YaPEIM » Ar Rahnu

Ar Rahnu

Ar Rahnu

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Januari 1985 bersetuju pada dasarnya dengan Rancangan Penubuhan Pajak Gadai Islam YaPEIM dan Bank Negara Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Skim pada tahun 1992 bagi merealisasikan penubuhan Pajak Gadai Islam.

Diperkenal dan dilaksanakan melalui :

  1. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (1993)
  2. Bank Islam Malaysia Berhad (1998)
  3. Koperasi YaPEIM Berhad (2000)

 

Objektif / Strategi

  1. Menyediakan kemudahan mikro kredit secara mudah, cepat dan amanah kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk kegunaan sebagai modal perniagaan secara kecil- kecilan dan lain-lain aktiviti yang produktif bagi membangun sosioekonomi ummah.
  2. Sebagai alternatif kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan tunai melalui transaksi gadaian yang berlandaskan hukum syarak.

Muat Turun Risalah

 

FAQ

Top