Nama Program ANUGERAH TOKOH SAHABAT AR RAHNU YaPEIMSempena Majlis Jelajah Golf Amal Perdana YaPEIM Tarikh 20 Januari 2013 (Ahad) Tempat Glenmarie Ballroom, Holiday Inn, Kuala Lumpur Glenmarie, Shah Alam, Selangor TETAMU KEHORMAT PERASMI Y.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji YassinTimbalan Perdana Menteri, Malaysia ANJURAN Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) OBJEKTIF 1) Diperkenalkan sebagai pemangkin dan motivasi kepada usahawan kecil yang berjaya di bidang yang diceburi, sekaligus kejayaan mereka boleh menjadi contoh kepada usahawan kecil yang lain dari kelompok yang sama.2) Memberi pengiktirafan, ganjaran dan penganugerahan bagi produk/perkhidmatan terbaik bertujuan memberi suntikan semangat kepada usahawan-usahawan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang lebih bermutu dan berkualiti setanding dengan produk keluaran negara luar.3) Sebagai galakan ke arah pembangunan budaya masyarakat kreatif dan berinovasi sekaligus memupuk keharmonian bermasyarakat melalui aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti.4) Melaksanakan konsep baru berorentasikan model perniagaan yang lebih berdaya tahan dan berdaya maju serta mempunyai rantaian nilai tambah yang tinggi untuk…