YaPEIM » Dana Inspirasi Malaysia

Dana Inspirasi Malaysia

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952. Bagi mengerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.


Tiga teras utama YaPEIM adalah Bisnes, Sosial Bisnes dan Pembangunan Sosiekonomi & Amal Jariah.


Khusus untuk Program Pembangunan Sosiekonomi & Amal Jariah, satu inisiatif baru telah diambil iaitu menubuhkan Dana Inspirasi Malaysia yang mensasarkan jumlah terkumpul sebanyak RM40 juta bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar seluruh negara dengan melibatkan penyertaan rakan strategik seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), syarikat-syarikat korporat dan pihak-pihak yang dikenalpasti di negara ini. YaPEIM telah memperuntukkan RM1 juta sebagai dana awal untuk Dana Inspirasi Malaysia ini.


Inisiatif ini selaras dengan gagasan RAHMAH di bawah Kerajaan Persekutuan iaitu menekankan kepada aspek menyantuni masyarakat dan memberi kesejahteraan hidup selaras dengan Sustainable Development Goals (SDG) yang disasarkan di bawah United Nations dalam memperkasakan masyarakat Malaysia melalui pendidikan yang saksama dan mampan.

Syarat Am:

1.Permohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjaga

2. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia

3. Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara

4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan

Peringkat Pengajian:

Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sijil, Diploma dan Ijazah

Kadar Bantuan:

Pelajar Sekolah – Sehingga RM500

Institusi Pengajian Tinggi – Sehingga RM1,000

JOM DERMA

Top