YaPEIM » 2014 » January

Archive for January, 2014

Perkhemahan Santun Nasional 2013 di Langkawi

LANGKAWI,  31 Oktober 2013 (Khamis) : Program Perkhemahan Nasional Santun merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dibawah unit Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) telah diadakan bersempena Mesyuarat Tahunan Tidak Rasmi (SOM) Pegawai-pegawai Kanan Pengurusan ISLAMI MABINS bermula pada 24 hingga 30 Oktober 2013. Program yang telah dijalankan di Langkawi ini menyasarkan penyertaan daripada warga SANTUN dari semua peringkat bagi melahirkan generasi SANTUN yang mempunyai sifat dan sikap kepedulian sosial yang tinggi. Program ini juga diadakan untuk melatih warga SANTUN meningkatkan kemampuan berkomunikasi serta amal jamaiy dan kerja berpasukan dalam menyampaikan maklumat, idea dan kaedah penyelesaian masalah kepada masyarakat. Melalui program ini, khidmat bakti warga SANTUN dapat diperluaskan lagi dengan aktiviti-aktiviti seperti motivasi, ceramah, khidmat masyarakat dan sebagainya. Semangat kesukarelawanan di kalangan warga SANTUN ini juga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Majlis Perasmian Penutupan program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Abd Malek Bin Awang…

Top
Page 1 of 1