YaPEIM » 2012 » October

Archive for October, 2012

Program Serantau Ibadah Korban YaPEIM 1433H

Latar Belakang Bermula pada tahun 2007/1428H, YaPEIM (melalui Sekretariat Ar-Rahnu Serantau dengan kerjasama PENYERI YaPEIM) telah menganjurkan program Korban/Aqiqah di Cambodia atas permohonan/permintaan Cambodia Islamic Association (CIA). Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan, Program Ibadah Korban/Aqiqah 2008/1429H diteruskan penganjurannya oleh YaPEIM dengan kerjasama Sekretariat Ar-Rahnu Serantau serta diurusetiakan oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) dilaksanakan secara tahunan mulai tahun 1429H/2008. YaPEIM telah memperkenalkan Program Ibadah Korban dan Program ini telah diurusetiakan oleh Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad. Pelaksanaan program ini telah diperluaskan mulai tahun 2009 melibatkan negara anggota Sekretariat yang lain antaranya 2009: Indonesia (Acheh dan Padang), 2011: Filipina (Selatan Filipina); Malaysia (Perak) dan 2012: Vietnam (Ho Chi Minh);…

Top

Program Sinar Kasih

Program ini diperkenalkan oleh YaPEIM bagi menangani kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim yang kematian ketua keluarga kerana musibah seperti kemalangan dan bencana alam. Bantuan akan diberikan kepada anak-anak yang kematian keluarga kerana musibah seperti berikut : Kemalangan Kebakaran Mati Lemas Gempa bumi dan insiden seumpamanya   YaPEIM menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM200 sebulan/seorang untuk tempoh selama 12 bulan. Bantuan untuk tahun berikutnya dipertimbangkan berdasarkan semakan dan penilaian YaPEIM samada mereka mempunyai tempat bergantung yang boleh diharapkan seperti rumah anak yatim atau pihak lain yang memberi sumbangan tetap setiap bulan. Bantuan akan disalurkan setiap bulan ke dalam akaun anak-anak yatim tersebut….

Top
Page 1 of 1