YaPEIM » Siri Jelajah Golf Amal Perdana YaPEIM

Siri Jelajah Golf Amal Perdana YaPEIM

Siri Jelajah Golf Amal Perdana YaPEIM

Pengenalan

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan menganjurkan Kejohanan Golf Amal Perdana YaPEIM program kemuncak di dalam Siri Jelajah Golf Amal YaPEIM. Penganjuran ini adalah bertujuan menggembleng dana amal jariah bagi pelaksanaan pelbagai program, projek, skim dan aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan oleh YaPEIM berasaskan strategi-strategi dan perancangan yang telah digariskan. Antara program, projek dan skim yang sedang dijayakan oleh YaPEIM dalam mencapai matlamat tersebut adalah Program Mikro Kredit berasaskan Ar Rahnu (Ar Rahnu YaPEIM), Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN), Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu (Kelab MASA), Skim Khairat Nasional dan Skim Pembangunan Anak Yatim/Miskin yang ditimpa musibah melalui Program Keluarga Angkat Prihatin dan Program Perkasa Komuniti.

Selain itu, Sukan Golf ini berupaya menjadi penghubung di antara YaPEIM dengan penyumbang dan penaja dari pelbagai sektor dan tokoh-tokoh korporat di Negara ini. Siri Jelajah Golf Amal YaPEIM telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.B. Dato’ Seri Mejar Jeneral Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 20 November 2011 di Gunung Raya Golf & Country Club, Langkawi, Kedah Darul Aman sempena Bengkel Inovasi Ar Rahnu Serantau di Langkawi Kedah.

Objektif

Mengeratkan hubungan YaPEIM dengan pelbagai pihak termasuk Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan Organisasi Korporat di Malaysia melalui kerjasama serta perkongsian pintar dalam pelbagai bidang.

  1. Memupuk semangat berpasukan dan pemuafakatan yang jitu antara YaPEIM dan tokoh-tokoh korporat dari pelbagai sektor.
  2. Menggembleng sumbangan amal jariah untuk pelaksanaan pelbagai program, projek, skim dan aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan oleh YaPEIM berasaskan strategi-strategi dan perancangan yang telah digariskan.
  3. Menjadikan Sukan Golf sebagai salah satu aktiviti riadah sambil beramal jariah menerusi Siri Jelajah Golf Amal YaPEIM.

 

Pendekatan penganjuran Siri Jelajah Golf Amal YaPEIM adalah seperti berikut:

  1. Golf Amal Perdana YaPEIM
  2. Siri Jelajah Golf Amal YaPEIM mengikut negeri-negeri dan lokasi-lokasi yang dikenal pasti

 

Maklumat Penganjuran Golf Amal Perdana YaPEIM

Penyertaan

Terbuka kepada :
Kementerian, Jabatan
dan Agensi Kerajaan
Pihak Berkuasa Tempatan
Badan-Badan Korporat
Syarikat – Syarikat Swasta
Badan Bukan Kerajaan
Tetamu Jemputan

Format

1. Golf Amal Perdana YaPEIM ini akan menggunakan Sistem 36 “Stableford”

2. “Novelty”
a) Nearest To Pin (NTP)
b) Nearest To Line (NTL)
c) Longest Drive (LD)
d) Hole-In-One (HIO)

3. Cabutan Bertuah

PINDAAN / PERUBAHAN

* Pihak penganjur berhak untuk melakukan sebarang perubahan terhadap Siri Jelajah ini dengan memaklumkan atau tidak memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu. Para peserta dikehendaki mematuhi arahan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur.

 

Top