang dibenarkan;

– Tafsiran kepada sesuatu keputusan LPA;

– Had dan Penentuan Kuasa; dan

– Tanggungjawab, kuasa dan kemudahan yang diberikan kepada Pengerusi dan Ahli LPA.

5. Saya ingin nyatakan bahawa penekanan yang akan dibuat mulai tahun 2014 ini akan tertumpu kepada:

i. Meneruskan usaha institusi ini dalam menyelesaikan persoalan ummah melalui pembentukan dan pelaksanaan Model Pelaksanaan Program tertentu, melakukan penambahbaikan yang berterusan berteraskan profesionalisme yang tinggi, dan bersedia untuk melangkah kehadapan dalam mengemukakan penyelesaian terhadap persoalan yang timbul; dan

ii. Persediaan untuk menjadikan institusi ini sebagai rujukan ummah dan Negara dalam menangani persoalan dan isu-isu semasa juga isu-isu yang mendatang. Institusi ini akan mengorak langkah melalui pendekatan berikut:

– Menjadikan model pelaksanaan program sedia ada sebagai rujukan secara praktikal terhadap penyelesaian persoalan ummah yang timbul; dan

– Bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab yang lebih mencabar melalui pendekatan ilmiah dan profesional, dalam mengemukakan formula dan penyelesaian secara realistik terhadap persoalan yang dihadapi oleh ummah dan negara. Tanggungjawab ini boleh dijayakan melalui langkah menggerakkan Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam (ForPembangunan).

6. Menyentuh mengenai peranan institusi-institusi di bawah YaPEIM pula, selain daripada peranan secara umum seperti yang telah digariskan, mulai tahun 2014 ini diantara KPI’s yang utama ialah memantapkan peranan utama dan menggerakkan program yang bersifat projek khas yang perlu dijayakan.

7. Di antara peranan utama dan projek khas tersebut:

i. Projek berasaskan perniagaan

– Projek Perniagaan berasaskan Emas dan Galian Bernilai

– Projek Pengurusan Hospitaliti

– Projek CCMS

ii. Program berasaskan Sumber Amal

– Skim SAJ Melalui Potongan Gaji

– Skim Ibadah Korban

~ Gerakan Pendaftaran Ahli – 200 ribu orang (termasuk Galakkan Penyimpanan)

iii. Program Meningkatkan Kesejahteraan Ummah

– Program Ar Rahnu

~ Mengadakan pendapatan dan keuntungan

~ Perkhidmatan Melalui Kaunter Bergerak

~ Khidmat Penyimpanan dan Pengeluaran

– Program Kecemerlangan Komuniti

~ Mengerakkan Program Generasi Mapan (SANTUN)

~ Program Tuisyen Profesional – TuisyenPro (SANTUN)

~ Program Global Manager – GMPro

– Program Gerakan Pemerkasaan Ekonomi Ummah

~ Halal Point – Rangkaian Pasaraya Mini. (Mengambilkira saranan – Hypermarket)

– Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami

~ Institusi yang Menawarkan Kursus yang diluluskan oleh MQA

– Program Memantapkan Kebajikan Ummah

~ Memperkasa Skim Khairat Nasional dan Program Sinar Kasih

~ Program Rangkaian Perkhidmatan Jahitan (ProTAILOR); DAN

~ Program Dapur Fuqara’

8. CABARAN KEPADA PEMEGANG TANGGUNGJAWAB DI PERINGKAT PUSAT

1. Dalam menjayakan Projek perniagaan di bawah institusi ini

i. Mengenalpasti kegiatan perniagaan teras dan keupayaan membuat review;

ii. Keberanian dan keupayaan membuat unjuran pendapatan dan keuntungan yang realistik – menjana keuntungan seperti yang diperlukan; dan

iii. Keupayaan untuk memperkenal dan menjayakan projek yang membawa kelestarian institusi.

2. Cabaran dalam menjayakan Program Sumber Amal

i. Keupayaan untuk membuat ‘product positioning’;

ii. Keupayaan untuk membuat unjuran ‘sale’ yang realistik;

iii. Keupayaan untuk melakukan ‘maintainance’ yang berkesan;

iv. Keupayaan untuk melakukan perkhidmatan selepas jualan; dan

v. Keupayaan untuk mewujudkan ‘product community’

3. Cabaran dalam menjayakan Model Program Pembangunan Sosioekonomi

i. Sebahagian besar program dan skim yang diperkenalkan belum mengamalkan sepenuhnya ciri-ciri dalam pendekatan perniagaan;

ii. Terdapat program yang diperkenalkan – belum mencapai tahap sirim (standard) minimum;

iii. Tidak semua program dan skim yang dilaksanakan – memberi impak yang optimum; dan

iv. Tidak semua Program dan Skim yang diperkenalkan, boleh menjadi model dalam penyelesaian persoalan ummah di peringkat nasional dan antarabangsa.

4. Cabaran dalam memberikan sumbangan Idea dan Formula yang berkesan

i. Keupayaan institusi ini meyakinkan penyertaan tokoh-tokoh yang yang bakal memberi sumbangan idea;

ii. Keupayaan institusi ini menyaring dan merumuskan idea dan formula yang realistik;

iii. Keupayaan institusi ini dapat menyampaikan idea dan formula dengan berkesan

5. CABARAN UTAMA VS VISI

i. Meneruskan usaha dan langkah – menjadi pemimpin dalam bidang dan industri yang diceburi – persiapan SDI dan prasarana.

– Keupayaan untuk memperhalusi dan memperincikan isu-isu utama yang disenaraikan dalam Visi institusi ini menjelang tahun 2020

6. ANTARA ISU-ISU UTAMA TERSEBUT:

i. Institusi Pembangunan Sosio Ekonomi yang Utama? Pada tahun 2020:

– Menjadi pemimpin dalam program utama membangun dan membela ummah?

– Program yang dilaksanakan memberi impak besar kepada kumpulan sasar strategik?

– Program yang dilaksanakan berupaya menjadi model dan rujukan di semua peringkat?

ii. Institusi yang Mantap?

Pada TAHUN 2020:

– Total Aset RM2 Billion (2013 RM1Billion)?

– Total Aset Bersih RM1Billion (2013 121juta)?

– Pendapatan Perniagaan RM200juta setahun

– Sumber Amal RM80juta setahun?

iii. Institusi yang mampu meningkatkan martabat dan kualiti ummah?

Pada tahun 2020:

Mampu peranan dengan hebat dalam meningkatkan :

– Tahap Celik Al Quran?

– Tahap Celik Ilmu dan memahami Asas Agama?

– Tahap Celik ICT ?

– Tahap Pencapaian Akademik warga berpendapatan rendah?

– Bilangan Usahawan kecil dan sederhana?

– Tingkat pendapatan golongan terendah dalam masyarakat?

– FAKTOR YANG AKAN MEMBAWA INSTITUSI INI DAPAT BERAKSI DAN TERUS RELEVAN DALAM ARUS PERDANA NEGARA.

9. CABARAN KEPADA PEMEGANG TANGGUNGJAWAB DI PERINGKAT NEGERI DAN CAWANGAN

i. Memahami dan menjiwai (dengan sepenuh komitmen) peranan dan tanggungjawab semasa dan visi yang hendak dijayakan oleh pengurusan dan kepimpinan institusi di peringkat pusat – Gambaran warga yang sangat mendalam dalam menterjemahkan semangat Bekerja sebagai Ibadah dan Perjuangan;

ii. Bersedia dan berupaya menterjemahkan secara tepat setiap visi, objektif, strategi, dasar dan pendekatan, yang diputuskan di peringkat pusat dan dilaksanakan melalui program dan skim yang diperkenalkan diperingkat Negeri dan lokaliti – Gambaran kepada warga yang memahami misi yang nak direalisasikan, visi yang nak capai dan pendekatan yang harus dijayakan – Pendekatan perniagaan ;

iii. Berupaya menterjemahkan setiap ‘appearance’ samada penampilan bersifat fizikal (termasuk premis, gambaran warga kerja, dll), semangat yang ditonjolkan oleh setiap petugas (roh, visi, misi) mahupun gambaran yang tonjolkan melalui program dan skim yang diperkenalkan di setiap negeri dan lokaliti, sebagai gambaran yang membawa imej profesional yang Islamik dan bertaraf nasional – Gambaran kepada warga yang benar-benar menterjemahkan nilai-nilai utama institusi ini; dan

iv. Berupaya membawa imej dan gambaran bahawa institusi ini sebagai institusi yang sangat dekat dengan kepimpinan negara dan juga sangat dekat dihati nurani umat – Gambaran bahawa warga institusi ini tahu meletakkan diri (positioning) dan tahu misi yang hendak direalisasikan.

– FAKTOR INILAH YANG BERUPAYA MENJADIKAN INSTITUSI SANGAT DIPERLUKAN PERANANNYA OLEH UMAT DAN NEGARA

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Top