YaPEIM » Majlis “Retreat” Keselamatan YaPEIM 2014

Majlis “Retreat” Keselamatan YaPEIM 2014

 

SALUTATION:

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis

Bismillahirrahmanirrahim. 

Y.Bhg En Abibullah Bin Hj Samsudin

Ketua Pengarah YaPEIM

Y.Berusaha Tuan Hj Mohd Yusof Abd. Rahman

Pengerusi Lembaga Pengarah Permodalan YaPEIM & Ahli LPA

Y.Berusaha Dato’ Mohamed Azmi Abd Kadir

Pengerusi Eksekutif Cardigan Guard

Y.Bhg ASP Puan Hajah Kalsom Hj Idris

Pegawai Penyiasat Jenayah Korporat / Kewangan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen  Sabah

Y. Berusaha En Wan Johan Wan Ismail

Pengurus Besar Permodalan YaPEIM Sdn Bhd

Rakan-rakan Pengurusan YaPEIM

Pengurusan Agensi dan Warga YaPEIM

Pegawai-pegawai Utama di Sabah

Ketua & Pengurus Ar Rahnu Zon Sabah

Saudara/i yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wrmth wbrkth

1. Pertama sekali saya sangat bersyukur ke Hadrat Allah kerana Program yang direncana lebih awal terpaksa ditangguhkan kerana keadaan masa. Alhamdulillah kita dapat bersama pada kali ini. Terima kasih banyak di atas jemputan ini kepada pihak Permodalan dan juga Cardigan Guard. Terima kasih Y.Bhg Dato’ atas komitmen dan juga daripada rakan-rakan Cardigan Guard untuk menjayakan Retreat Keselamatan 2014 seperti yang dirancangkan.

2. Tahniah kepada semua pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan khususnya acara menembak (pistol) (samada perseorangan atau berkumpulan), am nya pertandingan Golf dan Bowling.

3. Secara peribadi, saya menganggap Retreat ini sangat menarik walaupun agak simple, tetapi sangat berkesan dan saya amat bersetuju sekiranya Retreat seperti ini dijadikan acara Tahunan. Penglibatan itu, saya rasa tidak lagi dalam bentuk invitation biasa, kalau boleh hasrat saya, KP akan menentukan siapa yang sepatut bersama dalam Retreat seperti ini supaya siapa yang layak terlibat akan terlibat dan keberkesanan akan lebih terlihat. Aspek keselamatan ini menjadi agenda yang sangat penting dalam konteks YaPEIM. Jika sebelum ini, kita hanya terlibat dalam amal jariah sahaja jadi isu keselamatan tidaklah menjadi seberat sekarang. Tetapi apabila YaPEIM telah terlibat dalam pelbagai program, jadi isu keselamatan ini sangat utama.

4. Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama memeriahkan Retreat kita:

– PYSB (di Pengerusikan oleh Tn Hj Yusof Abd Rahman)

– KP dan pengurusan

– Cardigan Guard

– ATM, Kelab Menembak Sabah

– Wakil Jabatan Polis Sabah

Saudara/i yang saya hormati sekalian,

5. Saya menganggap bahawa kebersamaan dan keakraban seperti yang ditunjukkan dalam Retreat ini dalam mengukuhkan peranandalam institusi YaPEIM dalam melengkapi peranan kerajaan untuk membangun dan memantapkan kebajikan masyarakat kita.

6. Dalam konteks meningkatkan kesejahteraan masyarakat kita khususnya untuk menjadikan program-program kita ini sebagai program yang lestari (yang akan dilaksanakan sampai bila-bila). Jadi sebab itu, kita telah memilih:

– Untuk memantapkan pendekatan perniagaan dalam YaPEIM (membina entrepreneurship mind di kalangan staf YaPEIM) dan

– Untuk memacu pertumbuhan institusi

Kedua-dua elemen utama ini sangat penting untuk membolehkan institusi kita disebut sebagai lestari (relevance menawarkan perkhidmatan seperti yang kita mulakan) kedua-dua elemen ini telah dirumuskan dalam strategi institusi kita sebagai strategi bagi memperkukuhkan Wadah.

7. Dalam konteks menjayakan strategi ini, memperkukuhkan wadah ada 5 inisiatif yang diperkenalkan:

– Melahirkan SDI yang kompeten

– Memantapkan skim sumber amal – yang berdaya maju

– Memantap pendekatan pentadbiran yang berkesan

– Memantap pendekatan perkongsian misi dan visi

– Meneroka sumber baru dan perniagaan yang berpotensi

8. Bercakap mengenai tajuk keselamatan ini:

– Selain daripada keselamatan merupakan elemen yang sangat asas dalam pentadbiran yang kita tawarkan

– Dalam konteks YaPEIM juga, kita telah putuskan bahawa perkhidmatan keselamatan juga merupakan peluang perniagaan yang baru yang sangat berpotensi untuk diceburi.

– Dalam konteks YaPEIM perkhidmatan ini dipertanggungjawabkan kepada PYSB untuk membangun perniagan dalam konteks menyediakan perkhidmatan yang komprehensif melibatkan Perlindungan Takaful, Keselamatan dan juga Pemantauan termasuk melalui CCMS.

– Dan semua ini, dilaksanakan melalui Sinergi Dalaman. Ini penting sebagai persiapan awal sebelum melonjak keluar. Gunakanlah peluang ini untuk membina kekuatan dengan segara untuk membolehkan potensi perniagaan yang sebenar dapat dilaksanakan. Saya berkongsi semangat dan ruh dengan saudara-saudari sekalian kepada apa yang kita rencakan ini.

9. Aspek keselamatan dalam konteks YaPEIM khususnya sangat terkait dengan perkhidmatan yang melibatkan keselamatan nyawa, wang ringgit, barang kemas dan juga harta yang bernilai lain. Ini sangat penting untuk kita aware dan alert.

– Ianya menjadi concern dan perhatian bukan sahaja di peringkat cawangan atau agensi-agensi YaPEIM malah termasuk di peringkat YaPEIM secara keseluruhan sehingga ke peringkat Menteri, Jemaah Menteri dan Y.A.B Perdana Menteri.

– Jadi sebab itu apabila YaPEIM melihat soal keselamatan sangat serius.

– Langkah untuk kita membangunkan perniagaan dalam konteks keselamatan sebenarnya bukan sekadar perlu melihat aspek-aspek keselamatan yang benar-benar mempunyai kualiti yang tinggi dalam konteks YaPEIM tetapi akhirnya nanti perkhidmatan perniagaan keselamatan dapat dibangunkan sebagai satu perniagaan yang mempunyai kualiti yang tinggi.

10. Langkah membangunkan perniagaan di bidang ini sebenarnya banyak terletak kepada kebijaksanaan pengurusan YaPEIM khususnya pengurusan PYSB.

– Namun dalam konteks ini kita telah memulakan langkah khusus dalam bidang keselamatan – dengan pengwujudan model perniagaan kerjasama PYSB dan cardigan.

– Sebagai sesuatu yang baru pastilah ada kelemahan:

i) Kelemahan dalam aspek keselamatan yang tidak boleh kita kompromi – harus diberi perhatian yang serius dan segera. Juga kerjasama model wajar diwujudkan.

11. Bagi menjayakan model baru ini, beberapa langkah wajar diberikan perhatian:

– Menerima baik langkah PYSB untuk memperkuatkan perkhidmatan berasaskan pakej kepada pengguna (Dalaman & Luaran nanti).

– Perlukan komitmen yang sangat tinggi daripada kedua-dua pihak (khususnya mengenai collaboration) untuk melihat model baru ini dapat kita dijayakan – termasuk mengambilkira aspek transfer technology.

– Memerlukan sikap yang sangat terbuka dan kesungguhan dalam melakukan continuous improvement, dalam konteks melaksanakan. Model yang diperkenalkan oleh YaPEIM, dilaksanakan menerusi PYSB dengan kerjasama Cardigan, kita memerlukan semua pihak bekerjasama untuk menjayakan model ini.

– Dan yang akhir sekali, Perlukan satu “road map” yang lebih jelas – samada melibatkan langkah-langkah yang harus kita lakukan, dan juga timeframe dalam menjayakan model ini.

12. Saya sangat mengharapkan Retreat kali ini mampu untuk kita menjadikan “moment” yang sangat penting dan menjadi sebagai satu dimensi baru dalam;

– Membina komitmen dan kesedaran terhadap tanggungjawab masing-masing.

– Mampu memberi lonjakan baru dan keupayaan memberi perkhidmatan yang akan memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Top