YaPEIM » KERJASAMA ANTARA AGENSI PERKUKUH SYIAR ISLAM

Blog

KERJASAMA ANTARA AGENSI PERKUKUH SYIAR ISLAM

Langkah penyususnan yang dibuat amat signifikan dengan visinya adalah menjadikan Malaysia sebagai model pentadbiran Islam yang terunggul, progresif dan inklusif menjelang 2025.

PUTRAJAYA 7 Jan.- Kesemua 14 buah agensi agama disaran supaya bergandingan bahu dan tidak lagi bergerak secara sendirian untuk memperkukuh syiar Islam di Malaysia.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kesemua agensi perlu berkerjasama mendukung misi Menerajui Pengurusan Komprehensif Umat Islam bersendikan Maqasid Syariah dalam mencapai gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin.

Beliau berkata, aspirasi dilaksanakan mulai tahun ini melalui 7 Kluster Hala Tuju Strategik Kemajuan Islam itu berupaya memartabatkan agama seterusnya memelihara kemaslahatan ummah ke arah menjadikan Malaysia model negara Islam unggul.

“Kerajaan komited ke arah memajukan Islam buktinya sejumlah RM1.031 bilion peruntukan disediakan tahun ini .

Menurut Mujahid, hasil Pelan Strategik Agensi Agama yang dirangka, setiap kluster mempunyai peranan tersendiri seiring acuan Malaysia bagi mengapai tiga teras iaitu Rahmatan Lil ‘Alamin; bersendi Maqasid Syariah dan seiring model Malaysia Baru.

Seiring objektif tersebut katanya, beberapa penambahbaikan dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti
perkhidmatan termasuk menyusun semula agensi bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjadi telah terangkum.

“Sebanyak enam agensi digabung dan diselaras dengan JAKIM sebagai peneraju kepada JAWHAR, IKIM, TV Al-Hijrah, YADIM, YaPEIM dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Aspek penyelarasan dan pemantauan JAKIM dalam bentuk operasi dan tidak akan menyentuh soal dasar.

“Selain itu, beberapa agensi iaitu JAWI, JKSM, Jabatan Pendakwaan Syariah WP (JAPENS), Tabung Haji (TH), MAIWP dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula dikawal selia oleh JPM.,” ujarnya.

Top

Comments are closed.

Top