YaPEIM » Dato’ Abibullah hj Samsudin

Dato’ Abibullah hj Samsudin

Dato’ Abibullah hj Samsudin, bekas seorang pensyarah Univeriti Sains Malaysia (USM), merupakan seorang berpengalaman 18 tahun dengan YaPEIM.
Antara sumbangan beliau  :-

a. Membantu melicin dan merealisasikan agenda transformasi YaPEIM daripada institusi yang agak simple (iaitu menjadi institusi yang menerima dan menyelaras sumbangan amal jariah) pada peringkat awal kepada menjadikan YaPEIM sebuah institusi yang lebih berstruktur dan terancang (iaitu menjadi institusi Penggerak kesedaran Beramal Jariah, Perancang dan Pelaksana Program Pembangunan Sosioekonomi Ummah berasaskan Amal Jariah yang lebih bersifat jangka panjang);

b. Berjaya meletakkan Institut Penyelidikan & Perundingan YaPEIM (INPUT) sebagai medium utama dalam mempelopori industri teknologi pembuatan emas dan menjadikan INPUT YaPEIM sebagai pengedar tunggal mesin XRF Spectrometer di Malaysia dan juga negara-negara OIC.

Kini pihak INPUT menjadi penjual dan pembekal Mesin XRF Spectrometer melalui kerjasama dengan pihak dari Shanghai dan Shimadzu, Kyoto. INPUT YaPEIM telah memiliki Mesin XRF Spectrometer sebanyak 208 buah dan telah ditempatkan bersama set kelengkapannya (Desktop PC dan Survey Meter) yang dibekalkan di cawangan Ar-Rahnu seluruh Semenanjung Malaysia (termasuk premier).

c. Berperanan sebagai penggerak dalam memajukan perniagaan berasaskan emas melalui perlaksanaan pengoperasian Pusat Latihan dan Produksi Emas (yang melibatkan permurnian dan memproduksi barangan berasaskan emas); dan antara langkah awal yang telah dilaksanakan :-

i- Ukiran khas Tilawah Antarabangsa untuk hadiah Pertama kepada Qari dan Qariah Tilawah Peringkat Antarabangsa pada tahun 2013;

ii- Produk Emas Edisi Kilauan Emas Padi 916 dikekuarkan sempena Seminar Serantau Emas dan Mineral Bernilai Tahun 2013 berupa loket, syiling, bar dan juga reka bentuk eksklusif mulai November 2013;

iii- Penghasilan produk emas YaPEIM berbentuk barangan kemas seperti cincin emas bagi wanita dan cincin perak bagi lelaki dengan rekaan terkini dan eksklusif.

d. Merupakan Pengarah Sekretariat Ar-Rahnu Serantau yang ditubuhkan sempena resolusi utama Konvensyen Ar-Rahnu Serantau  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 26 hingga 31 Oktober 2002. Objektif sekretariat adalah untuk memperluaskan kefahaman dan penerimaan Program Mikro Kredit berasaskan Ar-Rahnu. Ia turut berperanan sebagai wahana peringkat serantau bagi tujuan menyelaras operasi Skim Ar-Rahnu/pengadaian syariah, sekali gus membantu menggalakkan pertumbuhan perkhidmatan pajak gadai syariah di kalangan negara anggota.

Di peringkat Antarabangsa, beliau membantu mengembangkan Program Mikro Kredit di Negara-Negara Islam di bawah payung Bank Pembangunan Islam (IDB) dan juga negara minoriti umat Islam melalui pendekatan franchais.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pembantu siswazah di Bahagian Geografi di Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan USM. Beliau kemudiannya menyertai USM sebagai seorang guru dan akhirnya menjadi Pensyarah Geografi pada tahun 1988 sehingga 1993.

PENGALAMAN DI YaPEIM

Pengarah di Bahagian Pentadbiran dan urusetia YaPEIM pada Julai 1997 sehingga Ogos 1998 sebelum dilantik menjadi Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Penyelidikan YaPEIM pada tahun seterusnya sehingga tahun 2010.

Sejak mengambilalih jawatan dalam Pengurusan YaPEIM mulai tahun 2010 beliau telah dilantik menjadi salah seorang Lembaga Pengarah di beberapa agensi YaPEIM seperti Akademi Pengurusan YaPEIM, PJ Perdana Management dan Institut Penyelidikan & Perundingan YaPEIM dan beliau memegang jawatan penting dalam organisasi YaPEIM sebagai Pengarah di sekretariat Ar-Rahnu Serantau dan menjadi Ketua Eksekutif (CEO) di agensi Institut Penyelidikan & Perundingan YaPEIM sehingga kini. Seterusnya menjadi Timbalan Ketua Pengarah di Bahagian Sumber Daya Insani, Dasar & perancangan YaPEIM sebelum dilantik menjadi Ketua Pengarah YaPEIM pada Januari 2014 yang lalu.

ANUGERAH

Antara Anugerah, Kurniaan Darjah Kebesaran & Pingat yang pernah beliau terima adalah :-

1- Anugerah Commonwelth Youth Awards di Bangalore, India para 7 Jun 1983.

2- Anugerah Belia Negara kategori Kepimpinan pada 15 Mei 1997 daripada kerajaan Malaysia.

3- Sijil Penghargaan Anugerah Belia Negara, kategori Kepimpinan pada tahun 1994.

4- Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang pada tahun 1996.

Top